Hi semua. Kalau dengar nama telemarketer ni memang korang meluat sangat kan. Memang akan anggap kami ni takde kerja call orang siang malam. Paksa paksa korang. Kan?
Memang hakikatnya tu lah. Okay intro. Aku ni graduate daripada universiti tempatan yang tak kurang hebat la kat Malaysia ni. Aku grad linkungan bulan 11 2015. Ramai kawan kawan aku ni yang kerja best. Engineer, executive dan sebagainya. Lingkungan gaji 1.8k- 3.5k.
Cerita dia daripada before masuk final sem lagi kitorang ni semua dah cari kerja. Tapi orang kata rezki takde lagi. Mak ayah aku rilex. Tapi aku memang pulun cari kerja. Online. Manual kene pergi post tu. Segala jobfair aku send resume.
Dah masuk bulan 12 . Aku macam nak kata down tak jugak. Sebab baru je lagi grad. Tapi disebabkan aku pikir. Kalau tak cari sekarang. Bila lagi. Aku pun cari la any job je. Tapi memang tak lah telemarketer ni. Aku memang tak pandai nak convince orang sebenarnya. And aku tak pernah minat bahagian sales.
Sampai lah kawan aku ni cakap. Kau jangan memilih kerja sangat. Semua orang kerja tak stabil. Tak salah kau cuba je semua kerja. kerani ke. Sales ke. Anything la. Kalau sales pun. Mungkin kau boleh enhance communication skills and confident level kau.
So aku pun give it a try la. Bukan takde aku pergi interview. Ulang alik aku daripada kampung ke KL. Tapi takde rezki. Semua senyap. Time aku dapat call untuk pergi interview telemarketer ni. Aku sikit pun tak bagitau mak ayah aku . Kerja apa. Aku cuma cakap. Doakan aku dapat kerja. Penat dah aku tengok aku habiskan duit mak ayah aku nak pergi interview sana sini.
Dan aku pun pergi lah. Serius. Aku amek mudah kerja ni. Sebab alah sales je. Sekali interview tengok muka. Tanya lebih kurang. Pass. Sekali memang meleset terus apa yang aku fikir. Double susah daripada interview engineer yang aku pergi. Aku jadi macam. Takpe la. Ade rezki ada. Ada lah takde takpe. Salah aku. Amek mudah. Tapi that time. Tu la first time aku cakap dengan sangat confident yang sampai aku tak percaya tu aku. Mana aura tu aku taktau. Mungkin doa mak ayah. And lastly. Aku dapat. Alhamdulillah.
Bila aku bagitau mak ayah aku. First thing mak aku cakap. Kalau kerja jumpa jumpa orang kerja sini je la. Aku balas elok. Kerja ni dalam office mak. Angah tak jumpa orang. Angah call orang je. Mak aku tak kata ya. Tak kata tak. Ayah aku pulak. Takpe ngah. Kerja la. Janji kerja. Mana tau rezki angah nanti dapat masuk management. Kerja bank. Susah susah dulu ngah. Nanti senang. InsyaAllah.
Dan aku pun siap la nak start kerja. Time tu aku memang semangat. Waktu training pun aku semangat. Sampai bila aku first time cakap dengan customer. Dorang ingat aku SCAM. Sejam wei. Sejam aku cakap dengan customer tu. Manager aku sampai. Eh semek. Kau cakap apa dengan customer sampai sejam.
Dan berterusan ah sampai aku dah pandai sikit tackle customer. Kadang aku kesian dekat customer. Kau taknak. Aku paham. Tapi boss aku tak paham. Lagi dia suruh kitorang cucuk cucuk korang sampai korang nak. Lastly yang kene maki. Kene sound. Semua nya kitorang yang tanggung. Tapi alasan dia. Kau kerja camni. Ni risk yang kau kena hadap la.
Tapi kadang kadang berangin jugak dengan customer. Salah orang lain. Kau maki kitorang. Takpe. Dengar je la. Bukan boleh buat apa. Kadang2 layan kitorang cam sampah.
Aku nak bagitau korang. For your information je la. Dekat tempat kerja aku ni. Aku taktau kalau itu memang dorang punya passion ataupun segolongan dengan aku. Yang tak dapat kerja yang sesuai dgn bidang lagi. Mostly degree holder. UIA. UTM. USM. MMU.UITM. even ade overseas graduates. So kami ni takde la tak berpelajaran sebenarnya. Cuma rezki korang lagi murah. Dapat kerja decent.
Daripada pengalaman aku lah kan. Customer melayu ni. Asal kaya sikit. Ya Allah perangai… kadang kadang yang cakap lebih kurang. Takde manner tu. Bukannya kaya sangat. Bahkan ada yang gaji normal graduates la. Dia punya berlagak. Ya ampun. Macam kami ni gaji 500 sebulan. Tak pun ngemis tepi jalan.
Aku taknak cakap banyak even actually aku dah cakap banyak gila kat sini. Well. Aku cakap like 8 hours per day. So kau paham la kan kenapa telemarketer ni non stop bercakap.
Back to the story. Aku harap korang jangan la bash telemarketer ni. Aku tau korang banyak memori pahit dengan kami semua ni. Tapi ingat lah. Kadang bukan kami nak paksa. Tapi boss kami depan mata.
Kalau ade masa. Dengar lah. Tak ambil tak pe. Dengar pun cukup. Sebab masa berjalan kami pun dikira.
Kalau takde masa. Cakap la elok elok. Kami call tu bukan orang sebarangan. Semua orang yang terpilih. Rekod baik. Ade decent job. Ataupun peniaga.
Aku kadang kadang down. Kisah aku macam izzah budak sl1m tu. Orang pertikaikan. Kenapa kerja camni. Gaji sikit. Tak dapat kerja lagi bagus ke. Bagi aku sekarang. Tak kisah la kerja tu bagus ke apa ke. Yang penting dalam ekonomi camni. Kau boleh stand on your own feet. Boleh berdikari sendiri tanpa guna duit mak ayah. Atleast boleh tambah sikit duit dorang plus kurangkan beban dorang sebab tayah tanggung aku lagi dah.. boleh fokus on adik adik aku.. Boleh bayar PTPTN . boleh la beli. Makan. Apa yang aku nak.
Kadang2 bila aku down aku akan pikir. Kadang2 orang yang ngata kau tu . Kerja pun takde. Kadang2 mmg mewah sebab harta mak ayah je. Kadang2 dah memang tu rezki dia. Tapi bila pikir balik. Atleast hujung minggu. Public or even at night. Aku takde apa nak pikir. Takyah nak siapkan proposal ke tender ke project ke. Bila aku balik. Habis dah kerja aku. Bila aku datang kerja. Aku kene cari sales. Aku takde meeting . Press conference. Takde nak sewenang wenang mengular dalam office. Lepas tu baru nak buat kerja terhegeh2 sebab dah sampai dateline. Atleast. Stress aku. Kat office. Balik. Time dengan family kecil aku. Quality time without org kacau. Kene check email and so on.
Pesan aku. Kalau korang terima daripada bank korang takut scam. Tanya balik camne nak call dia. Even takde inbound line. Kau boleh mintak nama and ID dia untuk verify with customer service. Ada jugak certain bank yang kau boleh direct call balik no tu untuk kau tau dia call daripada mana.
Ataupun korang boleh jugak let them verify korang. Tapi nanti test dorang balik pasal transaction ke apa ke. Kalau dia bank. Dia boleh tengok. Tapi kalau daripada agent. Tu aku kurang pasti. maap. Sebab aku kerja telemarketer bank je.
Korang doakan lah aku berjaya dalam hidup aku ni. Tak kesah la telemarketer ke atau pun apa je. As long aku tak buat kerja haram. and kudos to telemarketer lain sebab korang still boleh tahan lagi dengan kerja ni walau kene maki tiap hari.
Btw. Thank you admin. Approvekan post ni.
-Semek
– Semek
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit