Assalamualaikum pembaca sekalian.
Saya Amiranur, 38 dari Kajang, ibu tunggal kepada sepasang anak, 10 dan 6 tahun.
Tahun ni merupakan tahun ke-5 saya menjadi ibu tunggal.
Ketika berpisah, anak sulung saya 4 tahun dan anak kedua 10 bulan, masih menyusu badan lagi.
Punca berpisah dengan suami ialah saya tak tahan suami bersikap narsistik.
Demi mental saya dan pembesaran sihat anak-anak2, saya tekad berpisah.
Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian hari ini ialah apa kesan penceraian dengan suami narsistik.
Satu gambaran paling tepat yang saya boleh gambarkan ialah, keputusan untuk berpisah ini adalah keputusan yang PALING TEPAT saya pernah buat dalam hidup saya!
Saya bahagikan kesan penceraian ni kepada 2 bahagian iaitu diri saya dan anak-anak.
Pertama sekali terhadap diri saya.
Hidup saya 360 darjah berubah dan menjadi lebih baik. Walaupun memakan masa.
Jujur cakap, bila berkahwin dengan lelaki narsistik, jiwa raga kita makin lemah dan hancur.
Selalu dipersalahkan, dimanipulasi, macam-macam, memang kita akan makin down dan down. Mudah jatuh sakit tanpa sebab. Mudah burnout.
Tapi sekarang, semua tu dah tak ada.
Saya dah tak banyak menangis macam dulu.
Hati saya dah tak sakit.
Anda pernah tak bila rasa sedih dengan seseorang, rasa sakit dibahagian dada belah kiri atau kanan, sakit tu rasa macam pedih dan menyucuk sangat.
Syukur, saya tak tak rasa dah sakit dibahagian dada tu.
Sekarang hati saya sihat dan lapang.
Dulu saya sentiasa minta suami untuk sayangkan saya.
Kini saya sayang diri saya sendiri.
Kalau saya nak beli baju yang saya suka walaupun hanya sehelai, saya beli untuk diri sendiri.
Saya beli perfume peach kegemaran saya, saya beli body scrub yang saya suka, walaupun dengan harga murah, tapi saya rasa bahagia.
Dulu mental saya sangat la teruk.
Sekarang ni saya tenang. Bila tenang, kita mampu berfikir.
Mampu fikir apa nak buat untuk diri, untuk anak2, untuk mak ayah dan adik2.
Dulu saya sentiasa menunggu suami tanya khabar, even tanya ayat paling ringkas “awak ok ke?”.
Saya tak pernah dapat merasa perhatian dari suami. Rasa lonely sangat-sangat.
Sekarang saya dah tak perlu nak tertunggu-tunggu Whatsapp untuk semua tu.
Hp bateri low pun saya tak kisah.
Sekarang saya mudah bangun malam untuk solat dan dapat mengaji dengan tenang.
Pokok pangkalnya, saya ulang balik ayat saya, hidup saya 360 darjah berubah dan menjadi lebih baik.
Somehow tanpa sedar, saya jadi kuat.
Sekarang ni apa pun masalah yang saya hadapi, saya rasa macam mampu nak harungi sebab ale2 saya akan ingatkan diri yang hidup dulu lagi teruk, lagi susah, lagi sakit.
Cuma bila status saya sebagai ibu tunggal, saya memang kene extra jaga diri.
Saya akan elak dari berborak dengan laki2 tak kiralah jiran atau ayah kepada kawan2 anak atau sesiapa pun.
Kalau di taman pemainan, saya akan duduk jauh dari tempak bapak2 lepak.
Saya akan cuba elak tegur suami jiran2 melainkan hal kecemasan.
Pergi mana-mana pun, dimana ada lelaki, saya akan elak.
Terpaksa extra careful sebab saya nk elak sebarang fitnah sebab saya sedar status saya tanpa suami.
Apa kesan terhadap anak-anak pula?
Alhamdulilah, dengan izin Allah, saya berjaya “menyelamatkan” anak-anak saya.
Anak2 saya dapat membesar dengan persekitaran yang sihat.
Tak ada lagi nak tengok ibu ayah mereka bergaduh.
Tak ada lagi melihat saya selaku ibu asyik menangis aja. Dulu saya selalu menangis.
Badan penat, mental penat, hati sakit.
Dan bila di depan anak, saya akan buat2 senyum pdhal baru lepas menangis.
Cuma yang pelik, walaupun anak saya berumur 4 tahun, masih kecil, tapi somehow dia faham saya berpura2 gembira depan dia.
Dulu bekas suami selalu marah anak sulung saya. Tak tau la kenapa, dia panas je dengan anak sulung ni.
Sampai anak ni masa berumur 3 tahun boleh tanya, “ibu, kenapa ayah selalu marah Alianur? Kenapa ayah tak sayang Alianur?”
Cuba bayang umur 3 tahun boleh tanya soalan tu. Pedih hati saya sebagai ibu.
Sejak berpisah, anak saya dah tak kena marah tanpa sebab dah. Sebab bekas suami jarang datang jumpa anak. Jarak kami 24km tapi dia jumpa sebulan sekali sahaja atas kehendak sendiri.
Bila tak hidup sekali dengan anak, tak ada la dia nak marah-marah anak tanpa sebab. Dia jumpa anak pun dalam 7-8jam sebulan sekali.
Bekas suami jenis tak solat. Dah kahwin baru saya sedar tentang hal ni. Sebelum kahwin semua tu tipu je. Saya risaukan bab agama anak-anak , membesar dengan bapa tak solat.
Sekarang ni, anak terbiasa dengan suasana mak ayah saya solat berjemaah hari-hari, anak pun mengikut.
Selain sekolah, anak-anak sekarang pun sibuk dengan aktiviti di surau. Dalam seminggu, 4 hari mesti ke surau terutamanya untuk mengaji.
Cuma ada sedikit cabaran penceraian bila anak sulung rindukan ayahnya. Anak kedua kecil lagi, masih tak faham apa.
Bila dah sebulan, ayahnya tak datang, dia akan rindu. Jadi saya terpaksa bawa jalan mana-mana untuk hilangkan rasa sedih dia.
Saya ni sangat penakut bawa kereta. Jadi jarang dapat bawa anak jalan. Kalau nak pergi mana2, saya pergi naik MRT ataupun Grab sahaja. Nak berjalan jauh2, belum rezeki lagi.
Tapi tak apa. Ini bukan masalah besar mana. Cuma jujurnya kadang-kadang rasa bestnya tengok orang lain dapat bawa anak2 jalan-jalan buat macam-macam aktiviti.
Tapi kesimpulannya, hidup anak saya is much better now.
Saya akan tepuk bahu saya dan cakap “you did a good job Amiranur!”
Saya harap perkongsian saya dapat memberi jawapan kepada sesetengah wanita diluar sana yang tertanya-tanya atau takut untuk mengambil sebarang keputusan untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Saya bukan pemangkin penceraian, tapi sekadar berkongsi pengalaman hidup dengan anda, wanita yang memerlukan.
Terima kasih banyak atas masa anda membaca kisah saya.
Jangan takut, Allah ada. Berdoalah.
P/s: dulu saya pernah kongsikan usaha saya move on dari bekas suami. Sekadar berkongsi, ini usaha saya: https://iiumc.com/cara-aku-move-on-dari-bekas-su4mi/
Terima kasih.
– Amiranur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
xperlu nk hasut org lain ” kehidupan lepas cerai itu lebih bahagia” . ko da fail xperlu nk ajk org lain fail mcm ko.
tu bukan hasutan. logik ke kalau rumah tangga bahagia tapi kau nk bercerai disebabkan baca confession ni? it was just an encouragement for those who are struggling with the same issue and are scared to take action. lol
CELAH MANA DIA HASUT SURUH ORANG BERCERAI MUSIBAT, DIA CUMA KONGSI KEGEMBIRAKAN DIA BERJAYA LEPAS DARI JANTAN TAK GUNA.
KAU CEMBURU DENGAN KEBOLEHAN DIA SUSUN HIDUP DIA, SEBAB DAH 2025 HIDUP KAU MASIH TERSEKAT, KAU IRI HATI DENGAN KEBERANIAN DIA AMBIL KEPUTUSAN, BENDA YANG KAU TAK BERANI BUAT WALAUPUN DAH TUA BANGKA. KAU BENCI SEBAB KAU TAK SEBIJAK DIA DALAM MENGHINDARI PENINDASAN.
TAK HABIS HABIS NAK PROJECTING KEBODOHAN KAU DEKAT WANITA BIJAK DAN BERANI, NAK TWIST KONON DIA YANG SALAH, NAK PUTARBELIT KONON DIA PUNCA, NAK GUILTY TRIP. NAK MANIPULASI KONON DIA YANG JAHAT. APA BEZA KAU DENGAN BEKAS SUAMI DIA, TAK ADA BEZA, DUA DUA TAK GUNA, DUA DUA DIA TAK LAYAN, BUANG MASA BERHARGA DIA JER.
Comprehension kelaut.. Orang tu share life dia lepas cerai datang ko yg bebal cakap tt hasut.. Gi sekolah balik
Cerita macam ni boleh baca je la sebab kita taktau kisah dari dua2 belah pihak. Benda yang ko buat lepas ko bercerai tu boleh je ko buat masa berkahwin tapi masa tu ko fokus untuk bergaduh cari pasal kot. Nak disayangi tapi diri sendiri tak pandai hormat suami. Mungkin sebab tu jugak suami jadi pemarah kat anak2 sebab taktau nak lepas kat mana. Apa2 pon ko rase sekarang ko lebih bahagia kan? Harap bukan placebo effect je. Hidup berkahwin ni kena saling melengkapi. Kalau dia tak semayang, ko doakan dan tegur baik2 ajak buat sama2. Tapi kalau fikiran ko dah decide kata dia ni orang tak baik, memang ko akan bias untuk salahkan dia atas semua benda. Tapi ko kena ingat ko pernah sayangkan dia sebab tu dah ada 2 anak. Bagi aku lelaki lebih susah nak give up atas sesuatu perkahwinan. Perempuan je selalu minta cerai. Jadi kalau laki ko give up, aku rasa ko sendiri pon kena cek diri ko. Mungkin bukan dia yang narcisstic.
Well done cikpuan Amiranur, I’ve read both of ur story thru link attached (part 1) baru boleh nampak keseluruhan cerita. Tahniah kerana hidup dengan cara yang lebih sihat berbanding 5 taun lepas. Sayangi diri sendiri, that’s the key untuk lebih bahagia. Semoga hidup cikpuan dan anak-anak gembira selalu. Akhir kata, lupakan semua yang menyakitkan, semoga cikpuan sentiasa dikelilingi dengan aura positif selalu.
Ehh. Entah semacam hasad la aku tgk komen2 kat atas. Banyak pula tuduhan pak bawang ni. Hidup tak tenang.
I second her story. Relieved hati tak terbeban.
Hati mau baik ye uncle
Siput sedut ni laki dia ke? Bitter semacam je
Laaa pakcik siput sedut ni bitter sgt dah knpa? Beria nau backup suami anon ni. Pastu salahkan anon mcm2 lak, mcmlah engko serumah dgn dia nk ckp dia itu ini. Mesti laki anon ni, takpun spesies mcm suami anon ni