Kerjaya Tidak Semestinya Keluar Rumah Jam 9-5

Assalamualaikum. Salam Dedikasi Berkat Rahmat Buat Pembaca IIUM Confessions.

Sebenarnya niat dah lama nak buat sambungan kepada, “Kerjaya Tidak Semestinya Keluar Rumah Jam 9-5”.

Rujuk tulisan sebelum ini ;

https://iiumc.com/kerjaya-tidak-semestinya-keluar-rumah-jam-9-5/

Tapi, memadangkan kesibukan melanda. Dengan mandahulukan pelbagai keutamaan lain, maka memakan masa hendak menyiapkan lagi penulisan seterusnya.

Terjentik hati apabila dah mendapat pelepasan PKP merentas negeri, Kak Ros ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Melihatkan di sana, banyak perniagaan suram dan merudum.

Anda bayangkan di sekitar Jalan Tar, pusat utama membeli-belah borong dan runcit, yang tak pernah sunyi daripada kesibukan orang ramai, beroperasi dengan lesu. Kebiasaannya pada waktu puncak ramai orang bersesak-sesak dan perkara sebaliknya berlaku. Suasana agak lesu dan lengang.

Agak terkejut melihatkan beberapa arked, bazar dan kedai ditutup dan telah ditampal iklan untuk disewa.

Melihatkan keadaan ini, dengan berita menyatakan hampir 800,000 orang telah kehilangan kerja disebabkan Covid 19, memaksakan juga jari menaip sambungan di screen handphone. Memberi sedikit anda semua panduan membina kerjaya sendiri.

Manalah tahu, daripada pengalaman yang diperolehi selama ini, dapat membantu segelintir mereka memperolehi pendapatan harian.

Panjang sungguh mukadimah kesedihan ini.

Apa yang Kak Ros boleh kongsikan berdasarkan, “Pengalaman Bisnes dari Lubuk Sumber Luar Negara terus ke Tangan Pelanggan Serata Dunia” ini??

Jika kita sebut Lubuk Sumber Luar Negara, anda pasti boleh meneka negara apa yang Kak Ros maksudkan tersebut.

Ya. Sudah tentu China.

Kak Ros berpengalaman sebagai seorang Trader yang tegar berurusan di Tanah Besar sana.

Sama ada, Kak Ros sendiri berulang-alik ataupun hanya berurusniaga di atas talian sahaja dengan sumber lubuk tersebut. Sumber Lubuk itulah terdiri daripada pelbagai pihak pembekal, pengeluar atau pengilang di Negara China.

Sekaligus ingin menyangkal seorang komentar Top Fan bernama Sherry Hazmi di post tersebut. Sinis dengan mengatakan penulisan ini seperti Misi Visi MLM, yang lepas sebulan akan keluarlah sebuah Ferrari.

Why not dear, sebulan hasil dapat keluar Ferrari.

Dunia tanpa sempadan. Rezeki Allah jika nak lambakkan, bukan sebulan, seminit sejam pun boleh jadi jackpot dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Jika diri kita ini berilmu dan berpengalaman luas, cukup semua penuh di dada, maka sebulan lagi sebuah Ferrari pasti di garaj parking rumah kita.

Jika ianya sebuah perniagaan MLM pun, Kak Ros tidak nampak menjadi kesalahan kita menjalankannya. Jika itu adalah usaha mereka memenuhkan bekas beras di dapur. Asalkan sahaja usahanya itu halal dan berlandaskan syariat Agama Islam.

Cuma kita yang perlu berhati-hati jika Skim MLM atau sebarang pelaburan itu menjadikan pulangan too good to be true atau terlalu hype, dikhuatiri ianya adalah Pelaburan Scam.

Sambungan sharing Kak Ros,

Ilmu berurusniaga dengan pembekal, pengeluar atau pengilang Negara China ini, Kak Ros tidak perolehinya dengan mempelajari secara rasmi di aliran perdana di Kolej, Universiti atau menghadiri sebarang kursus.

Kak Ros memperolehi ilmu ini bermula dengan menjalankan urusniaga untuk mendapatkan stok barangan sendiri.

Apabila setiap kali berurusan, Kak Ros nampak terlalu luas peluang yang banyak lagi orang kita masih belum “explore” dan perolehi.

Ya. China Negara Pembuatan, Pembekal dan Pengeluar terbesar dunia.

Banyak peluang bisnes datang dengan mudah jika kita sentiasa menggali lubuk baru di sana.

Sourcing, Dealing dan Trading.

Negara China sentiasa mengeluarkan pelbagai barangan, produk dan item baru kepada pengguna.

Sebagai seorang Cyber Trader, anda cuma bawakan sahaja produk dan barangan daripada lubuk sumber yang anda perolehi kepada tatapan umum secara Alam Maya (atas talian).

Jika mendapat permintaan, anda cuma pastikan urusan pembelian dan penghantaran barangan selamat terus ke tangan pelanggan.

Kerja kita cuma perlu berhubung dengan pihak pembekal, pengeluar atau pengilang secara atas talian.

Zaman kini, kerja-kerja Sourcing, Dealing dan Trading hanya dilakukan dengan sebuah telefon tangan beserta data sahaja.

Salah satu platform yang ramai peniaga biasa tahu adalah Alibaba. Selain itu, Apps Belian Online seperti Taobao, anda boleh jadikan sumber pencarian pelbagai produk atau barangan. Platform tersebut sahaja mempunyai ribuan produk dan barangan yang boleh didagangkan.

Selain itu, pelbagai lagi platform lain di atas talian boleh dijadikan lubuk alam maya untuk mendapatkan sumber produk atau barangan terus daripada Negara China.

Daripada sekecil barangan seperti pin, skru, penutup botol, sehinggalah ke sebesar mesin, perabot, barangan OEM, barangan borong boleh diurusakan melalui atas talian dan sampai kepada pelanggan di mana sahaja ke serata dunia.

Tidak semestinya kita perlu mempunyai modal besar untuk menyediakan ready stok atau stok sedia ada.

Pada peringkat permulaan untuk mendapatkan kepercayaan pembeli, cukuplah sekadar anda mendapatkan gambar, video, spesifikasi dan info maklumat produk dan barangan yang lengkap untuk pembeli tahu mengenainya.

Anda boleh membina kerjaya sendiri melalui Ilmu Lubuk Sumber China ini :

1. Agen Shipment-Logistik

Sebagai Agen menguruskan route shipment penghantaran barangan daripada Negara China ke Malaysia kepada orang ramai yang tidak mahir menguruskan penghantaran barangan.

Kerja anda cuma fokus kepada route penghantaran barangan pelanggan dan berhubung dengan pihak Warehouse-Logistik.

Sediakan platform online untuk memudahkan urusan maklumat penghantaran barangan pelanggan anda. Pastikan semua penghantaran barangan daripada sana adalah lancar dan selamat.

2. Agen Sistem Borong China

Anda cuma fokus membekalkan produk-produk borong kepada orang ramai. Uruskan Sistem Pool Order secara beramai-ramai untuk anda mendapatkan harga yang murah dan rendah.

Setelah ” pool-order”, hantar order tempahan item atau barangan kepada pembekal. Agen Shipment-Logistik yang akan menguruskan penghantaran semua item barangan anda terus ke rumah pelanggan anda.

3. Reseller Barangan China

Fokus menjual barangan kategori tertentu. Sama ada secara offline atau online. Contohnya anda cuma fokus menjual barangan bayi seperti katil bayi, stroller, carrier dll.

Anda sendiri mengambil stok daripada Negara China. Setiap musim pengeluaran anda akan dapati sentiasa ada pelbagai design, produk, jenama baru keluar dari sana.

Contoh lain, anda membekalkan pelbagai barangan keperluan dan deco rumah. Seperti peralatan rumah, periuk memasak, pokok dan bunga artificial, alatan dapur, bantal atau pelbagai jenis produk viral.

4. Technical Service Gadget/Digital

Jika anda ada sk1ll servis dan teknikal, anda berpeluang besar mendapatkan pelbagai gajet, digital, teknologi, mesin baru.

Anda boleh membuka servis membaiki peralatan komunikasi atau gajet dengan mendapatkan alat tukar ganti yang murah daripada sana tanpa melalui orang tengah.

Tahukah anda, pihak pembekal/ pengilang China menyediakan latihan khusus teknikal dan praktikal kepada semua klien mereka. Contohnya, latihan membaiki screen handphone retak atau pecah atau membaiki audio suara/ pendengaran handphone.

Sama ada, anda diberi bimbingan secara percuma mahupun berbayar. Asalkan anda sanggup merentas Laut China Selatan untuk mempelajari ilmu yang mereka sediakan

Musim gawat seperti sekarang ini, menyebabkan orang ramai ingin mendapatkan barangan digital second hand, refurbish atau barangan tidak berjenama tetapi berkualiti. Alat ganti, spare part anda boleh mendapatkan daripada China dengan murah dan mudah.

5. Konsultan Barangan China

Menjalankan urusniaga dengan pembekal atau pengilang dengan urusan produk OEM. Jika bernasib baik anda akan mendapat klien yang mempunyai modal besar untuk stok syarikat atau kedai mereka.

Urusniaga perlu fokus kepada klien jenis “big order” ini, untuk mendapatkan hasil supaya mereka berpuas hati. Kebiasaannya, jika mereka selesa berurusan dengan kita, mereka akan jadi klien tetap kita.

6. Trip Advisor China

Anda boleh menjadi seorang Trip Advisor Bisnes China dengan menawarkan kepada orang ramai jika mahu berurusan mendapatkan pelbagai barangan atau ingin berjumpa dengan pembekal atau pengilang di sana.

Tetapi kerjaya ini memerlukan anda mahir seperti seorang Mutawif menguruskan Umrah atau Haji. Bezanya, kita mengendalikan jemaah ingin menjalankan urusniaga bisnes.

7. Personal Shopper China

Sambil membawa rombongan trip, anda boleh membuka kiriman pelbagai barangan dengan menjadi Personal Shopper.

Post aje status di media sos**l gambar Mall, Market dan Kedai yang dilawati dan pasti akan ada orang yang ingin mengirim. Kiriman haruslah berbayar dengan cas servis.

8. Marketer Platform Online

Paling mudah anda juga boleh membina kerjaya dengan fokus sebagai Marketer di pelbagai platform Online dan Marketplace menjual pelbagai produk daripada pembekal.

Anda menjadi orang tengah memasarkan pelbagai produk. Contohnya dengan membuka Akaun di EBay atau pelbagai platform shopping di negara luar selain di Malaysia.

Jangan pandang rendah dengan seller-seller di platform tersebut. Percayalah, mereka mampu menjana ratusan ribu sebulan hasil jualan.

Jika mampu berdepan dengan pelanggan dengan Posting Live pula, silakan buka langkah. Tadah sahaja akaun bank anda.

9. Shopper- Physical/Outlet Shop

Sudah pasti, jika anda ada mempunyai tempat dan modal, anda mampu menyediakan stok produk sedia ada kepada pelanggan. Barangan anda boleh sahaja dipasarkan di pasar, bazar, downtown, uptown dan pelbagai lagi open market yang lain. Orang ramai pasti lebih suka dengan belian barangan “ready stock”.

10. Coach atau Guru Bisnes Ilmu Bisnes.

Jika anda sudah berpengalaman luas, anda boleh membuka kelas guide dan coach kepada mereka yang nubie, peniaga yang ingin memantapkan ilmu, atau orang perseorangan yang ingin belajar ilmu berurusniaga pembekal atau pengilang daripada Negara China.

*****************

Cukup banyak laluan kerjaya yang boleh dibina dengan mempelajari Ilmu Lubuk Sumber ini.

Pedulikan skeptikal orang kita yang suka memandang rendah peniaga. Ada yang menganggap menjalankan perniagaan ini bukan satu kerjaya tetap.

Si polan itu tiada kerja tetap, si Polan ini duduk menganggur main handphone sahaja.

Daripada urusan tempahan, pembayaran, penghantaran barangan sememangnya semuanya hanya melalui handphone.

Well, buktikan dengan jumlah Akaun KWSP dan Pengistiharaan Harta LHDN anda.

Bantuan peniaga yang hanya berdaftar SSM juga tinggi berjumlah RM3000.00 kerajaan telah salurkan. Gunakan wang geran dengan sebaiknya.

Yang penting, daripada menunggu temuduga yang tak kunjung tiba, dan mengharap makan gaji bulan. Carilah ilmu niaga. Mana tahu andalah owner “Syarikat Megah Holding” itu.

Menjadi usahawan tidaklah tertakluk kepada Ilmu Sumber Lubuk China sahaja. Binalah kerjaya sendiri sebagai usahawan apa sahaja cabang bidang yang dekat dihati.

Pendek kata, pendapatan kerjaya sendiri ini Unlimited Income!!

– Kak Roshafiza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *