Assalamualaikum. Selamat hari Malaysia
Tragedi Darul Quran Ittifaqiah (DQI) kembali mengingatkan saya taklimat kebakaran yg pernah didengar sebelum ni. Dulu saya in denial macam org lain juga dan tak terfikir nak ambil berat tentang kebakaran. Sampailah sy dengar taklimat yg disampaikan di pejabat, baru sy sedar bahayanya kebakaran. Antara fakta yg sy ingat:
1. Api boleh merebak dlm masa kurang sepuluh minit, dlm persekitaran ruang tamu rumah yg biasa (ada sofa, langsir, karpet)
2. Suhu dalam sebuah rumah yg terbakar boleh mencecah ratusan bahkan ribuan darjah kepanasan. Haba dia saja dah boleh cairkan plastik dan bunuh manusia… belum apinya lagi.
3. Ruangan yang terbakar akan menjadi gelap gelita dan dipenuhi asap. Jarak penglihatan sangat2 la terhad. Asap kimia juga akan buat otak kita pening dan keliru. Jangan fikir mudah nak lari dalam kebakaran.
4. Sifat asap ni naik ke atas. Oleh tu udara di bawah lebih ‘bersih’ dari atas. Sebab tu teknik keselamatan dalam api mengajar kita supaya tunduk atau merangkak bila bergerak kebakaran..
5. Asap kebakaran SANGAT BERACUN dan mengandungi segala jenis kimia daripada bahan yang dibakar. Penghuni yg tengah tidur boleh jadi semakin ‘nyenyak’ jika terhidu asap kebakaran. Seterusnya meninggal kerana lemas, bukan sebab terbakar.
6. BIASANYA, kebakaran bermula di ruang tamu sebab ada banyak pendawaian (tv, gajet lain) dan bahan mudah terbakar (langsir, sofa). Api yang start di ruang tamu SANGAT BAHAYA sbb penghuni tak dapat lalu keluar dan terperangkap dlm api. Kita disarankan pasang fire alarm di ruang tamu supaya boleh beri amaran awal jika ada api kat situ.
6. Fire alarm menggunakan frekuensi bunyi yg sangat tajam dan boleh mengejutkan mangsa yg tengah tidur nyenyak. Kalau tak bangun juga maknanya memang dah sampai masa dia kat situ…
7. Grill rumah pun dah ada piawai bomba. Grill berpiawai ni boleh dipotong dengan cepat untuk keluarkan mangsa. Banyak berlaku insiden mangsa kebakaran mati depan gril pintu/tingkap yg tak sempat dibuka.
8. Dalam sebuah rumah, perlu ada sekurang2nya 3 tong alat pemadam api. Satu di dapur, ruang tamu dan bilik. Pastikan tong ni diletak di tempat terbuka dan mudah dicapai. Sebab bila kecemasan berlaku, otak kita tak dapat berfikir dgn betul apatah lagi nak mencari barang pada waktu tu..
9. Kalau kita masak sesuatu sampai hangus dan kuali terbakar, tutup je dengan penutup keluli. Nanti dia padam sendiri sebab takde oksigen. JANGAN curah air sebab air buat api makin marak.
10. Kebakaran kecil perlu ditangani mengikut punca. Bukan semuanya boleh disiram air. Api yg berpunca dari elektrik, kalau disiram air boleh berlaku renjatan. Teringat kekecik dulu masa lawatan dulu bomba ajar, kalau terdesak guna tepung pun boleh (maaf kalau silap tang ni.. lama dah dengar). Sebaiknya beli pemadam api serbuk ABC sebab sesuai untuk semua jenis punca api.
11. Struktur yg sedang terbakar SANGAT RAPUH. Keadaannya GELAP, udaranya BERACUN, suhunya SANGAT PANAS, lengkap segala syarat untuk membunuh. Kalau ditakdirkan kita terlibat dalam kebakaran, TERUS KELUAR. Jangan fikir nak ambik ic passport ke, sijil phd ke… satu minit je mampu selamatkan nyawa.
Maaf kalau panjang korang nak baca di pagi cuti ni. Saya kongsikan supaya kita sama2 dpt maklumat dan timbulkan kesedaran dalam diri. Jangan tunggu bencana datang sbab bila dia berlaku nanti dah tak sempat nak fikir apa2… waktu bertenang2 ni kita sediakan keperluan untuk hadapi saat kecemasan.
Al-Fatihah buat mangsa tragedi DQI. Semoga mereka berehat dgn tenang di sana.
– Aisha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit