Kes Buli

Assalamualaikum readers!

aku, A dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. bukan housewife tapi bekerja.

Zaman sekarang, kes buli semakin menjadi jadi. ini, aku nak ceritakan anak aku dibuli bulan lepas

anak aku, aku gelarkan nana (perempuan) darjah 3 dan dibuli oleh budak darjah 6

kisah bermula pada hari aku amik dia balik sekolah. walaupun aku bekerja, aku boleh menghantar dan mengambil anak aku drpd sekolah. aku menjadi pelik apabila matanya seakan merah. menangis ke? apabila nana ingin menutup pintu kereta, baju sedikit terselak dan ternampak kesan seperti pukulan. apabila pintu sudah tertutup, aku pandangnya dengan pandangan tajam.

“kakak, mama nak tengok tangan kiri”

nana kelihatan resah sedikit. tapi, dia bagi jugak. aku selak sikit baju dia dan betul! ade kesan pukulandi pergelangan tangan dan di siku. aku perhati lamaaaa. pastu aku pandang muka dia. ade kesan tamparan kat kedua belah pipi. aku istigfar panjang.

“kenapa tangan ni, kakak?”

“ouh takde papelah mama, kakak pun takperasan benda tu ada”

aku pandangnya dengan pandangan tajam lagi

“tipu berdosa”

tiba tiba dia menangis teresak esak. habis lencun tudung yang dia pakai

“mama, kakak kena buli. dia tampar kakak, dia pukul kakak, dia mintak duit masa rehat. kakak lapar mama. sakit sangat dia pukul”

dushhhh aku macam nak nangis sekali.
aku peluk nana. dia peluk aku balik dengan tangisan semakin kuat.

“dah bagitau guru kelas belum?”

“dah, tapi cikgu taklayan”

eh? aku pelik

“kenapa cikgu taklayan?”

“sebab orang yg buli kakak tu anak dia”

lah pulak. aku menggeleng

“esok mama datang sekolah”

nana mengangguk.

keesokan harinya, aku menghantar nana dulu kesekolah dan tepat pukul 9 pagi, aku sudah ada di pejabat.

aku duduk bersama nana, guru besar, guru kanan hem, dan guru kelas nana.

selepas aku buat aduan apa yg telah berlaku semalam, aku siap tunjuk gambar merah merah semalam. aku tunjuk dengan gambar di telefon sbb semalam aku dah amik gambar awal awal.

tiba tiba guru kelas nana marah terus menyampuk “rekaan je ni! mana tau dia terjatuh ke atau ade cikgu rotan dia sbb tak siap keje sekolah?”

nana menjawab “tak, cikgu. kakak darjah 6 buli saya”

guru kanan hem tanya “sapa kakak darjah 6 yg buli nana tu?”

“anak cikgu ina (aku gelarkan dia ina) dengan kawan kawan dia 3 orang”

aku menjeling guru kelas nana kelihatan dia berkerut sambil buang pandang ke luar. bengang le tu.

guru besar panggil ‘anak cikgu ina and the gangs’ masuk pejabat. aku tengok mereka melopong! aku bukan hina tapi, kalau tengok dari saiz badan mereka, dan ketinggian mereka boleh dikira sebagai form 4!

guru besar tanya “kamu ade buli nana ke?”

dengan muka selamba mereka jawab “tak”

nana jawab balik “tipu! semalam korang amik duit nana, nana tak bagi pastu korang pukul dan paksa.”

cikgu ina menjawab dengan keadaan lebih marah dari tadi “dah diaorang cakap tak buat tu, janganlah paksa!”

tiba tiba penolong kanan hem jawab “saya lupa pulak, nana cakap tadi dia dibuli di belakang surau, baru saya ingat belakang surau ade cctv. so, kita boleh tengok kan? mana betul mana salah. so, shall we?”

dia dah bangun. aku, nana, dah bangun dah ni. guru besar pun dah bangun

anak cikgu ina cakap “ok! ok! kami mengaku! kami buli nana”

aku kata “dengaaaaaar tu cikgu inaaaaaaa?” aku jeling cikgu ina. puas hati aku tengok dia macam baru lepas tercekik sudu

so, lepas tu ‘cikgu ina and the gangs’ kena la denda mereka. denda apa aku tak diberi tahu.

cuma aku sedikit kesal dengan semua ini. sebelum ni memang nana pernah kena buli. tapi takde sampai memukul. cuma dia selalu diminta duit. patutla sebelum ni bila balik sekolah, aku akam bawanya makan di kedai, nana akan makan dengan banyak. cuma aku taksedar.

buli guys buli. tolongla jangan mulakan lagi gejala buli ni. kalau dulu selalu buli junior tu, hey kau dah susahkan ramai orang. sorry ye kalau ayat ni kasar sikit. ok tu je dari aku. aku cuma tergerak hati nk kongsikan kat korang

– – mama yang sayangkan nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit