Kerja oh Kerja

Assalamualaikum & salam 1M semua. Entah kali ke berapa aku confess ni tapi kali ni harap Admin approve walaupun dah banyak confession pasal kerja ni. Well this is my story. Moga dpt sedikit sebanyak tips hehe amin.

Aku ni agak berusia sebenarnya kalau compare dengan rakan sebaya, mereka dah menggenggam segulung ijazah manakala aku tak sampai setahun baru dapat Diploma. Itu pun dalam bidang yang orang pandang sebelah mata. Aku tak nak sebut bidang apa sebab orang selalu pandang remeh dgn pelajar yang ambil bidang ni dengan skeptikal bahawa budak tak pandai je amik bidang ni. Anyway.

Walaupun dipandang serong oleh ahli keluarga dan kawan2 yang kini ber-degree, aku bersyukur aku dikurniakan kerja dgn gaji lebih drpd fresh graduate ber degree sekarang. Dan alhamdulillah rezeki terpijak lagi apabila aku ditawarkan dengan kerja yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi selepas genap setahun aku kerja. Oh ya aku dapat kerja ni sebelum aku habis Diploma yang dikatakan hampas tu lagi :’)

Cuma kerja aku sekarang ni, aku pernah juga nak bantu kwn2 yg baru dpt degree ni join. Wlupun kerja shift, tp bagi aku masih okay sebab public transport accessible di setiap shift. Jadi aku pun rekemen la dgn kwn2 yang menganggur lepas grad tu. Tp apa yang aku dpt? Drpd 20 org bertanya, 2 je htr resume. Yg dtg interview? 1. Aku mungkin tak tahu apa masalahnya tapi bila orang kata graduan memilih kerja, kau orang melenting. Sedangkan ini la hakikatnya. Aku ni kalau ikutkan, memang bukan calon pilihan utk kerja aku tau. Syarat semua tak lepas wakaka. Tp sebab aku decide just to go and deal with it, aku dapat kerja ni dan boleh kata aku agak mewah la. Maksud aku kalau korang tak nak sgt pun, orang dah jemput Interview tu datang la takpun RSVP. Ni hilang diam membisu seribu kata huhuhu. At least, korang dpt pengalaman interview dan kalau korang tak setuju boleh tolak job offer dgn helokkk.

Cerita ttg interview, disebabkan aku kerja shift aku ada byk peluang utk pergi interview. Paling banyak interview kerja kerajaan la walaupun takde rezeki nak dapat, Alhamdulillah aku bersyukur dan ada rezeki lain utk aku. Tp pengalaman demi pengalaman yang aku kutip ni la berjaya mendapatkan aku tempat di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Aku pun masih terkejut sbb aku memang takde asas banking langsung tapi disebabkan interview session going well, aku dapat kerja tu.

Satu tips masa interview adalah dalam 5 minit sebelum tu buat power pose, boleh google utk details tapi contohnya macam aku akan ke toilet dan bercekak pinggang utk boost confidence. Dan satu lg adalah attire biar appropriate. Aku tahu aku old school masa interview pakai suit tapi janganlah gelakkan aku huaaaaa. Masa aku dtg berpakaian suit semua calon lain dgn smart casual dress pandang aku, berbisik dan gelak. Sampai hati huhuhu.

Dan satu lagi mungkin sebagai student korang boleh asah portfolio career dan excurricular activities. Mcm aku masa sem break aku akan jadi freelancer, buat kerja temporary dsb. Pengalaman ni bila dikumpul2 jadi bertahun juga dan boleh relate dgn setiap jawatan yg kita mintak. Lagi satu di kolej atau uni jgn hanya study tp aktifkan diri dlm at least satu kelab. Boleh nmpk yg kita ni ada leadership dan teamwork.

Oh tambahan, kalau boleh daripada kita hanya mencari kerja secara depan komputer, aku galakkan korang join mana2 walk in interview. Sebab qualification aku tak nampak meyakinkan di resume, aku terpaksa tonjolkan personaliti melalui walk in interview dan kebanyakan interviewer memang terkejut dgn Diploma yg aku ada. Katanya tak sepadan dgn aku tp aku pusing la balik kata sebab minat hahaha. Alhamdulillah dua2 kerja aku dpt dgn cara ni walaupun competition sgt sengit dan masa menunggu lama, it is all worth it!

Apapun aku tetap setuju ia semua berbalik pada rezeki. Kata suami aku, aku ni beruntung dikurniakan kerja permanent, gaji tinggi pd zaman ekonomi mencabar ni and I really have to thanks God for this. Utk itu, terima kasih Ya Allah. Semoga Kau murahkan rezeki kawan2ku yg lain juga.

Akhir kata kalau aku dibenarkan minta pendapat, bagi korang elok ke kalau aku bertukar company setiap setahun, for my own development? Atau lebih baik kalau aku stick je dengan satu company?

Looking forward to hearing from your side!

– HunterXHunter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit