Kesan Perkahwinan Yang Membinasakan

Aku terpanggil untuk bincangkan satu topik tentang kesan dan akibat memiliki ayah yang abusive macam kisah, (https://iiumc.com/abusive-narcissistic-father/) dan juga kisah, (https://iiumc.com/ego-dan-baran-si-ayah/)..

Confession aku ni agak sedikit panjang. Kalau korang tak sudi baca, sila la skip!

Secara ringkas, nama aku S… menginjak usia 40-an berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Aku ada 6 adik beradik terdiri daripada lelaki dan perempuan. Mak dan ayah kahwin atas dasar CINTA walaupun keluarga mak aku pada asalnya cuba menghalang.

Alasan arwah atok aku is, ayah aku takda kerja masa tu. Tapi atas dasar CINTA, mak aku tetap berkeras nak kahwin. So jangan tanya kenapa mak aku pilih untuk kekal dalam perkahwinan yang membinasakan ini.

Ayah aku seorang yang boleh dikatakan tidak beragama tapi kalau bersembang tu wah.. tahu semua hukum hakam. Tak solat, judi, perokok tegar, tak bertanggungjawab, tak bagi nafkah zahir. Juga pernah memiliki perempuan simpanan dari negara jiran dan bawa jumpa mak aku.

Terus terang kat mak aku, dan dalam phone penuh gambar perempuan tu tanpa pakaian yang proper. Perkataan yang sering keluar adalah makian dan carutan di samping kaki tangan yang pantas membelasah sesiapa sahaja yang menimbulkan kemarahan termasuklah isteri dan anak anak tanpa mengira jantina dan usia.

Mak aku innocent sangat tapi pencinta tegar ayah aku. Walaupun salah dia tetap akan backup ayah aku. Stress pula kadang kadang tu. Di usia senja, perangai masih sama dan baru semalam aku kena maki. Anak dehaka la, anak tak guna and so on.

Okay itu serba sikit intro. Nak detail, boleh baca cerita link di atas..lebih kurang sama. Masa kecil, aku dah tanam dalam kepala otak dan sanubari ini bahawa aku tak sanggup kekal hidup begini dan aku mahu berubah menjadi lebih baik, ada keluarga yang harmoni dan suami yang baik.

Berbalik kepada tajuk, aku nak huraikan kesan dan akibat daripada memiliki ayah sebegini dari sudut pandangan seorang wanita yang berkerjaya, mampu berfikir dengan rasional, sedang berusaha berubah ke arah yang lebih baik..

Kesan dan akibat ni bukan ambik masa 1-2 minggu tau.. ni adalah kesan dan akibat membesar dengan ayah seperti ini. Mak tak bantu sangat sebab yer lah kan… mesti akan back up suami dia.. tambah tambah atas title “ayah” tu…Antara kesan paling ketara ialah

HILANG HORMAT : Membesar dengan makian dan carutan menyebabkan aku hilang rasa hormat pada ayah aku. Semakin aku dewasa, setiap kata-kata ayah aku anggap tidak berguna. Tidak ada satupun nasihat yang boleh aku guna. Dia kata dia banyak pengalaman hidup.

Ya.. banyak.. tapi tidak ada satupun yang mampu menjadikan kami manusia yang lebih baik. Yang ayah aku akan cerita bangganya dia melanggar peraturan itu dan ini.

Hebatnya dia menjual perempuan, mengedar ganja, menyeludup dan menjadi samseng ketika usia muda. Apa motif pun aku tak tahu tetapi hujung hujung dia akan kata, “aku cerita supaya korang tak ikut macam aku”

Aneh betul cara dia fikir.. benda yang tanak suruh ikut dia ceritakan dengan bangga.. tapi benda baik dia sorok sorok.. malu agaknya ego tercalar dek perbuatan baik.

GRUDGE / ‘DENDAM’ : tak pasti sama ada aku berdendam atau tidak. Aku sendiri tak jelas. Setiap raya aku hulurkan duit raya. Ah.. duit bulanan, kami hanya beri pada mak. Duit mak digunakan untuk makan, bil utilities, belanja dapur dan sebagainya. Ayah?? Kedai kopi dan duit rokok.. kadang kadang mesin slot.

Ayah aku kalau pukul anak anak memang takda limit dan egonya melangit. Ayah aku tak pernah rasa dia bersalah. Kalaupun dia salah, tetap kamilah yang perlu melutut meminta maaf sebab katanya dia adalah ayah.

Setiap kali bila kami mahu melakukan sesuatu pekerjaan, yang keluar dari mulutnya hanyalah hinaan dan kata kata yang menyakitkan hati. Seringkali dia akan memperlekehkan usaha kami untuk memajukan diri.

Memberi semangat menurut ayah aku..tapi membvnvh jiwa sebenarnya pada kami. Menyebabkan kami semakin jauh dan lama lama meluat untuk bersembang dengan dia. Sembang sekadar perlu, lebih 5 minit kami blah.

Kau jawab dia akan maki kau bila jawapan tak sama macam jawapan dalam kepala dia, kalau kau diam dia kata kau sombong tanak dengar dan respond dia cakap apa.. hahahaha…

Yang pasti benda apa paling kami adik beradik ingat tentang ayah aku adalah caci maki dia dan pukulan dia yang menusuk jiwa.. sebab benda tu berlaku secara individu..

PANAS BARAN : ini aku terpaksa akui. Aku, adik aku, abang aku..semua jadi panas baran..tangan ni laju je nak belasah orang..cepat sangat triggered naik darah.

Aku pernah lost pukul anak umur 3 tahun.. dia kecah biskut je pun, aku lempang dan lambung dia atas sofa.. aku sedar pun sebab kuping kat telinga dia berdarah.. boleh bayangkan tak? Menangis on the spot sambil peluk anak macam orang gila masa tu.

Meratib minta maaf dan istighfar..sambil aku terkenang apa yang aku kena masa kecik..sedih tahu..taip ni berair mata teringat..abang aku naik tangan kat wife, adik aku memang asyik nak belasah orang je kerjanya.

Ada juga adik beradik aku yang cool tak baran, tapi mulut nauzubillah… korang pun tak sanggup dengar.. ayah aku ada tabiat suka buat harta orang macam harta dia. Sikap ni buat dia gaduh dengan semua orang. Contoh, dia pinjam kereta aku tapi dia modified ikut suka dia.

Langgar orang kemik pun tak cakap apa. Lepas tu gelak cakap sikit je tu. Bawa kereta kau sampai 2-3 pagi belum balik. Tapi cuba kau pinjam kereta dia. Balik dengan kesan selut atau kotor, m4ti la kau kena maki sampai pagi esok..

Kalau kau tak bagi dia pinjam barang kau, nanti dia bisingla.. meroyan.. mula la dia ungkit “pengorbanan” dia which biasanya apa yang dia ungkit tu akan membuatkan kami terpinga-pinga cuba mengingati..sumpah takde memori tu!

TIADA KASIH SAYANG : bila kitorang masing masing dah dewasa, kitorang hadiahkan mak ayah dengan smartphone. Tu pun asalnya ayah aku bising cakap kitorang ni berlagak pakai phone mahal mahal, padahal vivo je pun..

Mula la ayah aku kenal sos**l media.. lepas dia add kawan kawan dia.. tengok anak diorang wish birthday la, fathers day la, bawa jejalan la, tengok post viral anak hadiahkan kereta la itu ini.. kitorang la jadi tempat kena maki cakap tak ingat kat mak ayah..

Anak orang lain boleh bagi kereta, bawa pergi oversea… aduhhh… penat oii… sakit jiwa.. dari kecil mana pernah celebrate wish wish segala bagai ni. Tetiba dah tua suruh anak buat benda yang tak biasa buat.

Takde kasih sayang.. tak rasa dekat.. tak rasa kasih.. camne nak ingat birthday ayah aku. Kadang tu ingat je sebab mak ingatkan, tapi tengah kerja.. tanguh jap.. tau tau lupa…

Tapi peliknya birthday mak ke mothers day ke boleh pula kitorang wish kat mak. Suruh pula kita call dia selalu, tapi bila kita call jawabnya “umm…ha…” lepas tu senyap..

Tak biasa sembang wei, camna ko nak sembang. Asal ajak sembang, ko kena maki. Lama lama diam la kita ni. Kang kena maki depan anak bini/ suami, malu pula.

Dengan mak kitorang punya la boleh bersembang sampai cerita dalam kain pun boleh jadikan bahan ketawa. Tapi bila ayah aku datang, sorang sorang blah.. diam.. sepi.. macam kena langar garuda.

Bab hulurkan bantuan tu memang takkan memandai la offer, sebab kau akan kena maki bila mana kau buat kerja tidak seperti expectation dia. Ayah aku ni dia selalu suruh kita fikir sendiri seolah olah dia lahirkan anak ada kuasa superpower boleh baca fikiran dia..

Dah besar ni, pakat lari habis bila nampak ayah aku tengah buat something. Kalau dia suruh, kitorang pergi je tolong tapi kang dah siap masing masing muka masam datang luah perasaan tak puas hati sebab kena maki.

Hari ini aku percaya dengan kata kata Nabi (saw) bahawa “sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi”.

As ibu bapa kita kena tahu bezakan antara kasih sayang dan tanggungjawab. Tanggungjawab tu wajib tapi kasih sayang tu bonus.. kasih sayang la sebenarnya yang akan ikat kita sebagai ibu bapa dengan anak anak.

Kepada semua lelaki kat luar sana, aku nak pesan. Ayah memang memainkan peranan yang sangat besar dalam tumbesaran anak. Jati diri anak di bina dengan menjadikan ayah sebagai idola untuk anak lelaki dan pendamping sebagai anak perempuan.

Kalau korang hebat, anak lelaki akan ikut jadi hebat dan anak perempuan akan cari suami hebat macam ayah dia.

Pukul la anak anak kalau diorang buat salah, tapi janganlah keterlaluan especially anak yang dah umur 10 tahun ke atas. Lepas pukul pujuk dan bagitau kenapa kita pukul. Aku tengah usaha kurangkan baran aku sebab aku takut anak aku ikut perangai buruk aku. Takut sangat..

Untuk isteri dan ibu, tegur suami selalu. Diorang bukan malaikat. Kita mungkin tak kisah ada suami durjana tapi kesan dia adalah pada anak anak. Satu lagi jangan backup kesalahan suami. Benda ni Cuma bagi anak lagi marah pada ayah. Silap silap dengan mak sekali anak marah.

Sebelum aku end up confession ni, ingatlah bahawa KLCC tu tak dibina dalam masa sehari, tapi nak runtuhkan KLCC tu sekejap je.. macam tu la ibarat kisah aku ni..

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi baik dan sifat semula jadi yang bersih serta suci. Aku kau dia semua bertanggungjawab untuk ubah diri sendiri agar takde dah generasi akan datang yang akan ulang siar kisah macam ni.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua-dua orang tuanya menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.” (HR Bukhari)

Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” (HR Bukhari dan Muslim)

– S for Joker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *