Assalamualaikum, first thanks admin siarkan confession ni. Nama aku dila 25 tahun. Sebelum ni aku bekerja selama 2 bulan dlm bidang retail selepas tu aku berhenti kerana ibu dan ayah sakit. Mula2 ayah sakit aku masih kerja sbb ibu boleh jaga selepas tu ibu pula sakit. jadi aku kena jaga. Sampailah 5 bulan berlalu. Selama 5 bulan ni aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku. Kesan negatif dan hikmahnya juga aku rasa.
Pertama, aku jadi seorang yang tak pandai berkomunikasi. Bukan nak ckp sblm ni aku pandai sgt komunikasi tapi boleh la bercakap. Mungkin ada orang panggil ni sebagai social anxiety. Means, aku rasa serba tak kena bila berdepan dgn orang yang aku x kenal. Aku hanya duduk dirumah berbulan bulan sampailah aku keluar rumah aku sedar yang aku rasa kekok atau awkward sgt nak bercakap dgn orang. Even dgn kwn2 aku sendiri. Diorang jadi annoying dgn aku.
Kedua, aku rasa tak confident nak kerja balik. Aku rasa aku jadi slow dan blur sgt. Orang ckp aku jadi ssh nak hadam. Benda mcm ni buat aku rasa mcm takut nak kerja balik sbb mesti orang aklan bengang dengan aku sbb slow sgt buat kerja.
Ketiga, stress. Disebabkan kesan yang aku terima ni aku rasa mcm stress disamping aku takde duit. Aku fikir mcm mana Masa depan aku ni. Skrg ni bole la aku tumpang mak ayah aku tapi sampai bila kan. Aku jadi risau. Orang lain dh byk pengalaman tapi aku takde apa-apa lagi.
Walaupun cmtu, ada hikmahnya juga. Aku rasa hidup aku jadi lebih teratur. Aku belajar uruskan diri dan rumah. Kalau dulu aku jenis tak fikir rumah sbb adik beradik aku yang lain yg buat skrg aku boleh buat, cthnya masak Dan lain2. Berbanding Masa aku kerja aku x kisah bilik aku, means asalkan x kotor xpe tapi brg bersepah, tapi tu dlu sekarang aku x boleh tgk bersepah sikit. Semua benda nak kemas dan bersih. Selain tu. aku juga jadi lebih kenal perasaan orang tua. Selama ni aku x perasaan yang diorg tu sunyi tapi sekarang aku kalau boleh nak hiburkan diorg. Aku selalu ajak diorg tgk tv sama2, makan borak sama2. Alhamdulillah diorg nampak happy berbanding sebelum ni. Adik beradik aku sbnrnya ramai tapi yg duduk rumah aku sorg sbb semua dh kawin kecuali aku.
Mmg aku perasan benda baik yang berlaku sepanjang aku menganggur tapi sbnrnya aku risaukan hal masa depan aku. Bukan apa aku sedar bkn sng skrg nak cari kerja. Masalah x confident aku jadi agak teruk bill berdepan dgn org. Even tetamu dtg rumah aku pun aku jadi kekok sgt. Nak hidang minuman pun aku jadi kekok sgt. Sampai aku malu. Aku kena perli dgn sedara aku sbb duduk bilik masa diorg dtg. Bukan apa aku mmg x selesa. Jadi, aku perlukan pendapat, ade x yg mengalami perkara yang sama dgn aku. Kalau ade apa yang korg buat? Terima Kasih.
– Dila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit