Assalamualaikum.. aku Maya. Berumur akhir 20an dan sudah bertunang. Aku gelar tunang aku F. Perkenalan aku dengan F atas dasar family. Bukan suka sama suka.
Kami kenal lebih kurang sebulan, melalui WhatsApp (1 @ 2 kali seminggu chatting), then call dan VC (lebih kurang 2 kali sebulan).
Aku tak ada perasaan apa-apa lagi sekarang sebab baru sekali bersua muka. Ye guys, SEKALI! Itupun selepas majlis tunang. Lepas tunang baru tengok muka masing-masing. Korang rasa??
Aku straight to the point. Seperti tajuk aku kerjaya atau jodoh?
Kami ikat setahun hidup. Aku bekerja dalam bidang professional di seberang tambak Johor manakala F di Johor. F suruh aku berhenti kerja dan mencari kerja di Johor. Masalah aku:
1) Memandangkan sekarang musim pandemik, memang susah nak cari kerja di Malaysia, lagi-lagi bidang lari dari apa yang aku ambil. Nak kerja kilang pun, kilang tak nak ambil worker dah.
2) Aku mengaku gaji aku lagi tinggi dari dia. Yang aku kisahkan komitmen aku jika aku tak dapat kerja di Malaysia.
Komitmen aku dah separuh gaji dia. Komitmen dia lagi. Nanti nak sewa rumah, terus habis gaji dia. Silap-silap negatif. Aku memang plan nak beli rumah tahun ini dengan duit gaji aku.
3) Kakak abang aku suruh aku fikir masak-masak. Better resign or cari kerja dekat Malaysia, or teruskan tapi jumpa setahun sekali (selagi border tak buka). Kira PJJ la. Mampu atau tidak?
Aku tak cakap apa-apa lagi. Diaorang cakap pilih laki, jaga family. Diaorang boleh cakap sebab masing-masing kerja kerajaan, kalau tak kerja pun pasangan boleh backup. Aku private, F private. Aku resign, tak dapat kerja, macam mana?
4) Aku sayang kerja aku. Sayang gila-gila. Aku pernah menganggur lebih kurang enam bulan sebelum aku dapat kerja di Singapore. Reason aku resign company lama, sebab tak dapat gaji beberapa bulan.
Selama aku menganggur, mak ayah aku tolong aku. Bayar duit kereta, hutang aku. Aku cari kerja dekat JB, tapi tak dapat. Sekarang gaji aku Alhamdulillah sangat-sangat, cukup bayar semua. Cukup berkongsi rezeki dengan yang lain.
5) Aku dulu orang susah. Masa aku kecil, mak ayah aku jual kuih, nasi lemak, goreng pisang sebab nak besarkan kami adik-beradik.
Aku dulu belajar sambil baca buku, dekat tangan gentel karipap. Aku tak nak susah dah. Aku penat. Aku belajar tinggi-tinggi, nak dapat kerja, nak gaji besar. Sekarang Alhamdulillah tercapai.
Disebabkan pandemik ni, mak ayah aku stop niaga. Tapi dengan duit gaji aku, aku mampu tolong diaorang.
6) Urusan nikah. Aku buka web pejabat agama, urusan nikah kene buat enam bulan sebelum tarikh nak nikah. Aku balik Singapore hujung bulan 6 ni.
Selama setahun tidak akan berjumpa selagi border tak buka. Macam mana aku nak uruskan? Pening campur kusut kepala aku. Nak balik under resign fikir masa depan aku yang tak tahu apa jadi.
Kalau balik under PCA, kena buat bayaran pada government SG, kuarantin 10-14 hari baru boleh lepas (SOP kerap berubah ikut kes SG-MSIA) dan mampu ke berjauhan selama setahun.
Harapan aku border buka cepat. Tapi tengok kes tinggi mencanak je dekat Malaysia ni, macam angan-angan.
Sekarang aku dilemma. Mak ayah aku pun. Diaorang tahu struggle aku macam mana nak dapatkan kerja dekat Singapore ni. Nangis aku beratur dekat checkpoint.
Masa aku. Tenaga aku. Baru sekarang aku dapat gaji macam ni, diaorang lega. LEGA GILA!! Aku pun dapat support adik aku yang tengah study ni. Nak beli buku la, bayar benda bagai-bagai. Mak ayah aku minta apa-apa pun aku mampu tunaikan.
Aku terfikir nak ajak F kerja dekat Singapore. Tapi aku agak dia akan tolak. Sebab nak jaga mak dia. Mak dia dah berumur, lebih 70an macamtu. Aku okay je kalau PJJ, setahun sekali baru jumpa, tapi entahla.
Maybe sebab tak ada perasaan apa-apa. Nak cerita dekat F, tapi dia WhatsApp pon tidak. Tanya khabar jauh sekali. Selalu aku yang start dulu. Kalau PJJ, risau ikut kepala masing- masing.
Sorry kalau terpanjang. Terima kasih sudi baca. Kalau boleh aku nak minta cadangan/ idea semua, bukan kecaman please.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit