Kesalahan Ibu Bapa

Assalamualaikum dan hai semua. Untuk hari ni saya nak bercakap macam mane mak bapak boleh bagi kesan kat anak

Tapi sebelum tu lets be real. Semua orang tahu masalah remaja ni bukannya datang dari mak bapak sahaja. Banyak faktor sebanrnya. Tapi kalau di pikir kan balik. Mungkim some of u boleh rasa related dengn apa yang saya cube sampaikan. Dan kita sama2 learn from it

1. Anger issue
Saya seorang perempuan. Yang baru daftar kerja. And cara didikan ibu dan bapak saya effect cara saya bergaul dengn orang. Sebagai contoh. Waktu saya kecil2 dulu mak bapak saya ajar. Kalau orang tu buat kita kita diam je. (Which is not good). Dan apa yang paling teruk sekali. Bila adik beradik saya buat hal. Contohmya adik dn abg saya pukul saya dan saya lari. Terpijak suratkhabar yg mak saya baca. Dia terus amik hanger pukul saya sahaja. Satu.lagi. kalau adik saya ganggu saya. Saya bgthu ayah dia amik rotan. Dia rotan saya. Which is???? Pelikkn semua nya saya yang kena. Even kazen saya sendiri cakap. Eh kau ingat tak dulu waktu kecil2 ape2 mest kau yang kena. Hahhaha kesian kau kan. Apa yang berlaku. Akibatnya waktu saya kerja. Saya perasan a few person yang suke amik kesempatan kat saya. But sebb mak bapak saya kata “KALAU ADA ORANG BUAT KITA DIAM JE” dan dah didik dari kecil apa2 pun mesti saya kena rotan. Jadi saya diam. This is the best part. Waktu saya diajar untuk diam. Saya juga diajar untuk menjadi seorang penakut. Saya terus diam dan sabar. sampailah saya dah tak tahan saya menjerit kuat2 dan maki orang tu. The things is bila benda tu dah berlalu. I keep asking why? Kenapa saya buat mcm ni. Islm kata sabar. Jangan balas. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.

Ibu bapa sekalian,
Ketahuilah bahawa. Islam itu indah. Tuhan dah ciptakan manusia pelbagai ragam. Tak semua anak2 kita ni boleh jadi seorang yg sangat taat. Sangat sabar. Diam aja. Some one of them tuhan dah jadikan dia seorang yg mahu bersuara. Bercakap mengikut pendapat dan apa yg dia percaya. Lagi2 pemikiran melayu. Sepatutnya bila anak kita rasa diri dia dipijak. Kita patut sokong dia untuk beranikan diri. Cakap secara berdua dengn orang tu. Jaga maruah dia. Selami hati dia cakap baik2. Tegur dia sebab kita rasa something wrong dan kita sayang orang tu. Thats why kita wat cmtu. Kita tgok berapa ramai yang suke update kat fesbuk. Weechat perasaan marah dia. Meroyan. Lagi2 remja. Sebb dan set kat kepala otak. Jadi seorang yg penakut tak nk berdepan dengn masalh. Tak nk berterus terang. Sebb apa? Pemikiran yang salah tentg islm. Sabar. Sabar dan sabar

2. Maksiat

Pernah tak kita terpikir kenapa ramai gadis yg buat maksiat. Suke keluar dengan laki. Kapel. Salah satu nya kurang kasih sayang dari ibu bapa. Saya nak tekan kat sini. Knapa pentinganya role bapa pada anak2 perempuan. Sebb bila bapa bagi kasih sayang. Berborak dengan anak. Selalu puji dia. Tingkatkan keyakinan diri. Dia rasa kasih sayang dia dari keluarga dah cukup. Dia tak perlu nak upload gmbr dia untuk ketagih like atau pujian. Bila kita tak nk bercakap dgn anak. Anak pun akan cari kasih sayang kat tempat lain. Dia rasa diri dia tak cantik. Jadi singkatkan tudung. Haaa barulah lawa. Nmpk presentable. Zaman “AYAH AKU DIAM TAK PERNAH CAKAP DENGAN AKU. TAPI AKU TAHU DIA SAYANG AKU” dah pun berlalu. Nabi sendiri cakap ajar anak ikut zaman. Sebb nak ekses bnda ni kotor ni senang sangt. Tiba2 fon bunyi. Eh ada orang komenlah. Hensemnya. Alamak dia kata aku lawa. Omg betulke ni. Berbunga2 nya hati. Tak pernah orng kata aku lawa. Seronok berbual dengan dia. Rasa happy je. Sampai sebulan. Dua bulan. Tiga bulan. 8 bulan. Akhirnya. Anak luar nikah. Tk pun sex chat. Bukk internet chat dengan jantan. Lama2 dia ajak jumpe. Kdanag2 saya sedih bila jadi kes anak luar nikah. Ramai yg cakap. Tulah kau dah sedap. Bila laki tu tak bertanggungjawab baru tahu langit tu tinggi rendah. Pastu nasihat. Sebagai wanita kita kena mahalkan harga diri. Jangan seng2 nak upload gambar. Bergurau senda. Tampar mnja dengam laki. Tapi sebnrnya dlm kes ni kita kena tgok dari segala aspek. Sebab tu pentingnya kekuatan dari dlm keluarga tu sendiri. Rapat ke tidak. Bahagia ke tidak. Tu semua ambil kira.

3. Terlampau tegas dan alim
Okay ni nak cakap sikit kpd ibu bapa. Saya tahu ada kalangan anda. Yang ilmu agama sangt tinggi. Dan awak berkobar nk dengar ceramah. Buat solat hajat taubat lah. Tahajud lah. Which is good. Tapi jangan pk. Anak2 kita pun ada pemikiran yg sama. Ada minat yang sama. Disebakan minat anak tu produk2 kecantikan terus ckp. Tak payh nak melawa. Solat tu penting bagi seri kat muka kita. Apa yang jadi. Anak tu rasa menyampah. Liat nak solat.Dan sebab kita suka pergi masjid. Kita paksa anak kita pergi masjid. Padahal sebnrnya anak tu nak berubah. Tapi kita dah expect tinggi. Lambat solat sikit. Menjerit tak ingt dunia. Waktu saya duduk dkt rumah kawan. Tak tahu kenpa saya senang nak solat. Seng baca quran. Sebb tak ada orang nak paksa. kita perbaiki diri kita sikit demi sikit. Which is very good.

Ibu bapa sekalian,
Apa yang islam ajar. Ada orang nak dekat dengan islam tu senang sangat. Berlari2. Ada orang nak dekat dengan islam. Sikit aje dia jalan menuju ke arah kebaikan. Tapi tuhan tak pandang semua tu. Macam apa yang mak bapak u pandang. Nak pergi masjid. Dengar ceramah. Solat awal waktu. Solat tahajud. Apa yang tuhan pandang adalah KONSISTEN dari kamu. So waktu kita perbaiki diri kita. Make sure kita cuba untuk konsisten. Supaya lama kelamaan kita akan jadi lebih baik

4. Ego nak ikut cara dia sahaja

Kan saya pernah saya mention. Cara ibu bapa didik saya. Asyik saya ja yang kena pukul. Tapi waktu kecil lagi saya dah bagitahu ibu. Apa yg dia buat ni tak betul. Tapi dia dan ayah masih buat mcm tu lagi. Sampailah kami dah besar. Abang saya selalu marah ibu. Maki dia. Dan ibu menangis2 mengadu cakap macam ni kat saya

SALAH IBU DIDIK ABANG KAU DULU

Which is sya dah bgthu bnda tu sejak dari kecil lagi. Ibu sampai sakit2. Tekanan dan sangat stress.

Waktu saya kecil2 dulu saya rasa sedih knp ibu ayah buat macam tu. Sampai saya menagis hati saya meraung2 tapi tak boleh dengar suara nnt ada orang dengar.

Menunjukkn kat sini. Sealim2 mak bapak. Kalau ego tuhan akan balas jugak. Sama jugak dengn manusia yg lain. Ibu bapa pun boleh wat dosa kat anak. Dan merka juga ada adab untuk membesarkan anak2.

Akhirnya sekali saya nak tambah. Bila saya dibesarkan dengn cara macam ni. Saya rebel saya marah. Saya rasa ada something yg tak kena. Tapi apa orang sekeliling saya sampaikan kat saya? Bagthu saya? Itu mak bapak kita apa2 pun kita kena taat dengan diorang. Kita kena bljar untuk bersabar. Apa yang diorang buat mesti bersebab. Sebanrna mak ayah sayangkan kita. Kan bgus pergi masjid. Dengar ceramah. Mak kau nk kau berubah. Fikir positif ja. Ada hikmah disebalik tu.

Dan saya masih rebel. Walaupun kdg2 kita nak berubah. Tapi perasaan something wrong tu tetap ada. Tapi saya cuba dekati diri dengan islam dan finally saya tahu sebanrnya islam itu indah. Pemikiran masyarakt yang buat kita rasa mcm “errrrr” yeke? Dan bila kita lalui fasa anak yg dibesarkan dengan cara didikn yang salah. Yes kita rasa sedih. Kita rasa tension. Nak nagis. Kadang2 kita jatuh. Kita marah. Keluarkan air mata tu. Luahkan segala yg tersurat. Berlajar untuk bangun balik. Sebab kita dah tahu. Cara islam yang sebenar. Dan kita tahu Allah tu Maha Adil.Kita yakin dengan dia. Dan itu yang buatkan kita bangun balik.

Dan akhirnya. Hubungn saya dan tuhan bertmbah baik. Dan keluarga pun bertambah baik. Janganlah cakap confession ni untuk nak salahkan ibu bapa. Sbnrnya. Saya cuma nak point out kesalah yg diorang buat. Dan mengapa. Sebab boleh rujuk sendri. Dah ramai yg tulis berkenaan tntg silap anak2. Why not kita perbaiki silap kita sebagai ibu bapa pulak kn. Dan saya percaya awk yg tengah rasa rebel perlukn sesuatu jawapan. Knp awak bertindak begitu. Dan saya harap sangat boleh membantu awak menjari “JAWAPAN” tu.

– you know who

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit