Hi. Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya sudi baca confession saya kali ini.
Maaf sekiranya penulisan ini agak berterabur sebab dah lama tinggal kan bidang penulisan.
Sedikit pengenalan, saya Grey, ibu kepada seorang puteri tunggal, pekerja swasta, berusia lewat 30an. Sebelum mendirikan rumah tangga, saya tidak pernah terfikir saya akan dilema seperti sekarang.
Baru baru ni suami ada khabarkan hasrat sekiranya saya sudi berhenti kerja dan menjaga anak sepenuhnya.
Alhamdulillah setakat ini suami tak pernah culas bab nafkah. Saya hidup serba sederhana.
Tapi saya tahu suami saya seorang yang kaya tapi dia bukan seorang yang bermegah sini sana. Baju di rumah pun pakai apa yang ada. Dan saya selesa dengan hidup sederhana sehingga hari ini.
Suami penyayang, bekerja sendiri dan lakukan banyak sales. Tidaklah kepuk tapi cukup kami 3 beranak. Saya tak ada keperluan bekerja.
Saya suka bekerja kerana suka berdikari mencari duit sendiri, bagi duit kat mak dan belanja orang makan. Selebihnya simpan dan gunakan kalau perlu.
Semalam dia suarakan lagi selepas setahun saya bekerja di syarikat baru. (Ini bukan kali pertama suami macam nak suruh berhenti).
Bila saya tanyakan sama ada redha atau tidak saya bekerja, dia katakan dia redha dan tak ada paksaan untuk jadi suri rumah sepenuh masa.
Sejujurnya saya amat hormati kaum hawa yang menjadi suri rumah sepenuh masa. 24 jam memikirkan kecukupan hal keluarga. Ibu saya sendiri tidak bekerja.
Sebelum ini juga saya ada anginkan khabar suami bertanyakan sama ada saya nak jadi suri sepenuh masa atau tidak kepada ibu, ternyata ibu menentang keputusan untuk berhenti.
Katanya, sebulan dua boleh lah orang bagi makan, tapi selamanya belum tentu. Ibu juga menyatakan kekecewaan nya menghantar saya belajar sehingga ijazah dan saya juga anak harapan sejak kecil.
Ayat ibu “kalau tahu dari dulu nak jadi suri rumah, lebih baik tak payah sambung belajar” buat saya makan hati kerana berkali2 dia lalukan ayat ini bila saya telefon untuk bertanya khabar.
Saya jadi tersepit dan tidak tahu sejauh mana ruginya jika jadi suri sepenuh masa.
Ada juga saya sesekali bidas katanya dengan berhemah, saya katakan tak sama kerana ilmu yang saya ada menjadikan saya yang sekarang.
Dari segi pemikiran dan juga pembawakan saya mungkin didorong oleh ilmu (dan semestinya doa ibu).
Kerana pada saya, keredhaan suami dalam hidup saya adalah penting.
Tapi dari gaya suami, saya dapat mengagak dia lebih suka saya jadi suri. Sekarang dia pulun untuk bayar hutang rumah lagi sikit dan seterusnya tiada komitmen apa apa.
Dia juga bercadang untuk naik kan nafkah dan bayarkan semua keperluan bulanan saya.
Saya juga bekerja kerana saya mahu duit simpanan di hari tua dan sekiranya terjadi apa apa kepada kami.
Tetapi pernah terbaca juga jika bekerja untuk takut kan sekiranya penceraian yang mungkin terjadi, penceraian lah yang kita akan dapat.
Saya buntu dan perlukan pandangan dari sesiapa yang sudi berkongsi. Terima kasih.
Semoga semua dalam rahmat Allah. Aamiin.
– Grey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit