Kesabaran Yang Hilang Bila Cakap Tentang Jodoh

Assalamualaikum. Dalam jutaan manusia kat Malaysia ni, aku salah seorangnya yang masih mencari-cari jodoh. Hari ni aku nak cerita bagaimana baru ni aku hilang sebuah kesabaran dalam usaha pencarian jodoh.

Selama ni bila orang tanya pasal jodoh aku sangat cool, boleh gelak-gelak. Minta doa, minta tolong orang yang tanya untuk sama tolong carikan calon.

Dan kalau ada taaruf tak jadi pun aku frust kejap saja lepas tu emosi aku stabil balik dan aku optimis untuk cakap, “yang baik selalu tiba lewat”. Pujuk hati sendiri. Paling lama aku frust hari tu sebulan la kot, sebab calon tu ghosting.

Setiap teruna dan dara diluar sana confirm ada dream wedding and marriage dia kan? Nak majlis sekian. Nak rumahtangga sekian. So macam tu lah aku. Sebab pada aku nikah kahwin ni hal melengkapkan agama dan kehidupan. Mestilah nak yang terbaik.

Jadi baru ni ada seorang sedara ni dia tanya, “Dah ada calon? Nak tak kenal dengan anak kepada officemate?”

So, macam biasa, aku dapatkan maklumat sikit-sikit lepas tu aku proceed saja. Benda baik kan? Calon sebelah sana tu pun ada lah sikit-sikit kriteria yang aku nak.

Jadi sebelum nak memulakan tu, sebagai anak yang taat dan baik gitu, aku pun wasap mak kat kampung. Cakaplah kat mak, ada orang nak kenal kita ni. Tapi baru nak mukadimah lah ni. Entah jadi entah tak. Aku bagitahu awal-awal.

Aku tak sangka la mak aku excited rupanya. Dia tak la cerita pada semua orang ke apa. Tak.

Cuma tetiba dia cerita pasal adik aku. Eh kenapa ngan adik aku? Rupanya adik aku yang lelaki tu ada berkenalan dengan seseorang dan mak gadis tu minta mereka bertunang.

Aku pun tak faham, aku cakap, lah apa kaitannya dengan benda kita tengah bincang ni?

Lepas tu mak aku buka cerita pasal sepupu aku yang baru bertunang pula. Baru saja dalam 2 minggu sebelum tu. Sepupu aku dapat calon yang sama sejawatan. Kerja bagus. Kampung dia daerah sebelah.

Aku pun reply wasap mak aku. Aku cakap, “Alhamdulillah. Perjalanan semua orang berbeza. Tak boleh samakan”

Masa tu aku harap mak aku faham lah, janganlah nak samakan aku ngan adik sepupu aku pula. Aku tahu mak aku risau, anak perempuan dia ni tak jumpa-jumpa calon lagi. Anak sedara dia yang lain semua dah beranak pinak.

Aku sambung lagi, “Kalau adik nak kahwin dulu takde masalah”

Lepas tu mak aku cakap macam ni, “Kalau boleh yer akak jalan dulu”

Bila aku baca saja mesej tu, zuuupp! Muka aku panas, tangan aku menggeletar, tahu-tahu aku dah naik marah.

Masa tu lah, aku terus reply. “Siapa yang kata tu? Itu adat saja”

Agaknya kalau wasap tu boleh berbunyi, suara aku tu mesti melengking.

Lepas tu mak aku pun cakap la lagi pasal “terbaiklah, boleh jimat kos kalau dapat saing sama-sama dalam setahun dua ni.”

Ya Allah, masa tu lah aku rasa geram teramat. T_T

Kita wasap ni nak bagitahu saja dulu. Tak ada menda apa pun jadi lagi.

Ok berbalik kepada calon tadi kan, aku punya cara pencarian jodoh memang lain tak sama macam orang lain. Kawan aku kata old school.

Orang tengahnya ialah sedara aku dan mak kepada calon tu. Sebab mak calon tu yang officemate sedara aku tadi.

Mula-mula aku bagi social media aku kat sedara aku tu. Calon tu bagi juga lah. Tapi takde menda pun aku boleh tengok selain gambar profile yang bukan gambar sendiri lepas tu adalah maklumat sekolah dia tu.

Nak dijadikan cerita sekolah dia ni sama ngan sekolah adik kawan aku. Jadi dapatlah aku sedikit hint, aku pun tanya-tanyalah sikit. So masa tu aku rasa ok boleh kot teruskan, tak ada unsur-unsur penjenayah atau syiah. Haha. Lepas tu family dia pun elok.

Lawaknya, mak calon ni suka pula tengok gambar aku kat media sosial tu. Ada la gambar dan video sikit-sikit kan aku publickan. Makcik tu siap tunjuk kat husband dia. Husband dia kata, “Macam banyak cakap saja budak ni”. Haha.

Lepas tu makcik tu minta nombor telefon aku.

Aku ni keras lagi, aku cakap kat sedara tu, nanti dulu.

Tukar biodata pula.

So aku hantarlah biodata aku. Aku cakap kalau dia serius nak kenal, aku nak dia reply dengan biodata dia yang ringkas-ringkas.

Lepas tu aku nak buat video call dan minta sedara tu jadi orang tengah. Kalau jadi on lah kalau tak, cancel lah. Aku tak nak buang-buang masa bermesej-mesej.

Tapi sebelah sana pula asyik minta nombor telefon. Biodatanya tak bagi-bagi.

Aku cakap lah dengan sedara ni, kalau 3 hari ni tak dapat juga biodata kira cancel lah plan taaruf yang ni.

So dipendekkan cerita, memang tak dapat-dapat juga biodatanya tu sampai kesudah!

Kemudian, aku cakaplah dengan sedara tu, ok terima kasih banyak-banyak sebab tolong carikan. Tapi tak jadi pula. Lepas tu sedara aku ni pujuk lah, jangan la macam ni. Cuba la dulu.

Masalahnya percubaan yang dia suruh aku buat tu ialah dengan mesej-mesej. Ya Allah tak sukanya buang-buang masa macam ni. Aku ni pun tak adalah banyak sangat masa.

Ok.

Lepas tu aku mesej la mak aku balik. Aku cakap lah, mak, tak jadilah kenal dengan calon yang sedara nak kenalkan tu.

Masa ni, aku tak serik lagi. Patut aku call mak kat kampung tu tapi aku wasap pula.

Lepas tu mak aku tanya, “Kenapa kakak? Kenapa tolak sedangkan belum kenal. Jangan campurkan dengan hal adik tu. Marah dengan mak ke? Mak tengok budak tu baik. Tetiba kakak tolak?”

Ah sudah….! Haha. Serabut betul dah aku masa tu. Dengan time tu office aku tengah kelam kabut, walaupun tengah WFH, aku kerja sampai 11 malam tau untuk seminggu tu. Sabtu dan Ahad pun aku kerja ya.

“Tak lah mak, orang sana katanya kalau jadi nak kita yang pindah tempat dia sebab kerja dia tak boleh pindah. Kita pun tak ada kerja kat tempat lain mak”

Alhamdulillah, hal aku ngan mak aku setel dah kot. Sebab lepas tu aku video call.

Cuma itulah pengajaran terbesar yang aku rasakan. Yang benda-benda nikah kahwin ni kena bincang elok-elok. Apa-apalah, bukan takat nikah kahwin saja pun. Komunikasi apa-apa pun kena betul dan ikut saluran yang betul.

Bila dah reda, aku mesej kawan baik aku pula. Aku cerita la semua yang berlaku ni. Lepas tu dia bising kat aku. Sebab dia kata, “benda ni mana boleh wasap-wasap. Patut kau call mak kau. Video call ke apa ke. ”

Itulah, memang salah aku ni sebab sebelum ni pun dah banyak kali kawan baik aku pesan macam tu. Serabut punya pasal kan?

Lepas tu aku sendiri menyesal. Yelah, sebab rasa macam anak derhaka kan. Rasakan rasa bersalah tu. Huh.

Last week, member sekolah mesej pula. Sembang-sembang pasal kerja lepas tu selamba saja dia tanya kenapa aku tak kahwin lagi.

Nasib baik masa tu aku dah cool semula dan dapat jawab elok-elok. Aku tak tahu la kalau dia mesej serentak dengan semua hal berlaku tu, apa tah berlaku kat aku agaknya. Aku rasa aku boleh kot jawab elok dalam mesej.

Tapi disebalik tu tak tahu la air mata aku mengalir-ngalir, silap-silap banjir la kot.

Itulah aku belajar… Kadang-kadang cara respon kita tu hal. Tapi cara kita terima dan redha tu pun 1 hal juga.

Aku insyaAllah redha dan terus belajar untuk redha. Tengah memupuk kesabaran tu lagi dan lagi. Ngam-ngam tahun ni cukup tiga dekad usia aku.

Lama dah aku doa istikharah, andai kata jodoh tu tak kunjung tiba, moga Allah mudahkan rezeki aku kat tempat lain.

Alhamdulillah. Rezeki aku dah kerja gomen lebih 5 tahun. InsyaAllah, tahun ni kalau tak ada apa aku sambung belajar pula. Cuba fokus kepada apa aku boleh fokus. Aku nak hidup tenang-tenang saja.

Kemuliaan seorang Muslimah tu bukan pada title isteri dan ibu kan gais?

Moga beroleh syurga.

– Angah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *