Kesan Doa Buruk Pada Anak

Aku lelaki berumur 30 tahun, masih single dan kerja tak menentu.

Maksud aku tak menentu disini adalah aku kerja yang tiada increment, bonus, kwsp dan aku lonely sebab work from home.

Sebelum ini pernah aku buat confession patut tak aku berhenti kerja, sekarang aku dah dapat jawapan.

Ini merupakan tahun terakhir aku akan kerja disini dan buat masa sekarang kumpul duit dahulu dan cuba cari side job lain.

Okay baiklah berbalik pada tajuk aku di atas, sebenarnya parents aku banyak mengeluarkan kata kata yang mungkin telah dimakbulkan contohnya dulu waktu aku melawat universiti kakak aku.

Ayah aku yang sedang memandu ke dalam universiti boleh pula dia bergurau.

“Zaki ni tak boleh masuk universiti ni” aku lupa apa ayah aku sambung tapi dia bergurau sebab nak cuba trigger keinginan aku masuk universiti. Memang angin lah dan aku berazam untuk masuk universiti.

Dan fast forward 7 tahun kemudian aku gagal masuk universiti dan keinginan nak masuk universiti tersebut hilang.

Kau bayangkan, dulu sekolah punya nak masuk universiti bila dah sampai masanya keinginan nak masuk tersebut hilang sebab aku nak buat bisnes.

Lepas itu contoh yang lain, kali ini mak aku pula sebut.

“Tak ada Degree tak ada perempuan nak, orang yang tak ada sekolah yang nak kahwin dengan kau”

Seminggu sebelum mak aku sebut perkataan itu, masih ada lagi perempuan yang rapat dengan aku tapi lepas cakap itu perempuan tak ada dah nak ngorat aku.

Bagi aku wajah aku ni atas sikit daripada kategori awam, daripada 10 muka kacak dalam 6-7 ranking yang aku beri pada diri aku. Jadi ada lah juga flirting berlaku pada aku, huhuhuhu.

Semenjak dari perkataan itu juga tiada lagi bapa orang yang offer anak dia untuk kahwin dengan aku.

Sejak dari itu aku baru sedar, bukan sekadar doa angkat tangan. Perkataan semata yang keluar pun Allah boleh kabulkan, aku mula hangin juga dekat mak aku sebab suka cakap pada aku bukan bukan.

Last-last aku kena marah kenapa derhaka sangat sebab itu kena doa bukan bukan.

Kata orang usia 30 ada separuh je lagi kehidupan. Jika diberikan usia 60, maka berbaki 30 tahun sahaja lagi untuk hidup.

Sikit demi sikit aku dah mula giveup dengan dunia ini, ada benda yang aku kejar dulu aku dah tak kejar.

Aku nak tambah sikit dalam confession sebelum ini aku ada cerita aku ada penyakit baran bermula dari usia 21 tahun.

Confession tersebut menyebabkan ada yang komen aku ni red flag, wanita baca pun mereka takut nak bersuamikan aku.

Komen komen tersebut ibarat peluru yang ditembak masuk dalam hati sanubari aku.

Ada banyak perkara yang berlaku selepas confession tersebut, aku perasan baran aku semakin hilang. Setiap kali nak bergaduh aku berjaya mengawal diri daripada pergaduhan yang melarat.

Ada sehari kakak aku buat hal, lama giler dia kat shopping mall aku ni tengah kepanasan menunggu kat tempat parking.

Aku ingatkan bila dia datang je, makian bertubi tubi akan keluar dari mulut aku.

Tapi tiba tiba yang jadi aku cuma complain, tapi tak keluar pun jeritan marah dengan suara yang sangat tinggi kepada dia. Complain pun kejap,

“Korang ni dah lah panas, aku nak berak lagi” lepas itu muka monyok drive bawa kereta ke rumah.

Aku sedar, “eh aku dah ok ke ni? Kenapa aku berjaya kawal kemarahan aku”. Wei aku pun pening dengan diri aku semasa drive bawa kereta balik ke rumah.

Selain itu waktu buka tiktok aku terjumpa banyak nasihat berguna, contoh pertama

“Kenapa anda ada impian? Itu bukan angan-angan, Allah ciptakan impian tersebut untuk kita capai dengan Izin Allah. Jadi bersyukurlah kalau anda ada impian, Allah nak kita usaha dan juga bergantung harap pada nya, bukannya kita usaha dan lupakan Allah”

Tersentak juga dengar nasihat itu, aku yang dah mula hilang minat nak kahwin pun mula doa crush supaya menjadi jodoh.

Keyakinan Aku pada Allah semakin meningkat dan aku perasan bila aku doa dia jadi jodoh aku, aku pun berubah sama contoh aku doa

“Ya Allah, aku nak sangat kahwin dengan si fulanah binti fulan pada tahun depan, ya Allah jadikanlah aku suami yang baik, jadikan lah isteri aku penyejuk hati, jadikan lah perkahwinan kami bahagia dan berlandaskan syariat islam”

Tiba tiba aku jadi semakin rajin untuk beribadat, pergi masjid dan baca quran.

Aku pun mula kuat untuk doa diberikan kekuatan supaya tak lagi meninggalkan solat.

Selepas itu lalu pula IG reels dekat phone aku pasal overthinking.

“Jangan overthinking kerana ianya bakal menjadi satu penyakit, ubahlah masa anda overthinking tersebut untuk istighfar mohon keampunan”

Aku pun ubah, dari overthinking nasib aku yang single dan loser ini kepada istighfar. Hasilnya aku menjadi semakin happy, jantung yang dup dap rasa gelisah menjadi semakin tenang.

Keberanian aku mula datang balik, aku mesej seorang rakan FB yang aku minat dia dan nak bertaaruf tapi dia tak sedia.

Aku bersangka baik, belum tiba masanya aku berumah tangga, kuatkan dulu ekonomi diri baru bertaaruf dengan perempuan lain pula.

Sekarang ni impian aku nak kahwin dengan crush aku menjadi semakin kuat, setiap kali solat aku cuba doa supaya dia jadi jodoh aku. Perkahwinan kami dari dunia sampai akhirat.

Aku juga doa supaya zuriat aku menjadi orang yang menjaga solat, aurat dan juga mulut dari melakukan dosa.

Disamping itu aku juga doa anak anak aku dijauhkan daripada orang jahat seperti sugar daddy atau bapak ayam.

Itu sahaja buat masa ini, aku cuma nak kongsi perubahan aku bila aku pandang dari sudut yang lain.

– Zaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *