Kerjaya Food Delivery BUKAN Untuk Fulltime II

Untuk part I, https://iiumc.com/kerjaya-food-delivery-bukan-untuk-fulltime/

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekali lagi saya perkenalkan nama saya Azam. Saya ingin menyambung sedikit tentang rider delivery bukan untuk full time kerana ingin menjawab serba sedikit tentang ulasan di komen. 

Saya sedar yang ulasan saya tempoh hari agak keras dan memberi tamparan kepada rider delivery full time. Saya bukan pukul rata semua orang, tapi kalau ada yang terasa, awak perlu beri saya ulasan yang berhemat juga.

Saya jelaskan sekali lagi, rider delivery full time untuk orang yang tengah tunggu tawaran kerja, untuk orang yang kerja contract (wayering, bina rumah)

Untuk orang yang kerja kat laut 3 bulan cuti, untuk orang bisnes (malam dia free), memang sangat sesuai full time sebab mereka semua ni dah ada kerja tetap and ada skill set lain. 

Saya pertikaikan rider yang buat full time tapi tak ada skill set ataupun pendapatan lain selain delivery. Rider yang macam ni lah yang akan ambil job customer tapi kumpul 3, 4 order baru nak hantar. Last sekali customer kena tunggu 2, 3 jam untuk barang yang patutnya 30 minit.

Awak selalu fikir yang customer ni kedekut, tak bagi tips la apa la. Awak ingat semua customer kaya ke?

Ada customer yang ada anak kecil, yang sakit tak boleh jalan, yang tua tak larat drive, yang memang betul emergency perlukan service awak. Dan customer dah bayar betul2 mengikut persetujuan apps. Sebenarnya apa lagi salah customer ni?

Satu, komen cakap saya tak percaya soal rezeki. Rider delivery yang dihormati sekalian, saya sangat percaya rezeki ditentukan oleh tuhan. Tapi semua tu akan datang dengan doa dan usaha.

Awak percaya pada rezeki rider delivery, tapi kenapa awak tak try percaya rezeki kerja full time?

Kenapa awak tak try percaya rezeki kerja kilang? Semua benefit disediakan oleh company termasuklah benefit perubatan. Ataupun memang awak tak boleh disiplinkan diri untuk datang kerja dan bekerjasama dengan orang? Semua tu boleh dididik.

Semua orang rasa malas nak kerja, semua orang tak suka kena marah dengan bos, semua orang tak suka bangun pukul 6 pagi siap2 punch card pukul 8 pagi then 5 petang baru balik. Semua orang tak suka tapi kenapa mereka buat benda tu?

Sebab mereka rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Lama kelamaan kita akan biasa dan rasa normal untuk buat rutin tu. DISIPLIN tu kena pupuk, ia tak datang dengan sendiri. 

Kedua ada komen pasal pekerja tak boleh bersatu, sebab tu kita selalu ditindas. Saya nak tanya awak adakah kerja lal*move, gr*b, food p*nda ada surat offer letter yang menyatakan kadar bayaran, perjanjian komisen, dan sebagainya? Tak ada kan? Bermaksud itu ialah kerja part time.

Kerja part time ni awak setuju dengan kadar bayaran yang dia beri pada masa itu. Sebarang perubahan bayaran boleh diubahsuai sebab tiada perjanjian tetap. Awak tak boleh samakan dengan kerja full time yang ada offer letter.

Saya bagi contoh, dalam offer letter pekerja ada tulis tentang bayaran OT akan dibayar RM15 sejam, tapi company bayar RM10 sahaja. Itu baru kita boleh bersuara agar tidak ditindas. Bukannya bersuara tanpa ada apa2 perjanjian. Kita bersuara menggunakan akal, bukan emosi.

Lepas tu kalau rate delivery murah mula lah nak ban lal*amove, gra*b dan sebagainya. Awak semua ban, kami yang buat part time ni ambil semua job awak. Lagi senang kerja kami tak payah nak tunggu order lama2.

Saya happy dengan rate bayaran skrang sebab boleh jana side income. Kalau awak tak happy, awak ban, awak yang rugi sendiri. Tak menjejas ekonomi sesiapa pun sebab rider sekarang lagi banyak dari customer. 

Ketiga ada yang komen dia rasa dah cukup and jdi rider senang boleh ambil anak sekolah. 

Alhamdulillah kalau awak cukup, maksudnya awak tidak dikategorikan sebagai rider tersakiti. Awak happy dengan kerja rider awk and saya pun tumpang bahagia.

Tapi, saya just nak inform yang bukan awak sorang je ambil anak sekolah. Semua orang yg ada anak akan fikir cara bagaimana nak ambil anak sekolah. Nak dengan tak nak fikir je.

Sebagai lelaki ataupun khalifah hidup kita perlu ada skil problem solve dan critical think yang tinggi. Bayangkan semua lelaki fikir taknak kerja, sebab nak ambil anak sekolah. Awak rasa?

Akhir sekali, saya tidak nafikan adakala jadi rider delivery full time itu perlu atas sebab2 tertentu dan bukan sebab masalah disliplin. Tapi kita perlu berfikir 2, 3 langkah kedepan untuk mengubah hala tuju hidup kita.

Benar takdir itu sudah tertulis, tapi ada perkara yang boleh ubah takdir hidup kita iaitu doa dan usaha. 

Sekian terima kasih. 

– Azam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Hi Azam, saya faham sangat dah dengan tugas rider full time ni. suami saya sendiri dah kerja setahun dgn G, tak mampu dah nak bayar komitmen bulanan. semua permasalahan yang awak confess semua terjadi kat suami saya. tapi suami saya macam awak la, dia tak rebel untuk ban, just jalan je job, tapi takdir rezeki tu tak memihak pada dia. harini boleh dapat atas 100,esok dapat 20 lebih je. sebulan tak lebih dari purata gaji minimum malaysia. thanks, sebab awak confess bagi orang nampak sikit kerja ni tak sesuai untuk full time yang tak ada backup kerja lain.

  2. sangat setuju. yg memekak fare rendah nie org yg malas dan byk sgt songeh. tak suka jgn buat. takde siapa paksa. LoL

  3. Setuju sesangat. Anak saya aritu nk berhenti kerja tetap and nk full time delivery atas pengaruh kawan. Saya bantah habis habisan. Saya bentangkan pro and kon padanya akhirnya dia mengurungkan niatnya. Alhamdulillah. Sekarang baru dia faham risikonya kt mana. Ada beberapa kawan yg dah berhenti delivery n kerja tetap. Delivery hanya side income

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *