Kesan Mangsa P

Assalamualaikum. Saya A, umur 30 tahun, dah berumah tangga ada 2 anak solehah bawah 5 tahun.

Saya mangsa ped0phile 2x, background family yang teruk panas baran, pesakit mental.

Saya tak tahu nak start dari mana. Ni cubaan lebih kali ke 5 untuk menulis. Saya suka menulis, saya suka melepaskan emosi menggunakan diari.

Tapi semua berubah bila masalah di atas berlaku dalam hidup saya. Memberi kesan pada saya sekarang.

Saya benci, benci semua. Tapi saya sayang, saya pun nak tenang nak bahagia. Tapi kenapa.

Suami saya tahu semua. Saya cerita semua… Dari saya yang mengamuk pegang pisau, bercakap macam orang gila, saya dah ubah. Tak pegang tak luka kan diri.

Tiap kali gaduh saya akan minta bantuan dia. Jangan diam. Kalau awak diam, otak saya akan fikir benda yang tak baik.

Dia kawan saya dari kecik. Dia tahu bila saya perlu. Tapi saya ingat agama juga, saya ingat Allah, saya tahu dosa pahala. Jadi saya ubah. Saya ubah semua untuk rasa bahagia.

Tapi kenapa dia, rasa, fikiran ni tak pernah stop. Saya kadang2 marah dengan diri saya sendiri.

Saya tahu bukan salah orang sekeliling saya bukan salah suami saya. Saya rasa nak duduk sorang sorang. Hidup sorang sorang. Tapi saya sayang keluarga kawan kawan family.

Tapi kenapa saya masih tak dapat nak selesaikan masalah diri saya sendiri. Kaunseling saya cari, tapi saya berani cari yang online sahaja.

Saya google talian yang perlu. Tapi masih belum selesai. Bila saya bergaduh dengan suami hal kecik, semua. Semua datang sekali gus.

Kenapa saya…

Saya cuba, saya cuba cerita pada papa 6 tahun lepas, dia yang buat saya. Sebab saya terjumpa dia di tempat kerja, bayangkan senyuman die macam mana. Terus saya cuti.

Cerita pada papa. Tapi papa mengamuk. Saya cerita supaya saya rasa reda dan geram saya selesai. Sampai sekarang saya ingat nama dia.

Bayangkan kalau saya cerita orang kedua tu darah daging papa sendiri. Mesti tak selesai juga. Mesti salah saya. Tapi saya baru 7 tahun, baru 9 tahun. Ape yang saya tahu. Arghhh annoying.

Dah, dah cuba lupakan. Tapi beratnya.

Suami baik, anak anak baik, family mertua baik. Allah dah bagi saya yang terbaik. Saya tahu. Tapi kenapa saya.

Tapi suami pun bukan dapat faham saya sepenuhnya, walaupun saya dah cerita berjuta kali. Tapi saya percaya bila kita tak kena, kita tak kan dapat rasa.

Macam mana nak survive?

Saya pernah minta cerai lepas 3 tahun berkahwin. Tapi suami pujuk. Saya tahu bukan salah dia. Tapi saya dah penat laa. Saya nak tenang.

Solat saya makin ok, dari bertatih ngaji makin lancar. Tapi kenapa belum hilang sepenuhnya?

Yang sama masalah dengan saya. Biasa awak semua selesaikan macam mana?

Bahagia tu memang menyakitkan ke?

Memang kena melupakan, telan segala pahit ke?

Kalau rasa masih ada, saya jahat ke?

Kalau tanya saya apa saya nak, saya nak bunuh semua memori yang ada masa kecil. Saya nak bahagia yang sekarang. Supaya bukan salah saya.

Dari A,

A yang nak bahagia,

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *