Kerja Kontrak Yang Tiada Sudahnya

Assalamualaikum semua. Nama aku Alif. Tahun depan aku berusia 30 tahun. Aku dah berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Aku adalah lepasan ijazah sarjana muda dari universiti awam pada tahun 2019.

Aku bekerja sebagai operation assistant di sebuah MNC company under kontrak 3rd party.

Kontrak 3rd party seperti sedia maklum adalah kontrak dari agent dan bukan dari company itu sendiri. Maafkan aku kerana aku tak pandai untuk menulis ya.

Ceritanya bermula pada tahun 2019, apabila aku mula bekerja sebagai operation assistant di sebuah syarikat MNC di Klang Valley area under kontrak 3rd party.

Pada waktu itu, aku baru lepas menghabiskan pembelajaran ijazah sarjana muda aku.

Aku rasa excited untuk bekerja walaupon bekerja bukan untuk satu level dengan aku sebab aku pikir tak pe kerja je dulu nanti ada rezeki dpt kerja lagi elok.

First day aku kerja company tu, aku rasa relax serelax relaxnya sampai lah seminggu sebulan relax sangat kerana aku tiada access untuk sistem itu ini. Ibarat makan gaji buta je first month tu.

Tapi setelah 2-3 bulan aku mulai belajar dalam kerja aku. Kerja aku ni lebih kepada detail punya kerja dan multi tasking.

Setelah 6 bulan aku kerja aku happy dengan kerja aku, gaji aku dan juga environment kerja aku termasuk boss aku yang sporting.

Setelah aku hampir setahun, aku pon berharap bahawa aku diserap ke jawatan tetap.

Tapi hakikatnya pada waktu itu boss aku dan company memberi alasan covid pada waktu itu dan mereka sambung lagi kontrak aku sehingga ke dua tahun.

Aku pon tekadkan hati kerana aku pikir bukan mudah untuk mencari kerja yang ada gaji elok, boss ok, environment ok.

Dan setelah setahun juga boss aku mulai mempercayai aku untuk aku kerja standby 24 jam (OT) disebabkan kerja aku memang memerlukan untuk aku balik ke office jika ada urgency.

Tapi jika banyak urgency banyaklah OT aku bulan itu. Tapi mereka membayar OT aku yang cukup untuk aku yang membuat aku bertambah bersyukur.

Setelah lagi 3 bulan nak menghabiskan 2 tahun aku bekerja, ibu aku diserang penyakit stroke dan ayah aku memaksa untuk aku berhenti bekerja dan pada waktu itu aku turutkan jugak untuk ambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan.

Setelah dari itu, jawatan tetap aku dalam company itu pon aku tak dpt memiliki kerana aku korbankan demi ibu yang tercinta. Akan tetapi, boss aku masukkan aku kerja balik dengan jawatan kontrak 3rd party jugak.

Aku bersyukur lagi kerana mereka sanggup ambil aku untuk bekerja walaupun aku ambil cuti 3 bulan untuk menjaga ibu aku.

Selepas aku masuk balik kerja beberapa bulan selepas itu aku berhenti disebabkan oleh daripada aku stress kerana tidak mendapat pekerjaan tetap dan kekangan keluarga aku pada waktu itu yang berkehendak aku dapat kerja tetap.

Setelah dari itu aku bekerja pula dengan company lain yang sesuai dengan jawatan aku. Tetapi hakikatnya company baru ini lagi bermasalah.

OTnya tak ada, Gaji basic main potong je sampai RM150. Bulan2 aku makan gaji basic je. Dan kerja aku betul2 keras. Aku buat kerja untuk 3-4 orang sampai aku rasa letih sangat, boss yang tak ok, management yang teruk.

Kerja pukul 9 pagi balik pukul 11 malam selalunya tanpa ada sebarang OT. Bayangkan selama 1 tahun lebih aku membuat kerja seperti itu.

Tapi one day boss lama aku panggil untuk aku kerja semula tapi kali ini kerja kontrak 3rd party lagi. Aku pon mengiyakan jela kerana pada waktu itu tiada pilihan lain bagi aku. Tapi kali ini aku meletakkan syarat padanya.

Aku katakan pada boss lama aku, kalau aku tidak dapat kerja tetap selama setahun atau 2 tahun aku akan cari kerja lain.

Dan aku join kali ini untuk membuktikan pada boss aku yang aku boleh stay 2 tahun dan orang yang tak bagi kerja tetap tu adalah boss aku dan company tu.

Setelah aku join semula, aku mendapati sedikit perbezaan kerja kerana kerja makin bertambah, OT bertambah kerana kerja makin bertambah dan aku pon layankan aje.

Aku bersyukur dapat kerja balik dengan company lama aku walaupun ada sesetengah orang cakap mereka takkan bagi permanent kat kau, tapi aku tetap memilih environment kerja, boss yang ok dan gaji yang masyuk.

Sekarang hampir setahun aku bekerja dan boss aku memberitahu aku yang mereka still sambung aku under contract 3rd party.

Katanya kali ini kerana ada kawan sekerja aku yang sudah berumur 65 tahun still tak pencen dan menunggunya untuk pencen baru aku diserap untuk kerja tetap.

Persoalannya, apa yang patut aku buat ya? Patutkah aku mencari kerja lain kerana aku takut kalau aku stay sini 2 tahun pun still under kontrak 3rd party.

– Alif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *