Kesalan Yang Tiada Penghujung

Assalamualaikum. Kenalkan aku M, berasal dari utara Malaysia, sudah berkahwin dan belum mempunyai anak.

Kisahnya bermula apabila 7 tahun lepas, aku mengikat pertunangan dengan seseorang sepanjang 2 tahun tempoh.

Tapi pada akhirnya pertunangan kami berakhir. Yang pasti kerana hadirnya orang ke 3, yang aku tahu juga pada hari aku memulangkan cincin pada si dia. Walhal alasan kami memutuskan pertunangan kerana aku masih belajar.

Saat aku hal ini terjadi kerana orang ketiga, aku mengamuk, aku merayu dengan si dia dan perempuan tersebut. Bermacam macam aku cuba buat sampai cara jahat sekali pun aku tetap ditolak oleh bekas tunang aku.

Pada hari itu juga aku digelar betina murahan, pelacur, babi dan tiada maruah diri.

Aku anak tunggal, dan satu satunya kawan aku hanyalah si dia tempat aku berkongsi segala masalah hidup.

Aku hilang akal, aku hilang kewarasan. Aku mula mengalami depresi sehingga surut berat badan dan menangis sepanjang hari.

Sehinggalah 2 minggu kemudian, aku mendapat tahu mereka telah berjumpa keluarga masing masing dan menetapkan tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Makin gila aku dibuatnya.

Sehinggalah 2 minggu sebelum berkahwin, lelaki tersebut datang padaku dan memujuk aku kembali untuk bersama.

Tapi apakan daya, segala persiapan pernikahan mereka telah pun mencecah hampir 100%. Aku membawa diri dan mula menyimpan dendam.

Setelah usia perkahwinan mereka menginjak setahun, dan dikurniakan anak, lelaki tersebut mula mencari aku.

Call, text. Aku pada awalnya melayan sebab utamanya adalah dendam. Dalam fikiran, aku nak screenshot dan hantar pada isteri dia.

Tapi apakan daya, itulah cinta pertama aku, aku jatuh dibuai kata kata manis. Kami saling bermesej dan video call. Dia juga sering bertanyakan khabar, boleh kira, dalam sebulan sekali dia contact aku.

Dia juga sering meminta aku menghantar gambar kerana itulah rutin ketika aku bersama dia dahulu, setiap hari akan dia minta untuk aku menghantar gambar selfie dll.

Kami tidak pernah berjumpa dan keluar bersama, hanya berhubung melalui telefon shj. Antara gambar yang dihantar, ada yang tertutup rapi, ada yang terbuka ya.

Sebab aku dan lelaki tu agak bebas ketika kami bertunang dahulu kala.

Dan ketika berbalas mesej dan kol, dia menyatakan yang perasaannya padaku tak pernah padam walaupun dia memilih perempuan tersebut. Namun, tak lama selepas tu dia tidak lagi menghubungi aku.

Aku pula tidak mencari. Aku bukan sejenis yang mencari dan inginkan perhatian. Kalau dia cari, aku balas.

Kalau dia tak cari, begitulah aku. Aku membawa diri sekali lagi. Setelah setahun lebih itu, aku dijodohkan bersama suami ku sekarang.

Telefon berganti telefon, (sebab telefon aku rosak ya) lelaki tersebut menghubungi kembali aku menyatakan hubungan mereka diambang penceraian.

Ternyata, gambar gambar aku masih disimpan dan kantoi dengan isterinya.

Aku dituduh penyondol walaupun aku telah berkahwin dan tidak berhubung lama dengan suaminya lagi aka bekas tunang aku.

Aku disumpah seranah isterinya, dan aku blok mereka semua.

Pada saat ini, aku buntu dan menyesal atas perbuatan lalu aku sebab dendam yang aku pegang. Setiap hari aku doakan mereka dipanjangkan jodoh.

Aku juga ada menghubungi isterinya, memohon maaf, dan aku ingin berjumpa dia untuk memohon ampun dan maaf daripada dia. Tapi ditolak.

Aku menyesal mengikut emosi, perasaan dan dendam ketika waktu dulu.

Sebagai perempuan dan seorang isteri, aku takut juga jika pernikahan aku diuji sebegitu. Sampai sekarang aku masih buntu dan apa yang perlu aku buat.

Kepada perempuan tersebut, aku betul betul ingin minta maaf pada kau.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *