Assalammualaikum and Hi semua! Thanks admin sudi publish post aku tak seberapa ini. Alkisahnya adalah berkenaan dilema aku berkenaan kerja pertama aku ni.
Aku kerja kat sektor kerajaan. Family sangat lah menggalakkan untuk aku apply memula sebab dah menjadi satu harapan tinggi parents untuk anak kerja kerajaan supaya diaorang tak risau lagi-lagi dengan ekonomi tak stabil ni kan. Mungkin berkat doa mak bapak dan usaha aku untuk menggembirakan diorang aku pun lepas walaupun pertama kali temuduga SPA. Aku happy memula tengok parents aku happy gila. Masa ni priority aku memang untuk buat parents aku happy dengan harapan passion aku tu nanti boleh pupuk masa kerja. Tambahan pula ni first kerja aku lepas study, so aku kena ada pengalaman dulu nak taknak pun kan.
Tapi, masa hari pertama kerja aku rasa macam lain macam. Aku datang excited je, tapi bila tengok environment, tengok orang bekerja, skop kerja, benda yang aku kena hadap setiap hari secara rutin on first day tu, aku dalam hati terdetik macam ini bukan environment kerja yang aku nak. Aku bagitau kawan aku. dia kata dia okay je. memula je ye. Aku sejenis percaya instinct aku especially when it comes to bad one lah tapi that day aku decide untuk ignore sebab maybe ada hasutan hasutan nates mana tau. Dah la aku takde pengalaman so tanak komen lebih sebab aku rasa smua tempat kerja kerajaan ke swasta sama je situasi dia kot. So aku husnudzon. Tapi still sedih tatau kenapa.
PERTAMA: MAKCIK BAWANG
Semakin hari, semakin tak sedap hati. Aku selalu expect kerja kat ofis ni perangai semua sangat matang, profesional dan takde makcik-makcik bawang macam kat universiti dulu meleset. In fact lagi hebat dari tu adik adik sekalian! Buli orang baru, tak respect ketua, mengumpat mengeji fitnah orang lain adalah sesuatu yang normal dimaklumkan kepada aku. Laki perempuan sama je pulak tu. Dan aku pun kena setepek. Aku harungi hari-hari aku dalam keadaan stress tanak pergi kerja. Tapi tak sampai ponteng atau lambat datang lah. Gaji kena berkat oi. Aku tak boleh terima langsung sampai aku jadi pendiam dan tak percaya siapa-siapa sebab tanak subahat sama. Aku takut tanpa sedar aku pun terpengaruh sekali dengan attitude tu lama-lama nanti, pastu orang cop tipikal orang kerja kerajaan, motif? Tapi bila elak tanak borak pasal benda macam tu jadi kita pula bahan mengata. Lagi yang bekerja tu da ada pengalaman 10 tahun keatas. Allahu. Aku cuba kuatkan iman mungkin tempat kerja orang lain lagi teruk dari aku. Baru dugaan sikit takkan nak melatah kan? So lantak je lah.
Tapi bila aku tak bermesra dengan makcik bawang bos ingat aku tak proaktif tak produktif. Padahal kerja siap on time je. Bos aku rasa aku tak pandai ambil hati makcik bawang sebab kita kerja kat ofis kena pandai ambil hati, bodek bos, orang bawahan. Aku ada je kenkadang beli kek makanan letak kat pantri, atau ofismate jual kuih ke apa, ada gak la support. Aktiviti jabatan semua aku join. Tapi aku tak boleh stand small talk yang lead to gossip or reveal private life aku tetibe. Yes aku introvert gak tapi tak bermakna aku sombong. Kalau ada orang ajak borak pasal life ke apa aku no prob jeeeeee. Oleh sebab aku tak percaya sesiapa langsung, walaupun yang alim pun boleh sebar fitnah kalau dorang add mana-mana sosial media aku ke aku tak approve termasuk bos. lol. sebab hal kerja kat tempat kerja je. aku tanak hal peribadi aku nanti dijaja ke ofis jugak. So apa-apa nak tahu jumpa aku je senang tanya. tu pun kalau aku nak cerita.
KEDUA: BODEK
Aku punyalah terkejut beruk sebab aku yang baru kerja ni diajar macam mana nak bodek bos, buat lawak depan bos, puji melambung-lambung walaupun aku rasa apa yang bos atas aku cerita tu biasa je tapi respon orang macam sangat exaggerate macam eh ke aku yang tak impress? tapi cerita biasa je la. maybe dorang supportive ke tah la..tapi bila orang lain cerita takde respon camtu pun? Aku pulak masalahnya memang tak reti nak bersosial sangat tapi bila keadaan tu terjadi dan kau tatau respond apa jadi pelik la. Akan otomatik orang nak kau respon juga macam ‘betul tu bos ni hebat lah, biasalah orang penting kan..’ something like that.
Aku tak biasa puji orang kalau aku puji memang betul2 aku impress lah bukan buat2, kau faham x? Siap ada geng diajarnya macam mana telling white lies and bodek terbaikkkk punya. Aku tak selesa benda tu. Jadi benda baik aku ambik, benda tak baik aku tak ambil tapi aku tak mampu tegur. Sebab majoriti macam tu, aku ni siapa aje. Aku tatau la kalau bab naik pangkat ke anugerah cemerlang ke camne dorang buat tu tapi aku harap siapa yang baru kerja korang buat dengan niat tingkatkan kualiti kerja kita dulu dan ikhlas. Aku percaya rezeki datang dari Allah solely kalau kita usaha. tapi korang kena bezakan juga, orang suka bodek and orang yang ada great communication skills, diplomacy, pandai influence pujuk orang untuk meningkatkan mutu kerja tu lain ya. Aku specifically yang budaya membodek je.
KETIGA: DILEMA
Bila aku dalam keadaan yang aku paling tak suka aku akan terfikir ni ke kerja yang aku kena buat for the rest of my life sampai pencen? macam mana kalau aku terpengaruh jadi kaki bodek? macam mana aku nak kena hadap benda macam ni setiap hari? sometimes aku rasa macam tak layak kerja kerajaan sebab tak boleh nak handle benda remeh macam ni. aku rasa orang yang pandai cakap, boleh masuk dengan semua orang maybe sesuai kerja macam aku ni. aku rasa aku sesuai kerja yang fokus on technical instead of focus on how to deal with people. susahnya pelik pelik perangai. Pengalaman banyak pun macam taktahu rules jabatan macam mana. Orang tua dah la susah nak dengan orang muda tegur. nanti mula lah bangkit pernah dapat anugerah, pengalaman dengan vip ni lagi banyak la apa la..tapi nak jadikan contoh, tayah harap lah. nak assist orang muda atau orang baru kerja? lagi jangan harap. Aku rasa nak give up, rasa kosong. Career development takde sangat. Pastu cepat-cepat aku timbulkan perasaan bersyukur. Tapi tulah kan heart wants what it want, and this is not what I want. Kawan aku pun rasa benda sama apa aku rasa waktu first day masuk kerja. “Betul la kata kau masa first day dulu tempat ni pelik sikit perangai nya”. Kawan aku tu sampai tukar kerja kena fitnah teruk pastu kena maki-maki dengan bos benda yang dia tak buat. Bukan pasal kerja pun, tetiba! Ada yang saudara aku tu sampai kena buatan orang bawahan lagi sebab dengki. Sampai sakit-sakit.
Tapi aku tanak lupakan yang betul-betul ikhlas kawan, ikhlas kerja and banyak tolong. ada je okay!!! bukan takde langsung, ada. cuma sikit lah sangat. tu pun aku takut nak percaya sometimes sebab kadang-kadang dia pun join makcik bawang. kalau tak fikir keadaan ekonomi sekarang nak je aku blah, tapi dalam baru beberapa tahun kerja ni aku tak rasa aku boleh cantikkan resume sangat. tapi aku da bagitau parents aku maybe tak lama kerja ni tapi aku akan usaha untuk cari keseronokan juga dalam pekerjaan aku sekarang. Aku harap akan ada tempat dimana aku bekerja dalam suasana positive, produktif dan tempat suka tolong antara satu sama lain nanti insyaAllah. Aku pun akan cuba sedaya upaya check diri mana kekurangan supaya aku boleh beri perkhidmatan lebih bermutu di masa akan datang. Doakan aku supaya tak berhenti kerja ya!
bye!
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit