Kerja Swasta Vs Kerajaan

Assalamualaikum semua. Namaku Jenab. Aku berusia 26 tahun.

Selesai belajar, aku mendapat peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pelanggan dalam sektor swasta dan sekarang aku masih berkerja dalam sektor ini.

Bagi aku, kerja dalam bidang ini tidaklah membebankan.

Cumanya kerana kerja ini memerlukanku berinteraksi dalam bahasa Inggeris melalui email, chat dan telefon kerana ini adalah Multinasional kompeni (maaf, cuba sehabis daya translate ke bahasa, harap faham jika tersalah translate).

Berbalik ke asal, waktu bekerja juga mengikut pelanggan punya zone masa dan gaji memang berpatutan, memuaskan selaku manusia yang masih single.

Jadinya, baru-baru ini aku baru selesai temuduga sektor kerajaan (masih belum keluar keputusan). Jika ada rezeki inshaaAllah ada, jika tidak maka tidaklah.

Cumanya aku tidak berasa beria kerana basic adalah dalam 2k berbanding dengan kerja aku sekarang agak besar jurang gajinya.

Iya, aku juga memohon kerja kerajaan bukanlah kerana minat, cumanya ayah dan emak sangatlah suka jika ada anaknya yang bekerja kerajaan kerana agak secured jika menjadi pekerja kerajaan.

Sila jangan kecam kerana ini adalah pendapat masing-masing.

Dan untuk pengetahuan, aku bekerja dari rumah parents di kampunh sejak pandemik bermula kerana ofis tutup jadi tidaklah berbaloi menyewa kerana duduk dalam satu negeri.

Aku memerlukan pandangan semua jika aku mendapat peluang kerja kerajaan, adakah aku patut terima?

Apa yang aku pertimbangkan adalah lokasi dan gaji. Jika lokasi jaraknya tiga negeri jauh, mungkin aku akan menolak.

Dirumah, semua bil2 (termasuk bil internet mak, ayah, adik yang masih bersekolah) dan barangan rumah semua aku settlekan, adik2 yang juga bekerja juga ambil port bayarkan.

Plus, aku juga memiliki kereta untuk kegunaan mak dan ayah.

Dan adik beradik termasuk yang sudah memiliki keluarga sendiri juga menghulurkan wang belanja kepada emak dan ayah setiap bulan (alhamdulillah).

Selesai study, bukanlah aku tidak menerima tawaran lain tetapi aku memang nak duduk dekat dengan mak ayah,

At least biarlah dalam 3 jam jarak nak balik rumah kerana mak dan ayah sudah dalam lingkungan 50 – 60. Dan aku mudah risau jika duduk berjauhan.

Jadi, diharapkan sangat jika sesiapa dapat memberikan sedikit pandangan apakah kelebihan kerja swasta dan kerajaan amatlah aku hargai.

Aku tahu aku masih belum mendapat maklumbalas temuduga tetapi ini adalah jika aku dapat tawaran sahaja.

Selain itu, mak dan ayah masa muda cumalah kerja kilang dan buruh kasar jadi aku nak make sure mak ayah happy di usia ini.

Terima kasih.

P/s : Maaf, aku bahasakan aku supaya lebih mudah nak luah. Dan diharapkan dapat dengar komen baik2 dan membina sahaja. Sama-sama kita elakkan berkata perkara tidak baik.

– Jenab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *