Kesan Buruk Jika Tidak Korek Telinga

Assalammualaikum wbt

Okay, aku ada lah satu cerita ni nak kongsi. Terjadi 5 tahun yang lepas, tapi masih segar diingatanku kejadiannya. Pada pembaca-pembaca, ini amat penting jika anda jarang mengorek telinga anda kerana ini adalah perkara yang benar-benar terjadi di dalam hidup saya. Sangat bahaya. Jangan ambil mudah.

Kisah bermula di The Mines, Seri Kembangan apabila The Mines ada mengadakan Books Fair. Jadi, pada ketika ini (tahun 2011), aku bersama kakak aku dan 2 orang lagi sepupu aku berhajat untuk ke sana.

Setibanya kami kesana, kami berjalan-jalan melihat setiap buku yang dijual. Hm takda yang menarik pada pemerhatian kami. Takpelah, teruskan perjalanan. Sehingga lah apabila kami terhenti di salah satu booth yang menjual barang2 untuk membuat kad seperti glitter, glu, alat2 untuk cop seperti bentuk love, bunga dan macam2 lagi lah. Dan secara tiba-tiba sales girl booth tu tegur aku.

Sales Girl: Berminat nak tengok demo?
Aku: Yeah sure

Dan Sales Girl tu pun ambil lah sekeping kad kosong, dan mengambil cop2 yang pelbagai bentuk tu, dan dia memulakan creativity nya. Kami hanya memerhatikan dengan wajah yang terpegun dan suara yang keluar hanya “WOW”,”UISH”,”FUYOO”

Selesai sahaja demo, kakak aku bersuara.

Kakak : So harga dia berapa yang ni? (Sambil memegang benda yang cop2 tu.)

Sales Girl : Harganya ialah RM49.90 tapi ada promotion today, kami jual RM39.90.

Kakak : Oh, kalau nak beli barang2 ni semua, berapa ?

Aku pon cakap dalam hati ‘Okay,banyak pulak duit dia ni nak beli semua, benda cop2 yang macam budak2 ni pon RM39.90 KOT!!’

Sales Girl : Oh, kami ade jual set punya, ada set besar, set kecik, yang besar ni RM350, yang kecil RM150. Biasanya yang kecil ni budak2 kecil beli. Barang2nya pon tak banyak.

Kakak : Oh okay. Kalau bayar pakai debit card boleh?

Sales Girl : Oh sebentar ya, saya pergi periksa.

Sales Girl tu pun gerak lah ke counter, dan aku dengan 2 orang sepupu aku macam diam jelah. Mungkin mereka memikirkan apa yang aku sedang fikir agaknya. RM350 untuk benda budak-budak ni. Tak berbaloi. Tapi aku rasakan mungkin kakak aku memerlukan benda-benda ni sangat sampai tak kisah harga dia. Kalau aku, mana mau nya lah nak beli. Yelah time tu aku sekolah lagi. Kakak aku pulak baru masuk belajar dekat Universiti. So mungkin dia perlukan untuk pelajaran dia. Mungkin lah.

Kemudian aku perhatikan kakak aku, wah asyiknya dia belek-belek cop2 tu, terserlah wajah excited dia nak beli benda-benda ni. Takpalah kak, asal kau bahagia.

Kakak : Aku nk buat kad cantik2 lah. Takde lah membazir buat kat luar. Buat sendiri lagi senang kan?

Aku : Ha tulah, kau beli, aku pun boleh guna sekali. Haha

Sales Girl tu pun datang.

Sales Girl : Guna debit card ya? ha boleh boleh.

Kakak : Ha okaylah, saya nak ambil set yang besar ni. (Sambil membelek2 barang2 set besar yang ada di tepi). Yang ni macam mana nak guna?

Sales Girl : Baiklah, saya akan tunjukkan satu persatu semua benda2 ni.

Dan Sales Girl tu pun buat lah macam2. Hampir semua alat yang ada dalam set besar tu ditunjukkan. Berbeza sikit barang yang dia tunjuk demo masa mula-mula tadi. Barang yang ni lebih “awesome” sikit lah. Kami hanya memerhati dengan rasa terpegun. Mengambil masa juga nak tengok semua. Yang aku ingat lama lah kitaorang berdiri dekat situ tengok dia buat demo. Dah lupa dah berapa minit kitaorang berdiri.

Sales Girl : Jadi confirm nak set yang besar ya?

Kakak : A’ah

Sales Girl : Tapi alat yang cop2 ni, awak boleh pilih bentuk apa yang awak suka. Sila ke bahagian di sebelah sana, pilih 2 jenis bentuk yang awak suka.

Kami pun melangkah ke satu meja yang terdapat banyak gila alat2 cop tu. Kakak aku pun pilih lah mana yang dia suka. Tapi dia suka ada 3 bentuk. So dia plan nak beli yang 1 ni lah, sebab dalam set besar hanya di beri 2 cop sahaja. Jadi dia nak beli asing lah cop yang satu lagi ni. Sales Girl itu sudah pun siap sedia memegang set besar itu untuk dibungkus.

Kakak : Tadi dia kata cop ni satu berapa ? aku lupa. Aku nak beli lah yang satu ni.

Aku : RM39.90

Kakak : *diam sebentar* yang set ni berapa?

Aku : RM350

Tiba-tiba kakak aku tarik hujung baju aku dan berkata..

Kakak : Wey!!! kau tahu tak, aku mati2 dengar tiga puluh lima hinggit (RM 35) !! Macam mana ni wey????

Sepupu 1 : Lah, kau tak dengar ke? RM 350 lah. Aku dah terfikir dah tadi, banyak gila duit kau nak beli benda mcm ni.

Sepupu yang sorang lagi diam je sebab dia kecik lagi time ni baru darjah berapa entah.

Aku : Tahu takpa. Aku fikir tadi kau dh dapat duit PTPTN kau, tu sebab kau boleh nak beli benda2 ni. Siap nak pakai debit card bagai.

Kakak : Wey sumpah aku dengar dia kata RM35!! yelah, berbaloi lah barang banyak mcm ni jual RM35. Kalau dah sampai RM350, mana aku ada duit!

Tiba2 Sales Girl tu dah berdiri sebelah kitaorang.

Sales Girl : So dah pilih mahu yang mana? *sambil tangannya memegang set besar yang “mahu” di beli oleh kakak aku tu.

Kami terdiam. Terfikir sejenak. Kakak dh taktahu nk buat apa. Dia nak lari tapi dia kesian dengan org tu. Dia bisik kat aku “wey tolong aku”. Haha dengan langkah yang pantas dan hati yang kejam, aku buat2 nak pergi tempat lain diikuti dengan sepupu aku 2 orang tu meninggalkan kakak aku terkontang kanting keseorangan. Masa aku jalan lari dari booth tu, aku toleh, tengok kakak aku dah mcm ape dah, nampak kalut. Yang Sales Girl tu pulak tunggu je sebelah dia, yelah duit nak masuk lah katakan. Dengan melihat kekalutan di dalam diri kakak aku, aku pun patah lah balik.

Aku : Miss, kedai ni bukak sampai hari apa?
Sales Girl : Ahad.
Aku : Macam ni, kami datang esok atau lusa boleh? Sebab nak minta izin dekat mak dulu beli benda ni. (alasan budak sekolah time ni. kahkahkah)
Sales Girl : Ohh, hmm okay *muka tak puas hati*
Aku : Okay terima kasih.

Segera aku beredar dari situ diikuti oleh kakak aku. Akhirnya, terlepas juga. Haha kesian orang tu, penat2 dia tunjuk demo semua, last2 tak jadi beli! haha tunggu lah kitorg esok ya! hahah kitaorg “Pasti” datang hahaha

So nasihat disini, sebelum nak keluar beli barang, korek telinga dalam2. Kasi jelas sikit pendengaran tu. Jangan sampai berlaku pada situasi di atas ni. Bahaya ni bahaya ! Sampai sekarang aku kesian dekat akak Sales Girl tu. Harap hidup akak lebih maju selepas kejadian itu ye kak. Hahaha

Ok tu je cerita yang aku nak kongsikan. Hope terhibur lah ya dikala kekusutan korang memikirkan segala masalah yang ada di dunia ini. Haha

Dah pi korek telinga masing-masing!

Assalammualaikum!

– Fify

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit