Assalamualaikum kepada readers sekalian, harini saya nak berkongsi kesan menonton pornografi yang saya lalui. Saya mula terjebak menonton pornografi sewaktu umur 13 tahun lagi dimana rakan saya yang mengajarkan saya menonton video lucah di laman web.
Pada permulaan, saya suka menonton semua jenis kategori video lucah, lama-kelamaan, saya semakin ‘demand’ terhadap orang yang saya inginkan, saya mula menapis perempuan yang cantik, putih, muka nerd dan sesuai dengan citarasa saya.
Disebabkan itulah, dalam kehidupan saya setiap kali melihat gadis-gadis, saya mesti akan berfikir tentang seks, saya sudah boleh gambarkan keadaan gadis tersebut dalam keadaan bogel hanya melihat dengan pandangan mata kasar sahaja.
Dan disebabkan itu juga, saya sukar rapat dengan perempuan kerana penampilannya tidak sama apa yang saya inginkan didalam video seks tersebut. Saya melihat gadis-gadis hanya sebagai pemuas seks sahaja.
Selain itu, kesan pornografi juga menyebabkan aku hilang keyakinan diri, self esteem yang rendah, suka menyendiri, resah bila dalam kumpulan, kurang komunikasi, malu, pelupa,
Apabila aku stress jer, aku akan melancap atau menonton video lucah, stress dalam kepala otak aku akan hilang dalam waktu seketika sahaja. Aku gian. Hormon dopamin dalam badan yang dihasilkan apabila aku terangsang menyebabkan aku happy sangat buat, tetapi aku akan jadi sangat pelupa.
Aku sedang hendak berubah daripada menonton video lucah apabila aku menemukan cinta sejati aku, aku lihat dia sangat baik terhadap aku dan aku rasa serba salah apabila dia mendapat lelaki macam aku – nampak luar macam baik tetapi didalam hanya Allah sahaja yang tahu.
Sebab apa, aku pernah dengar ustaz kata ‘lelaki baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya’. Aku pun tak nak bakal isteri aku ni sama macam aku, so aku start berubah sikit demi sikit.
Perubahan untuk menonton video lucah ni memang susah gila, aku solat taubat, berdoa, tetapi aku paling lama pernah tahan pun 4 bulan, lepas tu aku jadi macam dulu balik, sehari aku boleh melancap sampai 5 kali. Kau rasa? Aku ada baca artikel yang mengatakan hendak berhenti pornografi lebih sukar daripada berhenti hisap dadah..
Dalam masa sekarang aku dalam terapi lagi yang aku buat sendiri, antara terapi yang aku buat :
1. Aku buat baik dengan ibubapa dan ahli keluarga aku terutama yang perempuan.
2. Aku cuba bergaul dengan perempuan secara berhemah, sopan, hormat, dan aku memandang tinggi darjat wanita.
3. Aku sibukkan diri aku dalam akitiviti kemasyarakatan.
4. Aku cuba elakkan duduk dalam tempat yang sunyi.
5. Aku cuba hafalkan surah2 lazim dan juz amar
6. Aku sudah mula menabung untuk perkahwinan, sebab aku tahu nafsu seks aku kuat.
7. Aku banyakkan doa supaya dijauhi perkara2 yang lagha.
8. Aku cuba jaga pandangan mata dengan perempuan.
9. Aku sekarang tengah usaha hendak bangun qiam.
Nasihat aku kepada readers diluar sana yang addicted juga dengan pornografi, take time untuk berubah, sibukkan diri kau dalam masyarakat, cuba untuk ubah pandangan terhadap wanita, contohi sunnah Rasulullah macama mana beliau melayan wanita dengan baik.
Kepada readers yang belum terjebak dengan pornografi ini lagi, jangan nak gatal2 cuba, Allah dah selamatkan kau dari pornografi ini, jangan nak campak diri kau kearah kebinasaan.
– Zilong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit