Kerja Kilang

Assalamualaikum. Aku harap admin boleh approve confession ni. Sebab aku pun ada terbaca confession cik serabut dekat ( https://iiumc.com/tawar-hati-dengan-kerja/ ) Dan apa yang aku nak cerita ni pun ala2 lebih kurang jugak macam cerita cik serabut jugak la. Cuma mungkin lebih kepada luahan/tips/nasihat kot. Mudah2an. Cuma aku sekeras2nya nak bagitahu bahawa segala confession ni bukan ditujukan khas atas nama kaum cina. Cuma segelintir ja yang bermasalah. Harap2 kaum cina yang ada terbaca confession ni boleh faham dan dapat maafkan aku kot2 ada yang terasa. Sorry ek.

Ok, aku pun pekerja di salah sebuah syarikat cina di pulau pinang. Eh silap. Syarikat US punya, tapi dimonopoli oleh kaum cina. Maksudnya jawatan executive (engineer dan manager) majoritinya ialah kaum cina. Berbanding dengan kaum melayu dan india, yang kebanyakan di level non-executive (operator dan technician). Bukan takda lansung kaum melayu dan india yang jawatan tinggi ni. Cuma tak ramai mana la. Tambah2 level manager, sikit sangat. Boleh kira dengan jari. Jadi sebab tu kebanyakan orang akan kata kilang2 kat penang ni semuanya cina punya. Hahaha.

Aku setuju dengan sis cik serabut. Tak dapat dinafikan memang wujud politik dalaman dalam kerja ni. Tak kira la kerja gomen ke. Kerja swasta ke. Yang kita tengok selalu malas buat kerja, tapi disebabkan dia pandai wayang dan pandai cakap/taichi, senang dapat promotion. Gaji pun naik banyak. Sebaliknya, kita yang struggle kerja betul2 ni dikatakan tak perform la, need improvement la. Below requirement la. Dan macam2 lagi. Selalu yang menjadi mangsa kaum melayu la. Kaum yang selalu diambil kesempatan oleh kaum cina dikilang2 kat penang ni. Member2 aku sendiri terkena termasuk la aku sendiri pun. Sama ja kebanyakan kilang lain pun. Kawan2 aku dari kilang lain dok confess benda sama hari2.

Racist? Entahlah. Sepanjang 13 tahun aku kat kilang aka company cina ni. Dah 3-4 kali bertukar bos (semuanya cina), dan macam tak pernah jadi mangsa lagi la. Walaupun kadang2 aku rasa seperti diracistkan jugak la. Macam dipinggirkan oleh team sendiri. Yela, dalam team aku semuanya cina. Aku sorang je melayu. Lagipun diaorang kamceng dengan bos. Mana taknya, hari2 breakfast duduk semeja, lunch keluar skali, tea-time pun duduk skali lagi. Pastu kadang2 siap buat event masa weekend lagi. Macam hiking la. Bbq la. Aku bukannya tak boleh join, tapi nanti jadi panjang cerita. Bab bahasa 1 hal, bab non halal food 1 hal. Bab nak berhenti solat lagi. Aku rasa macam mengganggu kelancaran program diaorang. Sekali sekala mungkin boleh join, selalu memang tak la. So kat situ aku dah nampak credit dah lebih kat diaorang. Sebab rapat dengan boss. Benda nampak macam simple ja, but believe me. Kadang2 benda2 macam ni la sangat memainkan faktor kat kerja & performance kita. Serius baq hang.

Performance?. Ermm.. Entahlah.. Susah nak explain. Kadang2 kita dah performed habis2an. Struggle tak ingat dunia. Goal semua dah achieved. Dah tu siap take over kerja2 extra lagi. Tapi at last, bos bagi credit kat orang lain yakni kaum cina dia sendiri. Walaupun kita tahu kawan tu kerja tak tera mana pun. Siap selalu main game kat office lagi. Serius. Bukan nak tipu. Bertahun2 punya pemerhatian kot. Bos pun bukan tak tahu, tapi ntah. Dia tetap nak naikkan kaum cina dia jugak. Serius. Dah banyak kes wei. Bila datang ja sesi performance dialouge dengan bos (selalu bulan april), dia pusing habis. Macam2 alasan. Kata kita tak perform la. Goal achived, but we need more la. Dan macam2 lagi. Bila feedback kat hr, ‘bagai meludah ke daun keladi’. Kalau jalan investigation pun, kesudahannya akan berpihak kat pihak bos. Semua tindakan bos tu adalah betul. Puuiii…bab ni aku penah jadi mangsa masa bos aku yang ke2. Kawan2 aku yang berlainan bos dan kilang sampai sekarang masih dok hadap benda2 sampah macam ni. Please la. Ini sangat tidak adil!!

Balik lambat? Bagi aku bab ni pun memainkan peranan jugak. Kalau kat kilang aku, macam dah jadi culture dari dulu, staff yang suka balik lambat ni akan ada credit tambahan untuk dia. Maksud aku boleh effect kat performance. Tapi untuk level2 bos excluded la. Sebab diaorang memang hari2 balik lambat. Sebab ada conference call dengan us dan sebagainya. Yang aku maksudkan staff2 exec biasa ni la. Tapi kat bab ni tak dapat dinafikan la kaum melayu cukup tak suka. Selalu ja balik ontime. Habis kuat pun balik pas solat maghrib. Berbeza dengan kaum cina. Hari2 diaorang memang akan balik lambat. At least 9pm onwards. Dan bila hari2 balik lambat, bos akan pandang staf dia bagus sebab bagi effort lebih. Tapi masalahnya kalau balik lambat sebab commit kat kerja aku tak kisah, ni sebab nak elak traffic jam la. Sebab boring nak balik awal dok kat rumah la.

Pastu lepak office sambil dok layan drama kantonis. Tak tengok yang kaki main game lagi. (orang yang sama dalam team aku tu tadi). Aku bukan jeleous or nak jaga tepi kain orang ke apa. Tapi tula. Korang fahamlakan, at last kaum melayu yang di cop suka balik on time ni la akan jadi mangsa. Aku pun bukan tak penah stayback lansung, ada je. Tapi biar bergantung pada tahap urgent sesuatu kerja. Bukan suka2 nak balik lambat, yela, kita ada tanggungjawab lain lagikan, dengan family, komuniti dan masyarakat lagi. Kena ambik berat jugak hal ni. Diaorang takpela, tak pandang berat sangat kat hal2 ni. Biar la apa nak jadi kat masyarakat ke, jiran tetangga ke apa ke. Aku hal aku, kau hal kau. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman komuniti cina kat taman aku yerr. Benda serius ni baq hang. Bukan main suka2 bawak keluar fakta.

Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak confess pasal hal2 berkaitan ni. Tapi tu la. Malas nak taip panjang2. Nanti kita jumpa ler senang. Aku cerita dari a-z. Hahaha. Nasihat aku, kerja macam biasa. Cuma banyakkan cc bos kalau nak email berkaitan dengan kerja. Walaupun kadang2 kita fikir benda kecik ja, takkan tu pun nak copy bos. And then kena ada sikit politik kecil2an dalam kerja ni. Maksud aku bukan sampai nak ambik credit atas hasil titik peluh orang, cuma nak make sure segala hasil kerja kita bos tahu. Supaya orang tak ambil kesempatan. Cuba jadi kamceng dengan bos. Ambik tahu apa interests dia. Macam bos aku suka sembang bab produk coway, so aku buat2 minat jugak la dengan coway. Walaupun seumur hidup aku tak 1 barang pun tak penah beli. Hahahaha. Tapi kalau semua benda ni tak jalan jugak, kalau mampu nak hadap, stay ja kat company tu. Kalau dah tak mampu, cuba tukar department lain. Dan kalau tak mampu nak hadap sangat2, tanya vacancy kat kawan2 kilang lain ataupun via jobstreet. Tukar tempat kerja baru. Kalau ada rezeki, doa banyak2 semoga tak lebih teruk dari tempat lama.

Ingat yer, bukan semua bos cina tu teruk, ada je bos melayu dan india yang teruk, cuma pengalaman aku banyak yang jumpa kes dengan bos2 cina. Ada je kawan2 aku yang dapat bos cina baik dan steady. Cuma kadang2 tu bukan rezeki kita nak dapat tempat kerja atau bos yang bagus. Apa2 pun. Hidup kena di teruskan!

– Buruh Kasar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *