Kerja Rumah Tanggungjawab 1steri Sahaja?

Hai semua. Saya seorang isteri bekerjaya. Pukul 6.30am pergi kerja, balik kerja sampai rumah pukul 6.30pm. Balik rumah basuh baju (biasanya 2 hari sekali routine basuh baju).

Pukul 7.30pm masuk dapur untuk masak makan malam. At least by pukul 8.30pm or 9pm dah makan malam.

Siap makan malam jemur baju. tengok jam dah pukul 9.30pm tak pun pukul 10pm, baru boleh berehat. So baju tak sempat nak lipat.

Kadang2 dah pukul 10pm pun iron baju kerja. Kalau sempat time cuti mmg iron baju 1 week terus (biasa kalau balik kampung routine iron baju 1 week tak jalan time cuti).

Saya penat. Saya isteri tapi mana suami? Suami rehat sebab penat kerja.

Saya bukan jenis manjakan suami. Saya minta tolong suami untuk buat kerja rumah.

Bila minta tolong, suami buat tapi bila minta tolong banyak kali, maybe suami start rasa terbeban.

Suami sampai mengungkit kerja rumah yang dia buat. Kerja rumah dari memasak, basuh baju, jemur baju, lipat baju memang wajib atas saya dah.

Vacuum rumah, kemas rumah pun suami harapkan saya. Tak terkejar saya nak buat semua tu.

Baru2 ni kami bergaduh sebab isu kerja rumah. Saya dah siap memasak and saya minta suami basuh kuali periuk kotor.

Saya cakap saya tolong basuh pinggan. Suami keluar lepak dengan kawan without tolong settlekan kerja rumah.

Next day balik kerja, tengok dapur periuk kuali tak basuh, sampah tak buang. Rumah dengan berbau sampah and periuk kuali tak basuh.

Saya by 6.30am dah pergi kerja, suami pukul 7.30am pergi kerja.

Suami tak sempat and tak boleh ke before pergi kerja, tolong settlekan kerja rumah? Or settlekan kerja rumah basuh periuk kuali tu berat sangat?

Bab kerja rumah basuh baju, jemur baju, lipat baju mmg TAKKAN DIA BUAT. Jemur baju tu kalau minta tolong baru buat. Kalau tak, memang dia takkan buat.

Sengaja saya biarkan baju yang dah dibasuh tu tak berjemur, tapi dia tak jugak tolong jemurkan.

Jatuh ke ego kalau suami tolong isteri buat kerja rumah?

Saya setiap masa tengok jam sebab nak kejar masa nak siapkan kerja rumah within time.

Balik kerja penat pun pejam mata je, buat je kerja rumah as long as suami happy dekat rumah. Tapi apa yang saya dapat?

Macam mana puan-puan especially isteri and ibu yang bekerjaya, susun masa and jadual untuk manage kerja rumah?

Macam mana puan – puan manage untuk siapkan semua kerja rumah before masuk tidur.

Boleh share so saya boleh follow plan puan-puan untuk saya manage rumah tangga saya. Maybe saya baru kawin so saya tak dapat flow lagi untuk manage rumah.

Ni pun belum ada anak, saya dah burnout. Saya seriously penat. Takkan pasal kerja rumah pun nak bergaduh dengan suami.

Harap puan – puan dapat bantu saya. Terima kasih.

– Mrs Wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *