Kesan dan Akibat Jika Ada Rekod Sabitan Lampau

“Mengaku salah je, nanti just bayar denda RM2,000 pastu terus balik. Tak payah naik Mahkamah dah.”

Kata Pihak Berkuasa kepada Tertuduh sebelum kes disebut di sebuah Mahkamah Majistret.

Pernah tak anda /keluarga anda dituduh di Mahkamah atas sebarang pertuduhan jenayah?

Pastu Pihak Berkuasa minta anda sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) mengaku sebab katanya akan dikenakan denda je.

Padahal asalnya Tertuduh tak mahu mengaku pun sebab Tertuduh tak terlibat.

Tetapi sebab nak jimat kos lantik Peguam, tak perlu sediakan duit jamin, tak perlu pergi bicara, OKT mengaku salah sahaja.

Senang. Tak panjang cerita.

Kalau tak, nak kena turun naik Mahkamah, mohon cuti dari Majikan lagi, dah lah la baru dapat kerja. Kerja kontrak pulak itu. Bukan senang nak dapat cuti.

Tahu tak apa kesan-kesan jika anda MENGAKU SALAH di Mahkamah Jenayah TETAPI ANDA TAK BUAT?

1) Sekiranya anda mengaku walau boleh bayar denda sahaja, atau Penjara sehari sahaja, sabitan hukuman anda akan direkodkan di bawah :

Akta Pendaftaran Penjenayah & Orang Yang Tak Diingini 1969.

2) Berapa lama rekod ini boleh simpan?

99 tahun / selamanya selagi mana tak dibatalkan atau dihapuskan.

3) Ia disimpan dalam sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM)

4) Apakah butir butir yang boleh didaftarkan dalam Akta Pendaftaran Penjenayah & Orang Yang Tak Diingini 1969 ini?

Sabitan, Hukuman, nama, Perihal, Gambar Foto, Cap Jari dan lain-lain.

5) Boleh mohon pengecualian?

Boleh.

Ketua Polis Negara / Menteri boleh mengarahkan mana-mana orang selain orang yang dibuang Negeri untuk dikecualikan dari Akta ini.

Tapi bukan mudah.

6) Agensi lain boleh ada akses ke?

Boleh.

PDRM boleh bekalkan data ini dalam bentuk ‘data crunching’ sekiranya agensi (Kerajaan) terutamanya ingin membuat semakan ke atas penama (sebagai contoh Wisma Putra).

APA KESAN BURUK?

1) Bekas banduan terutamanya susah untuk mendapat pekerjaan demi menyara hidup kelaurga.

2) Sukar membuat Pinjaman Bank.

Institusi kredit (Bank) berhak untuk menyemak rekod jenayah , sejarah kredit (CCRIS), hubungan keluarga dan Majikan.

Bank berpendapat bahawa bekas Pesalah mempunyai risiko yang tinggi untuk tidak membayar pinjaman.

3) Boleh hilang Hak Penjagaan Anak-anak :

Bagi ibu bapa yang berpisah (Muslim atau Tidak) Mahkamah akan mengutamakan kebajikan anak-anak.

Sekiranya bapa/ibu mempunyai rekod sabitan lampau seperti memiliki dadah, curi, pukul dll, Mahkamah tidak akan anak-anak itu dipelihara oleh ibu/bapa sedemikian.

Ada kebarangkalian ibu / bapa yang ada rekod lampau ini akan kembali ke sikap lama dan ulang balik kesalahan ini.

Jaditu keselamatan, kesihatan, pendidikan, anak anak ini akan diprejudiskan.

Anak-anak juga perlu membesar dalam persekitaran yang selamat dan melihat contoh teladan yang baik.

4) Melancong / Berhijrah.

Ada sesetengah negara yang melarang pelancong mempunyai rekod jenayah untuk masuk ke negaranya.

Bergantung kepada peraturan / undang undang Negara tersebut.

Ini adalah kerana mereka ingin memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat Negara mereka dari sebarang perkara tak diingini.

Jaditu, jika ada sebarang kemusnykilan, dapatkan dulu nasihat dari Peguam dulu sebelum buat sebarang keputusan.

Peguam akan memberi pendapat yang terbaik untuk masa depan anda dan juga kes .

Semoga membantu.

– Shada Mazan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jika seseorang itu ada kes lampau mencuri ketika dibawah umur,dia layak atau tidak untuk memohon kerja kerajaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *