Kerjaya Dan Pengorbanan

Hi, Nama samaran aku Teratai Layu. Selayu hati aku sekarang ni. Umur aku 34 tahun, Seorang isteri yang bekerja sebagai kerani dan mempunyai seorang anak lelaki 9 tahun.

Aku grad Diploma teknologi maklumat. Kalau nak ikutkan apa yang aku kerja sekarang ni memang tak related langsung. Tapi tak apa, pada aku rezeki ada je kat mana-mana. Insyaallah…

Aku ada seorang kawan, sama tempat masa zaman-zaman kami belajar dulu. Sama kos & lain batch.

Baru-baru ni, dia ada up di media sosial makan dengan kawan-kawan sebelum berhenti. Aku pon tanya la kabar semua, dia kata dia dapat jadi executive sekarang.

Dia tanya kerja aku. Ku pon jawab, dia kata berhentila kat situ, sebab takde career movement. Kita kerja kene ada matlamat kata dia, bukan kerja setakat kerja.

Apa dia cakap tu betul, tapi dia punya terasa, makan dalam. Dia cuma cakap apa yang dia tahu, yang dia tak tahu tu cuma aku yang tahu. Tapi aku tak nafikan apa dia cakap tu sangat betul.

Situasi kat sini adalah pengorbanan. Aku tak kesah orang nak cakap aku bodoh ke apa,

Aku sekarang duduk dengan mertua, Kami ada rumah, tapi suami aku memang jaga orang tua dia, dari Arwah bapak dia dulu. Sekarang, mak dia pulak.

Sebelum aku kahwin pon dah diberitahu perkara ini. Aku follow je semua ni. Tempat kerja aku kerja ni dah nak 7 tahun, syarikat china singapore.

Kau tau kan, racist memang ada je kat mana2. Sama jugak dengan toxic enviroment. Tapi aku rasa happy je kat sini, tak stress, kalau nak cuti senang. Head aku memang sangat okay. Gaji memang tak seberapa.

Aku percaya, kita takkan dapat dua2, kalau ada pon, tu Bonus la.

Kita nak sesuatu, kita kene korbankan sesuatu. Bila aku kerja tak stress, aku balik rumah pon happy je…Dapat jumpa anak, dapat jumpa suami dengan perilaku yang gembira.

Apa orang nak cakap tu kita jadikan pedoman je, jika baik. Pendapat memang masing2. Orang tak tahu keadaan kita, keadaan kita dengan dia takkan sama.

Aku bersyukur, mak bapak aku, mertua aku depan mata. Mudah untuk aku jengah dan hantar ke klinik dan lain-lain.

Rezeki kita tak sama, tapi akan ku jadikan pedoman dimasa hadapan.

Semoga cerita aku jadi pengajaran untuk manusia yang diluar sana. Apa pun nak cakap, kita boleh cakap, Tetapi berpada-pada.

– -Teratai Layu- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *