Kerjaya Atau Keluarga

Hai semua. Aku just nak mintak pendapat korang semua pasal tajuk ni kerjaya atau keluarga. Ok aku ceritakan ringkas background aku.

Aku Dania berumur 28 tahun dan sudah berkahwin. Aku ada degree dan masih mencari kerja yang agak relevan dengan bidang yang aku belajar dan yang ada career growth.

Sekarang aku berkerja sebagai Admin assistant sahaja didalam sektor swasta.

Baru-baru ini aku ada dapat panggilan interview untuk jawatan yang related dengan bidang yang aku belajar dan aku percaya bila bidang tu relevan dengan apa yang kita belajar mesti lama-lama akan ada career growth ataupun boleh demand gaji lebih sikit kan.

Yes aku dapat kerja tu tapi sekarang aku dilemma.

Yang menjadi isu sekarang kalau aku accept offer tu aku akan PJJ dengan suami dan banyak akan habiskan duit untuk sewa rumah, bil-bil dan sebagainya,

Ini termasuk lah kos-kos yang diperlukan untuk aku dan suami berulang- alik untuk jumpa at least once a month kerana kerja itu di luar dari negeri yang aku duduk sekarang.

Kalau aku tak accept offer tu pulak aku hanya akan kerja bidang yang tiada career growth kerana tinggal di hulu negeri yang mana peluang kerjaya itu sangat lah kurang.

Lagipun aku dan suami baru berkahwin 2 tahun dan masih TTC.

On side suami pulak. Dia tak halang kalau aku nak kerja jauh walaupun deep down dalam hati rasa berat nak lepaskan demi untuk aku kejar cita-cita dan kerjaya sebab dia kata taknak halang aku untuk ada kerjaya yang bagus.

Sekarang aku pulak berbelah bahagi jadi aku perlukan pendapat korang.

Jadi kalau aku pindah jauh lagi kurang lah peluang aku untuk hamil tapi mungkin future career aku cerah.

Jadi aku nak tanya pendapat korang. Mungkin bagi ‘career oriented’ woman diorang akan jawab PJJ jelah dengan suami tu fokus masa depan sendiri kan.

Just aku nak dengan pendapat korang lah. Better aku pilih stay dengan suami tapi kerjaya aku tak releven atau PJJ untuk kejar career aku?

Tolong bagi pendapat ye dan terima kasih kerana mendengar luahan aku.

– Dania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *