Most of the time kita selalu tengok dekat Twitter, Facebook etc ramai yang menggalakkan seseorang itu untuk confess kepada someone yang dia suka. Nampak simple kan? Just gain your courage and let it out. Baik untuk lelaki ataupun perempuan. Sorry, tak bermaksud nak jadikan IIUMC sebagai wasteland toxic-toxic relationship. Tapi aku nak orang tahu tentang this certain type of Man.
Confession. Nampak mudah kan? Especially confessing towards someone you adore, someone you like atau dalam bahasa mudah someone you had a crush on. But what’s not simple for us is what gonna happen after that. For certain lelaki yang menjadi penghalang untuk kami luahkan apa yang terpendam bukanlah kerana kami takut atau malu atau kami belum bersedia. Tetapi kami ada matlamat yang lebih besar. Kami nak kahwin. Kami nak kawan untuk kahwin.
Dan perkahwinan adalah sebuah matlamat jangka masa panjang. Kalau confess hanya untuk jadikan girlfriend pengubat sunyi mungkin ianya jadi lebih mudah bagi kami untuk confess-confess ni. Banyak faktor yang harus kami pertimbangkan tentang calon isteri kami. Is she the right one?
Selalunya perkara begini terjadi dengan perempuan yang kami dah kenal. Tahu serba serbi tentang dirinya. Might as well pernah berkerja sekali. Tetapi lagi lama kami kenal seseorang tu kami semakin confuse. Sebab kami semakin nampak kebaikan dia yang menguatkan kami dan kelemahan dia yang membuakan kami rasa ragu-ragu. Dan kadang-kadang ianya tidak bermula dengan crush atau cinta pandang pertama. Tapi mula selepas dah kenal buat suatu jangka masa. Mula jumpa common ground dan mula rasa serasi rasa selesa.
Selalunya bukanlah menjadi kebiasaan kami bergaul dengan perempuan. Dan tak dapat dinafikan kami memang mudah tertipu oleh perempuan. Rasa syok sendiri tu memang selalu menggunung bila ada perempuan yang layan kami dengan baik, percayakan kami. Tambah yang jenis bergurau rindu-rindu bagai. Sometimes we might even think that perempuan tu had the same feeling for us.
So please, tolong kami keluar dari ragu-ragu ini.
– Baik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit