Kesalahan Semasa Membeli Rumah

Pada tahun 2015, selepas 3 tahun berkelana di bandar Pasir Gudang saya merancang untuk upgrade dari rumah pertama kami (teres low cost 2 bilik) kepada rumah yang lebih selesa.

Spesifikasi rumah kedua saya adalah teres dua tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Rumah pertama tak perlu mewah. Jika diberi rezeki yang lebih, carilah rumah yang sesuai untuk dihuni bersama keluarga tersayang.

Pada ketika ini saya masih cetek dengan pelaburan hartanah. Maka rumah yang bakal dibeli hanya untuk bagi keselesaan. Tidak terdetik pun niat untuk jadikan rumah tersebut sebagai rumah pelaburan.

Niat untuk beli rumah dah ada. Apa lagi, sekarang masanya untuk cari listing rumah. Platform carian rumah adalah melalui mudah.my.

Dipendekkan cerita, saya berminat dengan satu rumah dan hubungi jurujual rumah tersebut.

Sewaktu perjumpaan pertama, kami hanya berjumpa berdekatan rumah pertama saya. Tujuan hanya untuk chit chat tentang cara-cara beli rumah dan semak kelayakan pinjaman.

Kagum dengan penampilan jurujual tersebut menaiki kereta BMW serta berpenampilan kemas.

Jurujual tersebut menerangkan berkenaan urusan jual beli rumah, dokumen pinjaman rumah dan set tarikh untuk view rumah.

Semasa viewing rumah, saya berkenan untuk memiliki rumah tersebut kerana rumah sudah direnovate dengan awning (porch dan dapur), table top serta lampu hiasan.

Setelah bersetuju untuk membeli rumah tersebut, saya telah membayar RM5,000 sebagai wang pendahuluan atau booking.

Selepas loan lulus, maka saya telah dibawa ke office jurujual untuk penerangan lanjut berkenaan fee’s yang terlibat.

KESALAHAN MENYEBABKAN RUGI RM4,500.

Akibat kebodohan, saya terpaksa membelanjakan RM4,500 untuk membayar Management Fee kepada syarikat jurujual tersebut.

Untuk makluman, fee Perunding Hartanah dibayar oleh Penjual. Ini adalah normal prosedur jika anda berurusan dengan Perunding Hartanah berdaftar dibawah Agensi yang berlesen.

Praktis Yang Betul

Sebagai pengguna, kita kena tahu proses yang betul jika menjual dan membeli rumah melalui ejen hartanah berdaftar.

Sila pastikan Perunding Hartanah mempunyai REN Tag dan dari agensi hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia.

Boleh semak REN Tag Perunding Hartanah Berdaftar di http://search.lppeh.gov.my.

Pastikan proses jual beli rumah yang diterangkan itu adalah betul mengikut undang-undang.

Sila dapatkan nasihat kedua, sekiranya proses yang diterangkan itu mencurigakan terutamanya pengambilan komisen yang pelik.

Praktis Yang Salah

Antara praktis yang salah adalah proses jual beli yang tidak mengikut undang-undang, pengambilan komisen yang berlebihan dari harga mark up serta menggunakan ejen dan agensi tidak berdaftar.

Antara kesalahan saya adalah tidak kenal pasti sama ada jurujual tersebut adalah perunding hartanah berdaftar atau tidak.

Yang pasti beliau tidak menunjukkan REN tag semasa proses jual beli serta tiada REN number di bussiness card ( saya masih simpan).

Nasi dah menjadi bubur. Saya tidak boleh tebus kesilapan masa lalu. Maka, saya harus kongsikan KESILAPAN saya agar tiada lagi rakan-rakan saya melakukan kesilapan yang sama

Berbelanja extra RM4,500 adakah saya menyesal beli rumah. Yang pastinya TIDAK.

Ini kerana harga pasaran rumah tersebut adalah RM340,000 berbanding pada tahun 2015 dengan harga belian RM190,000.

Kenangan lain rumah kedua, saya terpaksa berpindah ke Pahang atas tuntutan kerja sebelum serahan kunci.

Angan-angan nak tinggal sendiri, tapi terpaksa disewakan. Itulah pengalaman pertama saya uruskan rumah sewa.

Pengalaman manis, rumah mempunyai penyewa tak sampai seminggu selepas serahan kunci dan tidak pernah kosong sampai sekarang.

Moral Of The Story:

1. Pastikan berurusan dengan perunding hartanah berdaftar.

2. Kenal pasti fee’s yang patut anda bayar sebagai pembeli atau penjual.

3. Elak berurusan dengan broker.

– Kulikutif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *