Kerjaya Atau Keluarga?

Assalamualaikum para pembaca yang positif.

Saya ingin kepastian/validation tentang hakikat kerjaya dan juga keluarga.

Saya seorang perempuan di akhir 20-an. Sedang bekerja di bidang kesihatan. Of course bukan Dr. Gaji tak seberapa.

Mungkin kalau saya lompat company dah boleh capai 4k. Saya masih di tempat yang sama dari 3 tahun yang lepas.

Kalau ikutkan hati saya, saya ingin tukar tempat kerja mencari peluang yang lebih baik. Cuma saya berkira2.

Saya jeaslous tengok kawan2 sebaya saya yang sudah terbang tinggi dalam kerjaya.

Saya seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat aktif. Jarak umur kedua2 dekat. Ada kala bersilih ganti sakit.

Taska ambil cuti public boleh tahan juga. Nak dekat semua ph dia sapu.

So gambarannya sekarang adalah;

Kebaikan:

Tempat kerja dan rumah dekat, tak sampai 10 minit. Tak perlu hadap jem. Taska anak2 dekat. Incase apa2 jadi, saya boleh standby. Nak kata senang ambil cuti ye tak ye juga tapi boleh la.

Cuti tahunan 16 hari sahaja. Boleh ambil cuti kalau anak sakit tpi susah juga. Saya kerja office hour. Habis kerja terus ambil anak takde hadap jem ke apa.

In term of gaji, basic saya baru 3k. Ada elaun kehadiran RM50, elaun tetap RM100, elaun tambahan jika buat procedure tertentu jika banyak boleh dapat RM500. Jika sikit RM100 shaja, yes epf socso tu wajib la kan.

Medical benefit ada tapi tak banyak. Bonus setiap tahun dapat dalam gaji 1 bulan setengah. Duit raya RM500 setiap tahun.

Kelemahan:

Kerja saya repeated. Saya dah bosan. Saya ingin move forward. Saya ingin mencari pengalaman baru. Saya ingin basic naik. Basic saya naik slow sebab saya mula kerja lambat.

Lepas habis degree saya kerja lepas tu berhenti sebab beranak. Tak lama lepas tu baru mula kerja.

So basically saya stay di tempat sekarang hanya disebabkan anak2. Saya belum berani keluar risaukan anak2 sakit yang perlu saya ambil cuti banyak hari.

Saya risau rutin harian berubah. Contoh tempat kerja jauh. Saya perlu keluar lebih awal dan pulang ke rumah lewat.

Saya ingin terbang tinggi dalam kerja dalam masa yang sama, saya ingin anak2 terjaga.

Can someone give practical and positive response?

Should i try new environment new challenge? Sementara umur belum 30?

– Cenonet (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *