Kerjaya atau Keluarga

Assalamualaikum.. Berat aku nak meluahkan tapi aku perlukan pandangan..

Aku seorang wanita berumur 30 an, sudah berkahwin & mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Aku seorang kakitangan kerajaan (tapi masih berstatus kontrak).

Aku ceritakan sedikit kisah awal supaya kalian faham.

Dulu aku tinggal di luar negeri jauh dari negeri kelahiran aku dan suami. Aku kerja swasta di sebuah syarikat yang agak stabil. Begitu juga suami.

Namun sejak covid melanda rezeki aku dapat masuk kerajaan namun hanya sebagai staf kontrak. Tapi aku akan ditempatkan di negeri kelahiran aku dan suami. Begitu gembiranya aku.

Dah lama aku impikan untuk bekerja di negeri sendiri dekat dengan mak ayah dan keluarga lain. Mak dan ayah paling gembira dengan berita ni.

Namun suami agak susah nak dapat pekerjaan di negeri asal kami. Kalau ada pun gaji sangat rendah.

Dipendekkan cerita aku menerima tawaran tersebut memandangkan gaji yang ditawarkan agak tinggi dan kami putuskan untuk PJJ. Aku pulang ke negeri sendiri bersama anak-anak.

Mula2 semuanya ok tapi lama kelamaan aku mula ‘burnout’.

Aku terlalu stress dan penat dengan tempat kerja yang baru. Bila pulang ke rumah aku tak dapat rehat.

Anak-anak akan merengek tambahan lagi anak aku yang ketiga masih bayi jadi aku kerap kena bangun malam untuk buat susu dan lain-lain.

Mak ayah aku tinggal di agak jauh dari tempat aku bekerja walaupun satu negeri. Lagipun aku tak sampai hati nak susahkan orang tua.

Mereka sudah tua dan tak larat.

Suami akan pulang setiap 2 minggu. Bila suami pulang baru aku boleh rehat tapi bila suami pergi bekerja semula aku kembali stress.

Suami nampak perubahan aku dan akhirnya suami buat keputusan untuk berhenti kerja dan tinggal bersama aku. Anak dia yang jaga sambil buat macam-macam kerja untuk membantu aku. Terima kasih suami.

Semuanya indah sehinggalah pada suatu hari suami meluahkan perasaan yang dia tidak bahagia tinggal disini walaupun inilah negeri kelahirannya. Walaupun dekat dengan keluarganya juga tapi dia tak ok.

Lalu dia meminta semula kerja di syarikatnya sebelum ini dan dia diterima. Dia meminta aku mengikutnya tinggal di sana semula.

Aku setuju tapi dengan syarat aku nak jadi surirumah. Aku rasa penat sangat kerja. Lagi satu punca aku malas dah nak lalui zaman hantar cv, interview semula, aku malas.

Namun, makin lama aku berfikir, mampukah aku jadi surirumah?

Habis SPM, aku terus bekerja di kedai tudung, kedai kasut, kedai kosmetik, macam-macam lagi. Kemudian aku dapat tawaran belajar di universiti. Tamat sahaja diploma, terus aku bekerja.

Alhamdulillah dapat pula bekerja dibidang aku sehingga sekarang. Aku tidak pernah hidup tanpa wang sendiri sejak habis SPM.

Ya aku akui aku pun bahagia tinggal disana tapi aku takut nak melepaskan jawatan aku sekarang. Apa aku nak beritahu mak ayah aku?

Macamana hidup aku sebagai seorang surirumah? Mampukah suami menanggung aku dan anak-anak? Kenapa aku berfikiran macam ni sedangkan aku tahu dia mampu.

Aku takut macam diserang anxiety memikirkan hal ini. Aku takut aku akan hidup susah. Aku tahu manusia sudah ditetapkan rezekinya asalkan rajin berusaha bukan?

Untuk pengetahuan, aku ada berniaga secara online. Aku berniaga saja-saja sebab aku minat berniaga. Tapi kecil-kecilan sahaja. Aku terfikir bila aku jadi surirumah nanti aku nak fokus berniaga online.

Jadi aku perlukan pendapat. Perlukah aku berhenti kerja & ikut suami? Dengan keadaan sekarang ekonomi tak menentu.

Aku tahu aku takkan dapat bekerja semula dengan kerajaan. Atau kembali PJJ sedangkan aku tahu aku akan kembali depression?

Tolong laa aku. Ada tak wanita2 kat sini yang jadi surirumah? Bolehkah berikan aku nasihat? Aku selalu baca jadi surirumah tu sangat teruk.

Penat, stress. Aku tak tahu.

– Wanita yang tak tahu apa yang diinginkan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *