Kerja sebagai Live Hosting

Aku tertarik untuk cerita tentang pengalaman apa yang aku lalui sendiri dalam bidang pekerjaan sebagai Live Hosting. Aku tak bermaksud semua nak cakap tempat kerja tu sama. Lain orang lain caranya. Lain bos lain kepalanya.

Aku seronok jer nak bekerja dekat office ni memandangkan aku ada seorang partner kerja teammate yang memang sekepala kat tempat kerja enjoy dan tak stress sangat. Selain aku memang minat pun kerja macam ni.

Okey nama aku Leen (bukan nama sebenar). Usia aku dengan partner aku ni jarak 10 tahun muda dari aku tau tapi dia ni jenis yang gila-gila. Aku namakan dia Ana.

Masa aku dapat kerja Ana ni dah masuk awal sehari daripada aku memandangkan company tu baru juga beroperasi. Memang zero lagi. Gaji kami yang ditetapkan 1.5k. No EPF & SOCSO. Ini atas permintaan aku sendiri. Sebab kalau aku tolak berapa sangatlah tinggal nanti. Ini masalahnya.

Perjalanan rumah aku ke tempat kerja makan masa 30 minit dan aku drive kereta sendiri ulang alik ke tempat kerja. Dalam bab kerja aku follow jer sebenarnya tak banyak membantah sangat.

Aku terima kerja ni sebab aku sendiri ada pengalaman dalam live gaming. So kalau nak bercakap depan camera aku tak delah awkward sangat. Cuma nak mula belajar kenal product taking step by step la kan. Kerja mana-manapun ada baik dan buruk, kurang dan lebihnya.

Selain bos, dalam office tu ada 2 orang lagi pekerja lelaki. Aku namakan mereka Samah (anak saudara boss) dan bakri (adik kepada bos). Diorang ni satu family. Asbab dan punca kami tak mampu bersuara.

Bila company baru buka ni kene struggle lebih la kan. Nak perkenalan nama company dan product itu sendiri. Selain tu kitorang kene buat content dekat TikTok, kene belakon dan sebagainya. Selepas itu kene edit video.

Soal kerja tu aku tak kisah sangat pun, Aku tak nafikan semua tu, dan aku follow jer sebab aku boleh buat.

Cumanya bila rupa paras dijadikan asbab rating dan marketing tak naik. Terasa lah juga, sebab muka dan diri aku tak seperti yang diinginkan.

Samah cakap, “view tak naik sebab muka aku tak lawa tak boleh menarik viewers”. Dia cakap kat Ana dan Ana sampaikan dekat aku. Aku cuma diam je ujian untuk aku sendiri. Sebab aku fikir nak cari rezeki.

Okey aku nak cerita sedikit pasal attitude si Samah ni. Dia selalu datang lambat ke tempat kerja yang membuatkan kerja kita orang ni selalu tertangguh.

Bila tertangguh kitaorang lah kene marah. Sebab phone 100% yang digunakan untuk buat content kerja dia yang bawak balik rumah. Kunci office dia yang pegang.

Apa kerja si Samah ni?. Mengadap phone, gelak sorang-sorang punya kuat, suka sikat rambut tengok cermin sampai kadang-kadang dia cakap sorang-sorang, dan kerja picit jerawat. Memandangkan meja kerja kami memang berdepan dengan dia so kami tahu lah.

Kadang-kadang terkejut bila dia gelak kuat-kuat tak tahu apa yang dia tengoknya dekat TikTok tu. Ana pulak selalu cuit aku suruh perhatikan perangai si Samah ni. Kadang-kadang kami tergelak jugak sebab pelik sangat. Yang bukan-bukan dia buat.

Awal-awal dulu si Samah ni okey jer Buat kerja, setting live camera sebelum kami buat live di TikTok untuk promote product cookies.

Lampu, tempat semua dia set up dalam bilik khas. Bila ada content kat luar dia ikut juga. Dia yang bawak kami kat tempat nak shooting. Tapi itu cuma sementara jer.

Si Samah ni dia memang eksyen sikit nak jadi manager kami kononnya. Tak heran sangat lah cuma kerja siap itu pun okey. Dia suka juga arah kami itu ini ikut kemahuan dia. Walhal kerja dan tugasan kami ni sama jer. Cuma kelebihan dia, dia anak saudara boss.

Bila hasil kerja kene reject dialah bersuara. Yep setiap content sebelum dipost di TikTok kami ken hantar dekat bos dulu untuk ditapis.

Lama kelamaan tu kami dah rasa janggal nak kerjasama dengan si Samah sebab dia lebih suka duduk dioffice dan kami suka shooting outdoor.

Memandangkan content yang kami kene buat ni melibatkan budget sendiri. Itu agak sukar untuk kami consistent menjalankan sebab kami pun baru kerja sebulan.

Bila shooting kat luar ni risiko agak tinggi juga. Kami pernah kene halau sebab nak buat research tentang product. Kami balik office tak bagitahu pun apa yang kami lalui.

Aku dengan Ana version keras nak teruskan juga walaupun kami kene menipu sikitlah cakap kami student baru dilepaskan.

Okey aku cerita pasal boss pulak. Selama kami bekerja hanya 2 hari saja aku bertemu dengan bos. Selepas tu bos pun pergi tabligh 40 hari. So memang tak delah bos kat office. So bos ni selalu beri tekanan dari jauh melalui WhatsApp. itu inilah.

Ada sekali tu aku diberi tugasan untuk buat logo company dan kene ikut citarasa idea yang dia beri. Aku sampai bawa balik buat dekat rumah. Sampai anak sedara aku pun ikut buat sama kerja aku ni. Memang stress sangat.

Benda tu simple jer tapi dia punya cerewet tu Mashaa Allah. 4 hari aku stress buat logo semata-mata semua kene reject. Last sekali bos upah orang untuk buat kami semuanya tergelak. Sebab lagi teruk daripada hasil yang kami dah buat.

Bos ni ada satu perangai tau, dia selalu cakap macam ni “saya tak nak dengar reason saya cuma nak results jer”. Itulah hari-hari yang Bos selalu cakap. Bila dah okey “good jobs” itu jela.

Tapi dalam process kami hadap dan lalui untuk setiap content yang kami buat dia tak de pun. Malah tak mengeluarkan apa-apa budget sampai kami guna duit kami sendiri sepanjang kerja. Kami pergi jauh untuk shooting pun pakai duit kami sendiri.

Nak hadap si Samah lagi punya perangai yang tak membantu apa-apa pun selepas itu. Nak minta berlakon pun dia tolak so tak ada apa-apa function lagi lah. Live Jarang sebab ratings dah turun. Untuk idea content makan-makan yang kami buat pun guna duit kami sendiri.

“Content RM10 apa yang kami boleh dapat?” dan makan kongsi berdua aku dengan Ana. Itulah duit minyak itulah duit makan kami kene catu. Lepastu kene drive sendiri pulak. Gaji kami pun habis untuk kerja jer.

Aku dengan Ana selalu mengeluh sebab tak mampu nak buat apa-apa. Nak bersuara kami tak boleh.

Nasib baiklah Ana ni seorang yang okey boleh bagi kerjasama dengan idea-idea. Baik sangat orangnya. Kadang-kadang dialah penentang Kadang-kadang dia boleh Jadi penghibur sebab kami perangai sama.

Ada sekali tu, mak ayah bos pun datang office perghhhh dia punya eksyen tu. Tiba-tiba suruh kami kemas semua walaupun itu bukan kerja kami.

Kami memang selalu buat pun sebab bilik solat tulah tempat kami lepak nak ambik udara dan cari idea selesai melepaskan kepenatan shooting outdoor. Kadang-kadang kami solat dan kami tidur juga.

Takdelah kami cakap kami ni baik sangat. Penat juga kerja tengah panas hujan kami kene hadap. Itulah aku respect sangat rider-rider dekat luar sana.

Kalau part editing video kami ambik masa yang lama untuk siapkan. Aku edit video, Ana buat Voice over.

Bos sepatutnya bersama-sama kami jayakan untuk company dia. Ambik tahu setiap tindak tanduk apa yang kami buat, dan anak sedara dia tu lakukan. Bukan sekadar demand itu ini.

Beri kerjasama atas setiap tugasan. Kami seolah-olah terkontang kanting macam tak de hala tuju. Itu belum kami persoalkan tentang jaminan masa depan dan Target.

So kami pun tak tahan dengan keadaan yang macam tu. Bukan sebab tak bersyukur jika berterusan kami tak mampu nak bertahan.

Ratings kerja kami hari ke hari meningkat. Tapi tanggungjawab pula semakin sarat. Minat saja tak cukup kalau tak ada kerjasama dan toleransi semua pihak.

Tak lama pada tu aku ambik keputusan untuk berhenti kerja sebab tak tahan dan diikuti oleh Ana. Sebab kami rasa benda yang sama setiap hari. Harap bos belajarlah improvekan diri Jadi ketua.

– Leen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semoga Leen & Ana boleh jadi partner, buka company sendiri. pasti lebih berjaya kerana ada bakat dan minat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *