Salam semua, saya Tiara umur pertengahan 40an. Sudah berkahwin hampir 25 tahun. Ada seorang anak itupun setelah TTC dekat 12 tahun.
Suami umur awal 50an. Profesional. 10 tahun lepas, saya dapat tahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.
Sebelum tu saya sudah perasan perangai suami ada hint hint ke arah tu. Tapi mungkin suami masih tak kenal saya sangat, if dia nak kahwin lain saya benarkan saja. Jadi hubungan itu dia jalinkan serba rahsia dengan pertolongan kawan kawan rapat dia.
Kami ketika itu fasa selesa dengan kerjaya masing masing. Hidup saya ketika itu, anak, kerja dan last dia ie suami. Saya rasa dia pun macam tu.
Saya walaupun ada firasat suami ada hubungan luar tapi masih belum nak confront suami sebab hendakkan dia sendiri yang mengaku pada saya. Saya dah siap sedia if dia minta izin nak kahwin saya dah ready luar dalam dan izinkan.
Namun dari sehari ke sehari minggu ke bulan ke tahun. Suami masih senyap dan layan saya dan anak macam biasa dan saya beranggapan maybe setakat flirting saja kot hubungan suami.
Oh ya saya bukan setakat firasat, banyak kali rakan rapat nampak suami dan perempuan tersebut keluar berkepit kesana kesini. Appearance perempuan itu?
Cantik, tinggi, putih memang tak padan dengan suami saya yang serba serbi opposite, tapi sebab saya kenalkan suami macam mana orangnya, caring, mulut manis, konon baik dan prihatin saya agak sebab itula yang buat perempuan tu melekat.
Selepas beberapa ketika, suatu hari saya dapat text whatsapp, bertanyakan boleh ke call saya, saya maklumkan, call lah, rupanya yang call tu gf suami saya. Rupanya lagi suami saya sudah putuskan hubungan dengan gf dia tu sebulan lepas.
Saya hela nafas dan tanya mana dapat nombor, gf suami maklumkan dia ambil dari phone suami masa suami tak perasan. Saya tanya lagi nak buat apa call saya if hubungan dah putus.
Tiba-tiba ex gf suami menangis meraung (terkejut saya) dalam sedu tangis dia maklumkan suami mula jauhkan diri dan kemudian minta putus.
Hubungan mereka dah kebilik tidur dan dia maklumkan suami kerjakan dia as if mereka tu laki bini. Sepanjang setahun setengah mereka berhubungan, hampir beratus kali buat benda zina tu.
Saya memang terpana dalam hati,bukan main suami saya, dengan saya bini yang sah nak berhubungan kelamin dari awal kahwin sampai waktu tu pun boleh kira aje kot berapa kalinya.
Selepas ex gf suami habis nangisnya saya maklumkan awak nak saya buat apa? Dengar kisah beromen awak ni apa hala tuju nya. Dia maklumkan minta saya tanya pada suami kenapa buat dia macam tu.
Dia ikhlas cinta dan sayangkan suami. Dia sanggup jadi bini no 2 dan sanggup segalanya asalkan dapat kahwin dengan suami saya. Dengan tak malunya ex gf suami minta saya pujuk suami supaya terima dia semula.
Entah kenapa saya masa tu sikit tak marah pada ex gf dan suami. Saya janji saya akan maklumkan pada suami dan letak telefon.
Malamnya saya terus tanya suami dalam bilik tapi sebab dah tahu perangai dia kan, seperti yang dijangka suami senyap tak berkutik.
Tak minta maaf, tak mengaku salah, tak menidakkan, semua tak dan percayalah, itulah kali terakhir saya bercakap berkenaan hal itu sampailah sekarang. Agak frust tapi being me yang serba serbi tenang, saya lepaskan perkara tersebut malas nak serabut.
2 hari kemudian ex gf suami call saya semula dan tanya berkenaan suami, saya jelaskan sebaiknya, suami tak mahu lansung bercakap berkenaan dia dan saya tak dapat buat apa pun.
Sebaik dengar, ex gf suami menangis lagi beria sambil cakap, saya sayang cinta dia, dia dah sentuh saya dia saja yang layak kahwin dengan saya. Dengar suara ex gf suami yang patah hati sungguh, sedih sungguh rasa hati. Saya nasihatkan ex gf suami untuk moves on.
Dia cuma maklumkan hati saya betul betul hancur. Itulah perbualan terakhir kami. Selepas itu hubungan saya dan suami kembali rapat zahir batin, saya beranggapan suami dah menyesal dan nampak dia bertaubat dan saya sebagai isteri pilih untuk teruskan hidup dan jalani life macam biasa.
Ex gf suami, saya tak ada dengar kisahnya selepas itu. Namun sekarang, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, saya perasan suami bertimpa timpa ujian dan masalah yang ditanggung.
Perniagaan down, accident 3 kali, 1 hampir ragut nyawa dia. Disaman rakan kongsi. Serabut serba serbi.
Saya anggap ujian dari tuhan pada suami tapi hati kecil saya sering tertanya, mungkin ini kifarah suami yang mainkan perasaan wanita yang ikhlas sayang pada dia? (saya merujuk pada ex gf ).
Saya riki riki berkenaan hal ex gf suami saya pada seorang rakan. (rakan saya kenal pada sahabat ex gf suami).
Saya berharap pada ketika itu, dia dah berkahwin, ada anak dan hidup bahagia. Namun sebaliknya berita yang saya dapat. Selepas kena tinggal, ex gf suami frust teruk.
Katanya menangis berbulan bulan, berubat sana sini. Berhenti kerja dan balik kampung. Sekarang kerja di kampung halaman, dr dah diagnosed ptsd on meds dan tak kahwin sampai sekarang.
Saya cuba cari facebook ex gf tu dan jumpa. Lain sungguh wajah dan diri jika nak dibanding dengan appearance yang diceritakan kepada saya. Wajah gelap kusam, badan masih lansing tapi muka macam menanggung segala remuk redam.
Lagilah kuatnya tanggapan saya atas apa yang terjadi pada suami. Adakah segala bala yang suami hadap sekarang atas sebab kifarah dia hancurkan hati manusia yang lain?
Kalau sebab saya, saya tak rasa begitu. Saya orangnya tak mahu pening pening, jika ada dosa suami pasa saya, saya sentiasa maafkan dunia akhirat. Saya nak hidup tenang tenang.
Saya pada dan ketika ini, ingin sangat sangat berbincang dengan suami berkenaan hal ex gf dia dan kesan pada apa yang dia dah lakukan tapi itulah saya tahu, suami akan pilih untuk senyap dan diam.
Saya nak sangat sangat suami mengaku salah silap dia dan minta maaf pada ex gf dia dunia akhirat. Macam mana ya?
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
akak ni jenis SIC, manusia yg jenis avoid conflict.. empati yg tinggi.. bab suami akak tu, mungkin lah kifarah kt dia.. bab perempuan tu pun sama, semoga Allah jauhkan diri, anak dan keturunan kita dari dosa2.. risau jgk sbb komen sy pun kencang, cuma sy geram sikit bab2 penyondol,bini kena tindas tp stay dan lelaki curang..
eemmm, hebat awak ni
nasihat kan la suami tu utk minta maaf sebelum ex-gf dia pergi buat selama lama nya tanpa sempat dia memaafkan… sebb dosa dgn manusia ni melekat selamanya selagi mana tuan badan tak memaafkan.. boleh minta husband dekatkan diri dengan Pencipta dan inshaAllah dengan penuh pengharapan nnti Allah bg hidayah utk dia berusaha minta maaf pd ex-gf nya… dan ex-gf memaafkan… hablum minallah wa hablum minannas
Tenangnya kamu sis
Respect
Semoga Allah tak balas balik perbuatan suami sis kat anak2 sis pulak.
Ni bukan hebat tapi penakut.
Mana dapat kekuatan ni sis? Saya teringin nak jadi setenang kamu tapi selalu sukar masa tau suami berhubung dengan rakan sekerja.. walaupun bukan sampai ke ranjang (wallahua’lam)… hati saya memang masih trauma sehingga kini… mungkin kata maaf darinya belum mampu membuat saya kuat untuk memaafkan sepenuh hati… cerita sis membuatkan saya muhasabah diri… nak tenang-tenang juga… respek!!
Sangat merugikan, jelas kifarah dah tertulis di langit, doa orang teraniaya memang Allah akan makbulkan. Macam mana suami awak enjoy badan perempuan tuh, diharap suami awak pun akan enjoy balasan yang dia dapat. Macam mana awak enjoy dengar suara perempuan tuh menangis teresak-esak, awak pun akan enjoy balasan untuk awak.
Kena balasan sikit, santai, bila dah kena balasan bertimpa, masalah dah tak terpikul, baru gigih nak cari fb perempuan. Ini bukan tanda orang ikhlas, cuma tanda orang terdesak terpaksa. Waktu senang sombong, bila dah susah terduduk baru sedar, masalah yang dulu boleh diselesaikan, diabaikan, kini masalah makin besar, konflik makin rumit.
Perhatian pada semua isteri, kalau suami anda ada salah dengan perempuan lain, suruh suami segera minta maaf, jangan bertangguh, jangan sampai suami tak dimaafkan. Jangan pernah rasa oh aku bini, aku win, sebab suami reject perempuan, aku dapat balik suami aku, AWAS. Suami tak balik tangan kosong, dia balik bawa bala yang dahsyat. Dia balik bawa sial, dia balik bawa bahaya, dia balik bawa kemiskinan, dia balik bawa nasib buruk. Dia bawa balik dosa zina + dosa aniaya anak orang.
Memang menyedihkan bila difikirkan, hidup hanya habis membayar kifarah, kifarah anak 12 tahun dah selesai, kini bayar kifarah perempuan untuk 12 tahun lagi. Rugi.
Macam tu la perangai laki celaka tuan puan, dia mainkan perasaan org, jiwa org pastu lap tangan duduk bawak ketiak bini act as usual. Pompuan tu separuh nyawa, bini separuh nyawa terkesan dengan perbuatan laki tagune.
aku benci laki mcm ni tp pompuan kat luar sibuk salahkan penyondol. Patutnya gelaran penyondol tu kat suami jenis mcm ni la.
Ex gf tu naif, mgkin baru mai dari kg, somi puan plak bantu sampai bilik tido ngan janji2 babinya sedap dapat tinggal.
Naya sungguh anak org, Kesian dia. Semoga puan dpt bantu budak tu. Puan pon baik jugak semoga hidup puan dipermudah segalanya
sis, if suami jenis senyap sunyi kalau ajak berbincang, write him a letter. jangan whatsapp. write in your own handwriting. in syaa Allah, akan ada kesan pada dia i.e. dari segi what you want him to do
saya pun sebenarnya macam sis. if my husband nak kawin lagi satu, dua atau tiga, saya izinkan. takya serabut pening bagai. saya bekerja, saya ada simpanan, lebih banyak dia (duit simpanan saya boleh tahan selama dua puluh tahun if saya tak bekerja), anak anak dah besar panjang. it is nice to have my own space. takde la suami breathing down my neck always
all the best, sis