Assalammualaikum /hye.. Aku anita bukan nama sebenar. Aku ingin kongsikan beberapa kisah hidup aku yg mungkin boleh menjadikan ia sebagai pengajaran mahupun pengalaman pada masa akn dtg. Aku mempunyai penyakit, penyakit tulang belakang daripada kecil tetapi aku baru tahu ianya setelah dewasa. Selama beberapa tahun aku menahan kesakitan ini keseorangan. Aku mengadu kepada ahli keluarga. Ulang alik ke hospital tetapi tiada sebarang pengesahan daripada doktor tentang penyakit aku ini.
Mereka tidak percaya, mereka kata aku reka cerita. Mereka kata aku malas hendak ke sekolah mungkin di sebabkn gaduh dan lain-lain perkara. Allahu, sakit hati aku. Luluh hati aku. Bayangkan bila kau tengah tanggung sakit yg amat sgt tetapi tiada seorang pun yg percayakan kau.sedih dia hanya Allah yg tahu. Aku kena kuat sorang-sorang. Aku kena tabah sorang-sorang. Aku kena hadap sorang-sorang. Tiap malam aku tak boleh tidur tanggung sakit. Aku menangis lagi dan lagi.
Hanya kerana tiada result apa sakit aku itu, mereka buat andaian aku salah tidur.. Makan tidak teratur dan sebagainya. Mereka stopkan untuk buat rawatan dan tidak melakukan mri. Bila di arahkan angkat berat-berat. Aku tidak boleh, aku rasa semacam tulang aku ingin patah. Mereka kata aku lemah. Itu pon tidak boleh angkat. Lagi sekali aku sakit. Aku sedih. Hanya pada Allah aku luah. Bukan main-main kesakitan ini. Aku tidak mintak banyak, aku minta agar mereka faham sakit ku ini. Yang aku tanggung.
Bertahun aku biarkan. Sampai satu masa aku ingin ke hospital lagi kerana sakit itu sudah tidak tertanggung. Oh ya, masa ini aku sudah hampir habis diploma. Dan yes bila mri mereka sahkan aku tulang belakang ada masalah dan berkaitan saraf. Yes agak serious. Daripada situ mereka terkedu. Terkilan kerana dulu tidak mempercayai ku. Hati aku membengkak ingin melawan kata-kata mereka. Setelah sekian lama. Setelah mendapat keputusan baru mereka sedar dan percaya. Sekarang aku sedang tunggu hasil untuk pembedahan mahupun tidak perlu.
AKu tahu sangat sukar lalui sebagai seorang pesakit. Mengharapkan keluarga faham akan kesakitan kita. Amat terbatas tapi aku syukur dgn kesakitan ini aku kenal Allah lebih dalam.. Lebih dekat. Membuatkan aku bersyukur dgn segala apa yg aku ada.aku tahu tidak ramai dapat lalui dan rasa peritnya sebuah kesakitan. Membuatkan aku berdikari sendiri, membuatkan aku kuat dan terus kuat. Aku tak boleh lemah, aku tak boleh jatuh. Sakit aku tidak seberapa berbanding mereka yg tidak mempunyai anggota yg sempurna dan tahap merbahaya.
Allah tidak akn membebani hamba-Nya jika Hamba itu tidak sanggup untuk memikulnya.. Dan aku tahu aku mampu. Aku istimewa dalam berjuta manusia untuk diuji dgn ujian kesakitan ini.
Pinta aku pada semua.. Bila sihat, buat lah amal sebaik mungkin. Bila sakit jangan lah sekali mengeluh. Back to Allah.sakit itu anugerah.dalam manusia tidak mempercayai dan memandang enteng pada kita. Kita kena kuatkan semangat terus berjuang. Luah pada Tuhan. Tolong ya, sensetif orang sakit lain. Allah sentiasa ada. Percaya itu.kita sendiri yg kena kuatkan diri kita. Inshaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar sekiranya kita meletakkan pengharapan dan kebergantungan yg tinggi terhadap Allah
– Nita( bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit