Kesan Pemakaian High Heels

Assalamualaikum. Perkenalkan, aku Melati. Seorang perempuan yang acah-acah ayu.hihihi… Apa yang aku nak confess kat sini adalah tentang kesan pemakaian high heels. Aku yakin, ramai wanita yang suka pakai heels kan? Kenapa? Sebab salah satunya heels nie memberikan konpiden ke tahap yang lebih tinggi. Bukan untuk berlagak diva, tapi itulah realitinya. Bila pakai heels, rasa nak berdepan dengan orang tu lebih yakin. Macam ada aura lain je. Dan itulah aku.

Aku start pakai heels nie start sekolah menengah lagi. Entah kenapa,time tu dah rasa nak melawa. Seronok tengok heels yang banyak2 tu kat mall. Bila mintak bonda belikan, bonda ok je. Tapi bonda still ada nasihat supaya kurangkan pakai heels. Siap bonda tunjuk lagi artikel pasal kesan pakai heels nie. Time tu aku wat tak taw je. Al-maklumlaa tengah syok melawa (please jangan tiru aksi ini). Dan aku mula tinggalkn heels nie disebabkan satu kejadian yang paling aku tak boleh lupa. Petunjuk Allah mungkin.

Ceritanya,waktu tu aku belajar kat satu Unibesiti nie. Kawasannya berbukit. Waktu nak turun bukit, aku nyaris menggelongsor jatuh. Tergamam, Terkedu. Sebab kalau dah jatuh, dah tentu patah riuk. Alhamdulillah Allah selamatkan. Aku mula sedar yang heels nie langsung tak beri manfaat untuk aku. Perlahan-lahan aku bungkus semua heels yang aku ada. Mula terkedek-kedek ke mall dan beli flat shoes. Dan aku mula rasa, bestnyaaa pakai flat shoes. Takde rasa sakit kaki,sakit pinggang. Jalan pun boleh lasak-lasak.

Tapi,bahagia aku seketika cuma. Tak lama lepas aku tinggalkan dunia ‘heels’, aku mula perasan yang aku dah tak boleh jalan lama-lama. Contohnya, kalau jalan dalam sejam gitu aku dah mula sakit kaki. Sakit yang amat. Rasa dah tak larat nak jalan. Sebab aku nie sejenis yang kaki jalan dan aku tak pernah rasa kesan macamni dulu-dulu. Banyak kali dah aku perasan, kalau aku berjalan lebih sejam kaki aku tak boleh bertahan lama. Dan aku jugak perasan satu benda, ibu jari kaki aku dah senget. Condong ke sebelah kanan. Sebab pakai heels dulu kan dia bagi tekanan kat jari. So,kesian kat jari aku kan?

Kat sini aku sertakan kesan pakai heels. Yang nie aku dapat dari blog. Kalau rajin, korang google laa lagi ea?

1) Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

2) Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

3) Pergelangan kaki mudah terseliuh.

4) Sukar mengimbang berat badan.

5) Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

6) Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

7) Peredaran darah terganggu.

8) Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.

9) Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.

Lastly, please eh wanita-wanita cantik sekalian, kurangkanlaa pakai heels nie. Syok memang syok, tapi tak berbaloi dengan rasa sakit yang akan ditanggung nanti. Aku share cerita aku nie sebab aku sayangkan korang. Aku taknak korang rasa apa yang aku dah rasa. Badan kita nie nak pakai lama. Kaki nie juga yang kita nak guna ke sini sana. Jadi, sayangilah apa yang kita miliki sekarang. Wallahua’lam.

– Seroja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit