Untuk part I, (https://iiumc.com/kerja-swasta-vs-kerajaan/).
Assalamualaikum. Hai, aku Jenab. Ini adalah sambungan kepada Kerja Swasta Vs Kerajaan. Aku hargai semua pandangan Encik, Cik, Tuan, Puan semua.
Alkisahnya, untuk menjawab persoalan, aku memang tak pernah explore kelebihan kerja Gov dan sebenarnya aku tak tahu sangat pasal sektor gov. Sadis kan, tapi itulah kenyataan.
Ikutkan aku pun nak follow ja cadangan yang suruh kawen ja. Mak pon dah sibuk carikan calon (aku ja yang teruk malas tak ready lagi nak commit dengan sesapa).
Tapi tu lah kan, bila ja dalam life ni kita nak ready. So since aku masih selesa single, lebih baik aku kumpul duit banyak2 enjoy life jaga mak ayah. Orang kampung pun boleh enjoy life you. Hehe.
Time study dan kerja bukannya orang tak cuba kenal tapi aku memang belajar untuk kerja plus nak fulfillkan parents punya impian. Ikutkan masuk universiti pon aku malas.
Mak ayah aku nak aku jadi cikgu tapi cikgu ni bukan minat aku. Kerja gov yang aku pergi IV adalah gred 41 dan bukan dalam skop perguruan, aku tak pernah mohon bidang cikgu ni.
Jadinya, aku memang minat bidang yang aku belajar di uni dan bidang kerajaan yang aku maksudkan agak berkait. So tak lari jauh sangat.
Pasal kerja, aku tak kisah sangat, bukanlah susah nak adapt dan mingle around, just take time sebulan dua kan nak fully faham skop kerja swasta atau gov. Life is ongoing learning process right.
Tak minat tak semestinya kau tak boleh perform. Mindset tu penting. Kerja setiap company pon bukannya sama, just nak do your best atau tak.
Yang maybe agak stress bagi swasta cuma untuk kejar KPI ja (saya bukan DHL ya, chin up ye korang), kerja aku sekarang agak fun walaupun aku tak minat kerja ni.
Jadi aku harap korang tak pukul rata lah ya pasal terima kerja kerana minat atau tak. Tak semua orang minat kerja tu perform ya, depend on attitude.
Plus, bukannya aku tak pernah duduk jauh time study tapi dah umur dan musim pandemik macam ni rasa cam travel-travel ni is not my thing plus tak praktikal.
So sebab tu aku appreciate sangat korang punya komen. Mata aku tercelik luas, rupanya betullah memang banyak yang aku tak tahu dan patut dipertimbangkan, noob banyak,
Maaf ya kalau soalan agak tak cerdik sebab memang banyak yang aku tak tahu. Sedih. Hahahaha.
Btw, terima kasih yang bagi komen2 bernas, akan aku pahat kejap-kejap dalam ingatan dan guna sebagai panduan.
Jaga diri, jaga iman ya semua. Aku minta maaf sekiranya ada salah tulis, salah sebut, terbuat korang terasa ka tanpa sedar. Maaf ya. May Allah bless kita semua.
Thanks…
– Jenab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit