Assalamualaikum & hai. Thank you kepada IIUM kalau confession ni kau siarkan. Maaf kepada pembaca jika penulisan aku ni agar terabur. Aku seorang gadis berumur 24 tahun, alumni daripada salah satu universiti awam di Malaysia. Mengambil ijazah bidang kimia.
Cerita yg aku nk tulis ni adalah berkaitan dengan pekerjaan selepas belajar. Bila kau abis belajar, org akan tanya.” kerja mana ? “ “Company bla bla bla”. “Kerja kilang? Belajar tinggi tinggi kerja Kilang?” Bila kita cerita job scope kita, dia tak faham pulak. “Haa kerja makmal?makmal sekolah?”
Kau bayangkan wei apa perasaan aku bila ada org berkata sedemikian. KILANG. Org dalam tu semua tak pandai ke? , dalam tu takde bos ke? Takde manager? Takde CEO, Takde Executive ke? Takde engineer? Adakah hanya ada pekerja yg yg org selalu anggap rendah pada operator? Kalau jadi operator pun knp? Kerja dorang halal. Technician pun skrg pakai DIPLOMA kot.(industri besar) Huhuhu. Kalau semua operator, siapa bayar gaji operator? Kerajaan?
Tahukan anda makcik pakcik tuan puan adik abg. Kami lepasan universiti yg sememangnya kerja dalam industri , itulah tempat kami untuk menimba pengalaman. Dan aku tak nampak, course aku ni kalau masuk “kerajaan” aku nk kerja kt mana. Mungkin aku tak tahu laluannya dan aku xnak punn masuk kerajaan. Org tua tua fikir nanti kerajaan kau ada pencen. Dunia pun dh nazak dah haa.
Takut bukan setakat pencen, duit kwsp pun kau tak merasa nanti. Kalau nak compare kerajaan dgn swasta aku lebih memilih swasta sebab bila kau dpt bonus mmg sekelepuk 2-3 bulan gaji, ada medical benefit, ada kenaikkan gaji setiap tahun. Kerajaan nak tggu umum bajet, ada bajet lebih adalah rezeki kau.
Sekarang ni kalau ada degree nak masuk kerajaan, kerajaan pun tak nak ambik. Sbb kene bayar gaji tinggi. Berapa ramai kawan aku yg ada diploma/ degree masuk kerajaan kerja gred SPM. Aku tak menghina. Itu pilihan dia. Sbb aku nampak dari sudut yg berbeza dari segi gajinya, pengalaman dan sebagainya.Sebab masing masing ada goal yg dorg nak capai.
Aku bersyukur gila kot, dapat kerja “kilang “dalam course yg aku belajar dulu. Maksudnya aku bole join training yg melayakkan aku dapat ISO certificate ke, HALAL certificate ke. Training mcm ni mahal kalau nak bayar sendiri. Beruntung sangat kalau “kilang” kau ada provide benda benda mcm ni. Dan benda mcm ni lah yang mahal dan inilah kepuasan yg aku nak, untuk menjual diri aku di masa akan dtg.
Paling aku bersyukur bila status aku dh bekerja. Industri swasta, kebanyakkan org memanggil “kilang” ni , kami fresh grade berebut rebut untuk dpt position yg hanya open untuk 1-2 org je. Ramai lgi yg tak dpt kerja. Yg masih berusaha untuk dpt kerja. Jgnlah pandang hina kami yg kerja “kilang” ni. Dalam kilang tu banyak department, banyak jawatan yg berbeza beza. Ada yg sggup merantau kot. Org Melaka kerja Penang untuk dptkan kerja “kilang” ni
Yg buat aku stress bila org tnyer mak aku. Aku dh kerja ke? Mak aku bole jawab “dia kerja main main je dulu” pernah lah sekali aku cakap dengan mak “mana ada saya kerja main main, saya kerja betul betul lah. Kerja main main apa pulak. Betul lah kerja ni mmg laluan saya belajar dulu”.
Terus mak aku diam tak cakap dah. Iyelah dorg org tua. Mana nak faham. Tapi dia xnak cuba faham. Itu yg aku geram tu. Hihihi. Ibu bapa pun peranan nya penting, untuk memahami bidang belajar anak zaman skrg. Zaman skrg mmg 100% tak sama mcm dulu.
Btw aku menulis bukan untuk aku menerima kecaman dari kalian. Aku ingin kan pandangan, serta kata kata semangat daripada korang yg bole buat aku lebih bersabar untuk hadap org org mcm ni. Hehehe.
Terima kasih kalau cerita ini disiarkan.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.
– Lynn
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit