Hi. Aku Delima. Gadis berusia 20-an. Single. Hanya bekerja sebagai suri rumah. Cuma seorang normal girl. Aku nak cerita kesan-kesan buruk onan1 yang aku alami. Aku tak mintak simpati, aku sedia dikecami. Aku cuma nak share supaya semua lebih aware tentang masalah ni.
Sharing aku kalini mungkin agak vivid dan detailed. So kepada yang senang triggered and not in the right head space untuk baca confession ni, boleh pergi baca confession lain, bukak tiktok, pergi cafe healing, or anything. Look out after yourself.
Mungkin onan1 lebih sinonim dengan lelaki berbanding perempuan. Yelah, lelaki nafsu satu, perempuan nafsunya sembilan. Bila aku membesar, baru aku tahu salah satu daripada sembilan nafsu perempuan itu sama dengan nafsu lelaki yang satu tu.
Permulaan aku nak beronan1 adalah masa aku terjebak dengan p*rn. Soft p*rn. Dalam usia bawah 10 tahun masa tu. Aku ingat masa tu ada rancangan Sepanyol TV3 yang memang aku dengan kawan-kawan akan tengok bila balik sekolah.
Bila aku tengok scene yang ada soft p*rn tu aku rasa pelik. Bahasa aku agak vulgar di sini tapi aku rasa nak terkencing.
Esoknya time sekolah, kawan aku tanya pasal scene tu. Kami semua perempuan. And kami discuss pasal perasaan kami. Rasa pelik, geli, teruja.
Ada sorang kawan aku kata dia rasa sama macam aku. Rasa nak terkencing. Kami pun pelik. Kenapa kami rasa benda sama bila tengok scene sama. Masing-masing tak kenal body autonomy and reaction. Tiada education. So we dropped the subject.
Then, aku terdedah kepada commercial p*rnografi masa sekolah menengah. Setelah aku akil baligh. Walaupun kelas aku semua perempuan, ada kawan-kawan perempuan yang sembang tentang website-website luc@h. Ada kawan aku tanya, “Kau pernah tengok website ni tak?”
Ni zaman website tu belum diban oleh MCMC. Aku pun cakaplah tak and memang aku tak pernah tengok. Kawan aku kata dia tengok and dia cerita yang website tu cam pelik tapi cam dia curious. Tapi dia kata tak boleh tengok lebih-lebih sebab dia tau salah.
Zaman remaja mungkin aku yang terlebih curious, aku bukak website tu. Mula-mula aku bukak aku geli. Aku takut. Tapi aku curious. Macam dadah or rokok. First time rasa tak best. Lama-lama aku suka tengok. And aku tengok banyak kali before tidur.
Perkara ni berluang banyak kali sampai aku jumpa video yang tunjuk perempuan beronan1. Aku pun bereksperimen dan belajar rupanya ada cara untuk perempuan beronan1 bukan sahaja lelaki.
Lepas pertama kali aku beronan1, aku rasa jijik dan kotor. Aku cepat-cepat mandi wajib. Lama-lama, kejadian ini berulang sampai ahli keluargaku pelik dengan ku mandi wajib pukul 2, 3 pagi.
Kadang-kadang, bila aku beronan1 waktu siang, aku mandi siang-siang. Aku sangatlah susah mandi siang sebab biasanya aku mandi sebelum maghrib atau lepas subuh. Jadi keluargaku kadang-kadang ketawakan aku. “Kenapa mandi siang-siang tengah panas? Mandi wajib ke?”
Lama kelamaan, aku mula ketagih dengan video p*rno dan beronan1. Ada satu tahap, untuk menghilangkan rasa sedih dan bosan, aku beronan1 hari-hari.
Aku juga install apps yang bolehkan kita chat dengan strangers. Kalau badanku berasa panas, aku akan layan strangers yang sama-sama gersang. Aku juga ingat ada video chat dengan strangers, terutamanya lelaki yang menunjukkan kemaluan mereka.
Aku melayan mereka dan menunjukkan badan aku dan beronan1 bersama-sama. Masa ni aku masih di bawah umur 18 tahun dan berlarutan hingga umur aku di awal 20-an.
Ada satu tahap aku beronan1 berkali-kali lebih daripada sekali dalam sehari, Bila dah buat berkali-kali, aku jadi mula malas mandi wajib dan mula tinggalkan solat.
Ada juga sampai tahap, aku lebih sanggup duduk di bilik dan beronan1 daripada berjumpa dan buat aktiviti-aktiviti lain dengan keluarga atau kawan-kawan. Aku beronan1, lepas onan1 aku tidur. Rinse and repeat.
Aku mula asingkan diri daripada semua orang hanya untuk beronan1. Skip event. Skip class. Rasa loser. Kadang-kadang bila aku okay dan tengok movie or music video yang ada babak kiss, aku akan mula bernafsu dan jadi tak menentu.
Bila aku mula bercouple, semua bf aku ada age gap yang besar dengan aku. 4 tahun, 9 tahun, 14 tahun. Tapi aku rasa selamat. Aku rasa diorang matured. Tapi matured diorang ada nakalnya.
Aku pun layankan sahaja walaupun mula-mula aku menolak. Tapi lama kelamaan, nafsuku kalah dengan layanan mereka.
Current boyfriend aku LDR. Sebelum ni kami tinggal berdekatan. Kami terlanjur beberapa kali. Aku terus terang. Benda haram ni best. Kalau tak, orang tak buat benda haram. Tapi aku sedar aku tak nak terus jadi pendosa.
Aku bincang dengan dia aku tak nak terus jadi macam ni. Aku nak stop. Aku nak bertaubat. Jadi kami decide untuk LDR.
Dia kata dia nak halalkan aku. Dia nak bertanggungjawab atas perbuatan kami. Bila kami cakap nak kahwin keluarga dia setuju tapi keluarga aku tak. Sebab berbeza kerjaya dan status.
Kami pun buntu. Bincang, bincang masih tiada jalan. Dia try nak jumpa direct dengan ayah aku tapi dia dihalang.
Untuk lepaskan rasa frust yang aku rasa, aku beronan1. Kadang-kadang aku beronan1 dengan boyfriend aku melalui video call. Kadang dia yang ajak, kadang aku yang ajak.
Another observation yang aku belajar, bila aku kuat beronan1, period cramps aku jadi teruk. Sampai tahap aku tak boleh bangun, nak baring je. Aku ada jumpa doktor tapi doktor kata tak ada apa-apa. Cramps tu normal. But you know your body best kan?
Bila aku kurangkan kekerapan aku beronan1, period cramps aku jadi manageable. Tu kesan dari segi health. And then, detailed di sini ya boleh skip perenggan ni kalau tak nak baca, discharge pon makin berkurang and normal tak macam bila aku kerap beronan1.
Tu jelah yang aku boleh fikir sekarang ni. Hari-hari aku bertarung dengan diri sendiri. Aku rasa sedih diri aku macam ni.
Aku siap buat macam checklist tarikh last aku onan1, untuk tengok and motivate diri aku untuk lamakan time aku last onan1 berbanding before. Tapi tetap tak bertahan lama.
Aku malu. Aku jijik. Aku try macam-macam cara untuk stop tapi masih gagal. Aku try solat balik tapi tak jadi. Aku try hobi baru, keluar jogging, chat dengan kawan-kawan tak nak sendiri tapi bila malam aku kecundang kembali.
Akhir kata, aku just nak pesan, kalau korang ada kawan, family yang macam aku, tolonglah and bimbinglah mereka. Support mereka dan jangan terus marah and hukum dia. Dengar cerita dia dan kenapa dia buat macam tu.
– Delima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
1. Lepas cerai aku ketagih onani, semua yang tt tulis memang betul, aku boleh stop merokok, stop main game, stop benda lain tapi nak stop onani & tonton porn sangat susah
2. masa kawen dulu, aku onani time bekas isteri period & pantang je, tu pun jarang sebab kadang dia tolong puaskan, kadang bila penat sangat jadi tak larat fikir bab ni
3. aku yakin hampir semua lelaki dah kawen pernah tonton porn, yang keje atas kapal, o&g, askar dll tu lagi la mencabar. Tapi tak boleh cakap lah, jaga maruah kan, jadi aku create fake acount utk share pengalaman untuk stop
4. Point last tu tt tulis “aku malu, aku jijik” tu tandanya tt memang serius nak berubah. Masa ketagih dulu, aku pun rasa perasaan ni, tiap kali tonton memang rasa serba salah, tapi sebab nak hilangkan stress, aku terpaksa juga onani, kalau onani biase, mani keluar sikit, stress tetap ada. jadi bila tonton porn baru keluar banyak, baru tenang
5. Tiap masa aku berdoa supaya Allah jadikan aku benci dosa ni, lepas onani pun tetap berdoa supaya Allah beri cara lain untuk hilangkan stress selain onani. macam2 cara dah buat, tetap gagal
6. Satu hari, dengar tazkirah tentang cara nak berjaya, ia berkait rapat dengan doa. Salah satu punca doa kita tak makbul sebab “dosa yang kita buat”. Aku memang ada impian besar, disebabkan takut tak capai impian tu, aku lebih kerap merayu supaya allah jadikan “aku benci pada dosa onani” supaya boleh capai impian tu lebih cepat
7. Tahap ketagihan aku teruk, 4 5 kali sehari, alhamdulillah sekarang ni bila stress aku pelbagaikan aktiviti supaya lebih tenang. Ni senarai aktiviti bila stress main games, tonton netflix, selawat, kemas rumah, berdoa, mengaji, membaca, joging, solat sunat dll
8. Aku letak pelbagai hobi ni sebab tak semua hobi boleh hilangkan stress, ada masa mengaji pun tetap stress, bila banyak aktiviti, banyaklah pilihan. so far test 2 3 hobi terus jadi
9. Alhamdulillah TT dah berada dalam laluan yang betul, berdoa & merayu lah kat allah supaya beri jalan keluar sampai tt rasa tak “bergantung” pada onani & porn untuk hilangkan stress
10. semoga yang baca ni pun faham cabaran orang ketagih onani & mendoakan hidayah untuk mereka sebab salah satu kejayaan mereka adalah daripada “doa orang lain”
Mengaku perkara buruk dan menyebarkn keburukan kpd org lain supaya berwaspada adalh satu perkara yg perlu keberanian, salute sis. Sy pun terjebak dgn ketagihan onani. Tpi sy ni lelaki, jdi pengalaman sedikit berbeza. Cuma bezanya badan akan rase lemah dan tak kuat. Tak confiden dgn diri sendiri dan juga mudah utk mengalami kemurungan. Sy sngt faham dgn situasi ini dan simpati dgn sis. Semoga kite semua dipulih dri ketagihan ini satu hri nanti.
Delima, u really need help, awk x bole selamanya begini.. klau kluarga awk fhm situasi awak, mngkin mrk bagi awak kawen dgn bf awk tu, tp kna ingat, kawen bln sbb nk lepaskn nafsu shj, sbb perkahwinan adalah satu perjalanan yg pnjang, tambah lg klau awak berdua dah lalui pengalaman ‘hitam’ spt yg awk kta ‘menjijikan’ itu, things may get worse, klau awk berdua tak melaksanakn perintah agama, atau pon ‘cetek agama’.. sya bkn bertujuan nk ‘menghina’ atau ‘menghukum’ awk, tp sbb jauh dari agama lah, manusia sanggup melakukan perkara yg bertentang dgn agama, walaupun dia tahu itu satu dosa atau ‘tidak bermoral’.. sorry, sya x fhm apa tu “LDR”, adakah ia suatu habit, atau apa.. tapi klau awak benar2 nk berubah, dan kembali ke pangkal jln, u have to do something yg “drastic”, walau pon awk x suka.. sama ada awk tinggalkn terus perbuatan ‘onani’ itu, atau org yg mendorong awk melakukannya, & at the same time, awk mesti ‘paksakan’ diri awk solat, w/pun awk x suka dan bergaul atau berkawan dgn org2 yg mendekatkan diri dgn agama, sama ada di kalangan keluarga, atau kwn2, hatta dgn org yg awk x kenal sebelom ini, cthnya : ustazah, atau jemaah di surau atau masjid atau pon pertubuhan spt maahad tahfiz, pondok dsb.. sibukkn diri dgn aktiviti agama, kemanusiaan atau jd sukarelawan agama, sehingga awk ‘lupa’ dgn kegiatan onani awk tu.. u have to do it, klau nk selamat di dunia & Akhirat nt.. bila awk dah rsa ‘tenang’, baru lah awk nmpak diri awk lg ‘jijik’ dari yg awk bayangkn sebelom ini. Di samping itu jgn berhenti berdoa, agar awk dijauhkan dari perkara2 & org2 yg tidak baik, atau yg mengheret awk kpd dosa.. klau bole, bangun di tgh mlm atau sebelom waktu subuh, memohon ampun dari Allah bersungguh2, takut akn azab siksa Neraka-Nya.. Allah yg maha Pengampun, akan mengampunkan dosa2 hamba-Nya, selagi mahu bertaubat (insha Allah).. ingatla, dunia ini x lama, akhirnya kita akn menuju ke Akhirat juga.. sanggup kah kita jika disiksa selama2nya d Sana.. tanyalah soalan itu kpd diri awk sendiri.. sbg seorang ‘saudara’ dlm agama, saya dah cuba bg pendapat.. Semoga Allah SWT memberi hidayah & taufiq kpd kita semua.. Aamiin3 YRA.. wasalam
LDR: Long Distance Relationship atau PJJ: Perhubungan Jarak Jauh
1 tips, bt ssuatu activity yg all out dan bt diri kau letih. Contoh workout kt gym 2hours, bt cardio or ko kemas rumah kau stiap hari (sapu, mop, bsh bju , lipat baju , msk, kms dapur, kms taman) trust me ko bt smua nie until bedtime energy ko da drained abes n ko x pk psl onani mlainkn tido. Normally org yg beronani nie sbb die lonely and tlalu byk mse sbb x de bnde nk bt so otak kau akn focus n tringat pd itu aje.Bila kau bt mcm aku ckp tue otak kau x de mse nk pk ke arh tue sbb die akn set..lps settle nie..kne settle nie plak..gitu lah..all the best n plz jgn tlanjur lg, diri kamu mahal untk jd sprti itu. This is not the main objective untk kamu lahir ke dunia nie dgn mjdi pmuas nafsu yg hrm bg kamu.