Kesan Tinggal Dirumah Mentua

Hi.. June di sini lagi. Terima kasih buat pembaca yang sudi membaca dan memberi komen atau kritikan membina yang boleh memberi motivasi pada aku untuk menjadi manusia lebih baik.

Dan paling penting boleh bantu aku kurangkan tekanan yang aku rasa. Semestinya, kena bergantung kepada Allah. Cuma, menulis ini cara aku meluahkan apa yang aku rasa.

Ini adalah cerita aku.

Aku baru sahaja menimbang cahaya mata ke-3. Aku sekarang sedang menunggu hari melengkapkan proses berpantang 40 hari.

Sebenarnya, kali ini, aku tak adalah berpantang extrem macam zaman dulu-dulu. Anak2 sebelum ini iya.

Walaupun pantang sendiri, aku memang straight ikut apa orang tua pesan dalam berpantang. Takut meroyan la, bentan la, rahim jatuh la semua la aku takut.

Cuma untuk anak kali ini, aku dah taknak ikut sepenuhnya semua tu. Aku nak elakkan stress masa pantang.

Aku banyak membaca info-info Dr. Imelda tentang berpantang. Pada masa yang sama, aku taklah tinggalkan semua pantang orang tua. Contoh, mandi air suam, pakai stokin, bertungku. Itu aku buatlah.

Bab makan, aku explore makan makanan yang sihat. Sampai ada juga kena tegur, “Oh.. boleh ke makan ikan bilis? Oh.. buah naga boleh makan la?” Itu sebahagian teguran mentua akulah.

So, aku sebenarnya nak kurangkan stress tinggal dengan mentua dengan cara enjoy masa pantang aku. Gitulah situasinya.

Berbalik kepada tajuk confession aku, kesan duduk di rumah mentua.

Aku ni sebenarnya duduk rumah mentua. Semuanya, kerana komitmen suami yang satu-satunya anak yang dekat dengan rumah mentua.

Jadinya, aku pun terangkut la sekali duduk rumah mentua. Kalau aku duduk rumah aku, jadi pjj pulak. So, dari dari fasa tak mengandung, sampai mengandung dan sekarang berpantang pun di sini.

Aku pilih pantang rumah mentua disebabkan aku tinggal di sini dan aku biasa berpantang sendiri.

Lagipun logiknya, suami aku kenalah mainkan bertanggungjawab menjaga aku juga. Takkan lah isteri bersalin, nak susahkan orang tua aku. Gitulah konsepnya.

Jadi, ikhlas aku cakap, kesan duduk rumah mentua bukan main-main. Ikut nasib la kan.

Macam aku, sejak duduk sini (rumah mentua) aku dah kehilangan banyak ruang privasi aku dengan suami. Mula-mula okay, tapi lama-lama tak okay.

Contoh, kalau ada apa2 yang perlu dibincangkan atau nak luah perasaan especially rasa tak puas hari, nak marah ke, semua tu kena cakap perlahan-lahan, risau mentua dengar.

Aku nak menangis, kena berkurung dalam bilik sampai hilang mata bengkak sebab takut mentua tengok.

Tak masuk dapur masak, rasa bersalah. Nak masak apa-apa, nak kena fikir citarasa orang lain sama. Kang aku masak spagetti, buat roti bakar, tak makan mak mentua aku.

Nak tidur lebih, rasa tak kena. Anak buat perangai, nak tegur nak marah2 , kena control. Nak tegur suami lagilah. Anak kesayangan mentua aku tu.

Itu tak masuk lagi bab pakaian, selalu kena pakai tudung dalam rumah, pakai baju lengan panjang setiap masa. Sebab bila2 masa akan ada family ipar2 lelaki balik mengejut.

Lagi satu, rumah mentua aku ni selalu menjadi kunjungan jiran. Kadang-kadang terlari2 aku cari tudung bila orang datang rumah.

Bukan itu saja, aku rasa hubungan aku dengan suami jadi renggang. Masa duduk sendiri, kalau nak pergi kerja, boleh sayang-sayang, peluk cium semua.

Di rumah mentua ni, semuanya rasa terhad. Bukan aku saja, suami pun sama. Nak peluk aku, nak cakap apa2, mesti nak control.

Nak berhubungan dengan suami pun satu hal jugak. Rumah mentua ni dekat betul dengan jiran sebelah. Kalau bersembang, comform dengar sebutir-sebutir.

Tambah lagi, bilik aku tidur dekat sangat dengan jalan orang lalu lalang. Kalau nak bersama suami, semua nak kena berjaga-jaga.

Kadang-kadang hilang mood nak melayan suami sendiri.

Kejap bunyi motor la, kejap orang berjalan, orang bersembang. Nak mandi wajib lagi la pagi-pagi. Bilik air sebelah bilik mentua. Kentut pun boleh dengar. Inikan pula mandi pagi-pagi buta.

Satu lagi, aku dan anak-anak jenis suka berjalan. Sekarang, kalau nak pergi bercuti mana2, perlu fikir banyak-banyak kali. Misalnya, anak aku suka swimming pool, suka tidur hotel kalau bercuti.

Dalam keadaan aku dan suami sekarang, mentua pulak tak larat berjalan. Jadinya, banyak plan untuk anak-anak yang cancel.

Kalau nak berjalan, suami cakap kena balik rumah mak aku dulu, pergi jalan-jalan dan baru balik rumah mentua sebab taknak mentua terasa.

Tapikan, kalau korang di tempat aku, tak rasa bersalah ke tinggal orang tua sorang-sorang, kau pergi berjalan. Lagi satu, aku serba salah bila jiran tanya pergi mana dan mentua tak ikut sekali.

Suami aku selamatlah, sebab dia lelaki. Aku yang perempuan ni, nak kena hadap mulut-mulut orang.

Disebabkan aku yang nak kena fikir lebih2, makanya tak jadilah nak bawa anak-anak bercuti. Terus cancel duduk rumah tak pergi mana2.

Anak2 bila bosan mulalah buat benda yang mencabar kesabaran aku dan suami. Aku pun makin garang dengan anak2.

Paling aku tak suka duduk rumah mentua ni, suami dah tak suka berkongsi cerita or masalah dengan aku. Semua dia cerita kat mak dia.

Jadi, aku selalu jadi orang last yang tahu apa2. Anak2 kalau terdengar aku bergaduh dengan suami, mulalah cerita dekat mentua. Dah tak ada privasi.

Itu tak termasuk lagi kalau aku nak balik rumah mak aku. Mentua mula la gula-gulakan anak aku cakap tak payah balikla.

Duduk dengan dialah. Jadi, aku jadi tak seronok dengan situasi macam tu.

Kesannya, aku tersangatlah stress pada benda-benda yang setengah orang nampak kecik, tapi kesannya buruk pada aku.

Berbalik masa aku tengah pantang sekarang. Walaupun berpantang di rumah mentua, awal2 saja suami uruskan makan, air mandi dan tungku.

Selepas suami bekerja, akulah yang buat semuanya sebab taknak menyusahkan mentua langsung. Risau aku kalau mentua sakit, aku dipersalahkan pula.

Cumanya, aku penat. Iyalah.. penat sebab selain fikirkan diri aku, bayi aku, anak-anak, suami, aku kena fikirkan mentua juga.

Dalam pantang, aku terkejar2 nak mandikan bayi, susu lagi, masak untuk aku dan mentua, kemaskan rumah, membasuh.

Kadang2 timing lari tau bila bayi meragam. Bila aku masak lauk pantang yang orang lain boleh makan juga, tak terusik tau lauknya. Tak makan mak mentua aku.

Ada juga time aku memberontak, mood malas on. Kesannya, aku tak jumpa mentua. Mentua tak jumpa aku walaupun duduk satu rumah.

Kan.. serba tak kena aku rasa.

Kesan lain duduk rumah mentua ni, aku jadi enjoy shopping online, beli apa aku nak, apa aku nak makan.Tak perlu susah-susah ajak suami keluar, sebab nanti suami resah gelisah fikir maknya sorang-sorang di rumah.

Mentua pun takdelah nak tanya pergi mana, beli apa. Lama2 aku pun dahjarang dah ajak suami keluar or kalau dia ajak, aku jadi malas nak ikut.

Hidup aku dalam bilik saja dengan bayi aku. Settle urusan rumah, aku akan terperap duduk dalam bilik. Itu saja ruang privasi yang ada. Nak makan tak payah pakai tudung. Nak menyusu bayi dengan baju yang selesa.

Itu ja la aku nak kongsi kesan aku duduk rumah mentua. Ni pun aku taip sambil pangku bayi aku. Air mata dah lama kering sejak aku duduk sini. Lama mana nak bertahan tak tahulah.

Sempat juga aku scroll kehidupan kalau bercerai. Tak mampu nak bayangkan. Harap tak sampai situlah.

Itulah kisah aku…

Sekian.

– June (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *