Kira-kira 4 tahun lepas, kita dikejutkan dengan kematian Pengurus Bank Syed Muhammad Danial Syed Syakir susulan insiden pergaduhan – amuk di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan seorang lelaki yang bernama Yew Wei Ling.
Susulan dari itu, Syed Danial ini meninggal dunia sewaktu dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.
Kejadian difahamkan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi (menghala ke Selatan).
Yew Wei Ling ditahan Polis pada 10.08.2019, OKT ini dituduh di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan (Membunuh).
Pembelaan OKT adalah untuk membela diri, tetapi OKT gagal membuktikan wujudnya ancaman kecederaan terhadapnya.
Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Julia Ibrahim menjatuhkan hukuman mengikut Sek. 304 (a) Kanun Keseksaan setelah perbicaraan penuh selesai.
Antara intipati kes ini yang boleh kita pelajari adalah wujud hak mempertahankan harta daripada perbuatan khianat oleh mangsa daripada merosakkan kereta (Toyota Innova) OKT dengan menggunakan kayu besbol,
Tetapi hak pertahan harta tidak dilanjutkan hingga menyebabkan kematian mangsa.
Kes ini sesuai dijadikan pengajaran dan iktibar terutamanya kerana kes bermula dari amukan di jalan raya, didorong rasa marah dan tidak puas hati serta disumbangkan penggunaan bahan terlarang.
OKT dihukuman penjara 16 tahun dari tarikh tangkap pada 10.08.2019.
PERBEZAAN DENGAN KES PEGAWAI POLIS & PELAJAR SPM
1 – Tiada ancaman untuk merosakkan harta atau keselamatan diri Pegawai Polis ditimbulkan oleh Pelajar SPM.
2 – Ada kebarangkalian Pelajar ini tidak membuat sebarang provokasi, cumanya sebagai seorang yang baran atau mudah triggered dengan bunyi motor (bising),
Polis ini akan timbulkan (di peringkat Pembelaan) bahawa kononnya terdapatnya provokasi dari bunyi bising motor yang digunakan oleh Mangsa.
3 – Jika benar wujud provokasi tersebut, ia hanya meringankan hukuman tetapi tidak menyebabkan Polis ini terlepas sepenuhnya.
4 – Tambahan tiada berlaku pergaduhan mulut/ kemalangan kecil. Difahamkan Polis ini yang mengejar Pelajar tersebut kerana terganggu dengan bunyi ekzos.
5 – Daripada kedua-dua insiden di atas, ia telah menjejaskan kebebasan, karier, sumber pendapatan, hanya kerana gagal mengawal perasaan marah/ baran.
Semoga kes-kes antara Syed Muhammad Danial dan adik Zharif (allahyarham) menjadi iktibar kepada kita selaku Pengguna Jalan Raya agar kawal amarah & emosi agar tidak memudaratkan orang lain dan akhirnya diri sendiri.
Al-Fatihah kepada kedua-dua yang terkorban.
Takziah kepada keluarga/ waris mangsa.
– Shada Mazan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
menarik juga penulisan berkaitan benda mcm ni..boleh terbuka pemikiran di bahagian lain..terima kasih penulis..boleh kupas issue lain juga..