Kerjaya Cikgu Memandu Wanita

Assalamualaikum. Hai semua. Aku Deeja. Tak confess apa apa. Hanya bacaan santai yang mungkin boleh jadi panduan bagi mereka yang masih tercari cari kerjaya sesuai.

Sedia maklum, aku wanita, memilih kerjaya sebagai instructor memandu atau lebih senang, cikgu memandu.

Mempunyai ijazah sarjana muda, tapi end up jadi cikgu. Cikgu memandu pun boleh la kan. Sekurangnya aku menurunkan ilmu memandu dengan berhemah. Hehehe.

Macam mana boleh terjebak dengan kerjaya ni ? Aku anggap ni rezeki dan lorong untuk aku membina kerjaya dan mengumpul wang ringgit.

Aku terbukak hati nak apply jadi cikgu memandu ni bila aku tengok ramai yang komplen nak cikgu perempuan yang ajar memandu. Taknak cikgu lelaki. Yang ni untuk murid perempuan lah.

Yang lelaki tak ada masalah sebab memang ramai instructor lelaki.

Satu lagi sebab, aku ada kenalan dalam bidang ni. Bersungguh sungguh dia nak majukan diri dia dalam kerjaya ni. Dia juga seorang wanita. Kiranya aku macam terpengaruh jugak la dengan dia.

Aku rasa nak membantu kaum wanita untuk belajar memandu dengan lebih selesa terutama yang lepasan SPM ni. Ada ibu bapa risau jadi yang tak elok kalau dengan cikgu lelaki.

Biasa la mak ayah ni fikir keselamatan anak, sedangkan instructor tak kira laki wanita ni melakukan tugas dengan baik dan okay saja, kami yang bertanggungjawab memastikan nyawa kami dan murid selamat ketika mengajar.

So, aku apply kursus untuk mengajar memandu secara legal ni salah satu sekolah memandu di daerah aku tinggal ni.

Syaratnya SPM saja dan perlu beberapa tahun pegang lesen kompeten. Habis kursus dan ujian, lulus, aku terus mulakan tugas.

Mula mula ada jugak yang usik usik saja nak bagi down aku.. katanya, perempuan buat apa nak duk litar tengah panas. Habis hitam tangan muka nanti.

Aku buat tak dengar. Baru berkobar dan semangat nak mengajar, dah ada yang downkan aku.

Mula mula biasa la, aku pun masih belajar untuk jadi cikgu di litar. Lama lama dah biasa, Alhamdulillah, ramai murid aku lulus dengan cemerlang.

Nak jadi instructor ni selain daripada turunkan ilmu memandu, kena ada skill komunikasi dan empathy.

Bayangkan kita mengajar satu hari dalam 4-6 orang. Setiap sorang tu lain pemahaman.

Ada cepat pick up kita ajar, ada yang takut pegang stereng, ada yang anxiety, ada yang berumur dari kita umur macam mak kita, ada yang biasa dah bawak secara haram tak ada lesen, bila kita tegur suruh berhati hati masa memandu dia berlagak.

Ni spesies susah diajar sikit.

Jadi, aku sebagai seorang cikgu di sebelah dia, aku perlu emosi yang stabil ketika mengajar. Hehe. Kalau aku pun gelabah dan ikut emosi, habis la murid aku. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Huhuhu.

Setiap kali aku nak mulakan kerja, aku sentiasa berdoa moga Allah lindungi aku dan murid aku ketika memandu.

Kadang kadang pemandu lain di jalan raya saja nak buli yang baru nak ambik lesen ni.

Aku? Hati kering saja masa mengajar tu. Tapi dalam hati mencar*t jugak. Orang tengah belajar memandu kot, yang dah ada lesen tu harap fahamkan sikit perasaan yang tengah belajar ni.

Dorang dulu pun macam tu jugak kan.

Dan ada saja yang pernah bawa kereta auto merata dah, tapi baru nak ambik lesen kereta manual. Jangan pelik kalau korang jumpa pemandu yang bawak ntah apa apa di jalanan. Mungkin takde lesen lagi, huhu.

Dari segi kewangan, jadi instructor ni masyuk juga bagi aku. Boleh saving tiap bulan, bayar bil penting dan makan seadanya.

Dari segi tenaga, kerja apa apa pun boleh jadi letih kalau dah seharian mengadap kerja non stop.

Satu lagi yang best, bila murid dah lulus, ada yang hargai kita dengan bagi buah tangan sebagai penghargaan. Kalau dapat kek tu, tau dah, murid aku jual kek nak promote sambil tu kan. Ada bagi kfc, air kopi jalanan. Aku terharu.

Dan untuk pengetahuan, bila dah jadi instructor ni, kita boleh apply untuk jadi penceramah juga. Penceramah yang korang dok dengar mula mula masa masuk kelas dari pagi sampai petang tu. Hehe.

Banyak cabang tau boleh masuk. Dan sangat laku bila ada sijil mengajar dan penceramah ni. Boleh guna di mana mana sekolah memandu kat Malaysia ni.

Kalaulah suami aku kena transfer kerja mana mana negeri sekalipun, aku boleh apply jadi cikgu memandu di mana mana sekolah memandu di negeri tempat suami aku kerja.

Lupa pulak nak bagitahu. Masa aku kursus mengajar tu, ramai juga kaum wanita yang ada. Muda muda lagi umur 20an. Mungkin selepas ni 3 atau 4 tahun akan datang kerjaya ni akan jadi pilihan kaum wanita.

Dulu masa di university aku bayangkan aku career woman dengan baju bergaya dan blazer gitu, office beraircond.

Rupanya takdir aku di litar memandu. Di mana aku tak pernah terfikir nak kerja di tengah panas.

Doakan aku dapat lebarkan sayap kerjaya dengan lebih baik lepas ini.

– Deeja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *