Assalamualaikum. Saya kakak kepada seorang adik lelaki. Semenjak ini selalu keluar berita kes buli melibatkan pelajar lelaki.
Dan ada juga kes buli sampai ke tahap membunuh. Ya, di negara kita sendiri. Saya rasa agak menakuntukan budak2 zaman sekarang.
Berbalik pada cerita asal saya. Adik saya anak lelaki tunggal, seorang yang pendiam, taksuka mengadu dan suka simpan rahsia sedangkan kami kakak2 dia sejenis yang riuh rendah.
Masa umur dia 13 tahun, dia dapat masuk sekolah asrama penuh.
Sebelum masuk ke asrama, dia nampak okey and bersahaja. Tapi start dia masuk asrama, perangai dia mula berubah.
Dia banyak menyendiri, dia selalu pakai baju even dalam rumah, dia conteng almari bilik dia dan kami ingatkan dia cuma homesick.
And masuk bulan puasa tahun pertama dia ke sekolah tu, ada sekali dia call waktu sahur, dia call sambil menangis merayu rayu minta nak balik walhal seingat saya dia takpernah menangis dekat kami semua lepas umur dia 11 tahun.
And waktu tu ayah yang angkat call dia, dia call guna public fon sekolah. Ayah cakap “takde ape la takyah nangis2 dah besar” and ayah ingatkan dia homesick,
Waktu tu kami semua sakit hati sangat dengan ayah sebab nampak teruk nya ayah waktu tu, punya tak kenal sikap anak sendiri yang memang pada asalnya agak berbeza dari anak2 dia yang lain.
Jenuh kami minta nak pergi ambik adik waktu tu juga tapi ayah ignore so berlalulah begitu saja.
Weekend tu dia dapat balik rumah and tidur meniarap kat ruang tamu, baju dia sedikit terselak, alangkah terkejut nya penuh lebam kat belakang badan dia.
And saya cerita kat ibu ayah. Ibu dah tak sedap hati, nak adik berhenti sekolah and masuk sekolah biasa tapi ayah terus pergi tanya adik and adik cerita dia terjatuh saja. Bagus sangat cerita dia.
And ayah percaya dia cuma JATUH. Lepas kejadian dia call nangis merayu tapi ayah ignore tu, dia tak cerita and call langsung apa2 pun.
Tapi kalau balik rumah mesti ada lebam kat badan. Benda ni berlarutan selama 2 tahun, mak and kami marahkan ayah.
Kami cakap “ayah ni memang takkenal anak2 langsung ke?”. Banyak perubahan adik selepas dia masuk ke sekolah asrama penuh tu.
And last2 cikgu yang merupakan sepupu ayah datang and bagitahu ayah, adik mungkin akan kena buang sekolah sebab langgar peraturan sekolah.
Ayah marah besar waktu tu. Ayah bawa balik adik and daftar ke sekolah biasa. Start dari kes tu dia sangat2 berahsia.
Takkan cerita apa2 sebab takut ayah marah. Ayah lah orang yang dia paling tak rapat dalam family kami waktu tu.
And sekarang, ayah macam dah sedar kesilapan dia dalam mendidik anak2. Ayah try hard jaga adik, bagi duit saku pada anak2 dan banyak bersembang dengan anak2.
And anak2 mula rapat dengan ayah semula. Kami dah mula salam peluk cium ayah, sebab kami tak pernah buat pun macam tu dulu even time raya.
Ayah seorang yang sangat garang, suka kondem, suka marah anak depan2 orang, suka tunjuk garang depan2 orang, takpernah slow talk dengan anak, suka pukul anak kalau anak buat salah.
Saya pernah kena lempang dengan ayah and tersungkur dekat jalan tar, bercalar tapak tangan. And saya ingat benda tu normal tapi sebenarnya sangat tak baik pada emosi dan mental anak2.
Kesannya, saya susah kawal emosi dan kalau tahap marah kemuncak sampai cederakan diri sendiri.
Jadi, lelaki yang bakal menjadi bapa suatu hari nanti. Kawal marah awak, slowtalk dengan anak kalau anak buat salah.
Jangan gunakan kekerasan. Saya tahu, isteri juga tak bahagia kalau suami terlalu garang dan baran.
Anak juga benci kalau dapat ayah yang suka marah dan pukul melulu. Kita boleh pilih pasangan tapi anak2 takboleh pilih mak ayah mereka.
Jadilah yang terbaik untuk isteri dan anak2. Salam sayang dari saya. Semoga kita dalam lindungan Allah.
Saya minta maaf ayat berterabur, saya pelajar yang paling tercurut dalam tingkatan masa sekolah dulu. Assalamualaikum.
Yang benar,
– Kuih Donat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit