Kesedaran Dalam Melontarkan Pandangan

Salam semua. Thanks admin sebab sudi post confession aku ni.

Aku ni memang pengguna tegar social media. Boleh dikatakan semua jenis social media yang ada ni, aku sign up. Instagram, Facebook, Twitter, Blog, Myspace dan banyak lagi. Cuma Friendster je tak sempat sebab masa tu Friendster dah takda.

Kalau kat Twitter and Instagram ni aku rajin dan selalu online. Tiap hari update. Facebook ni memang jarang aku update. Setahun sekali je tu pun tukar gambar profile. Sebab aku kurang minat dengan FB ni adalah kerana para penggunanya sendiri. Memang FB ni hak kita. Kita diberi kebebasan nak tulis, nak type nak upload apa benda sekali pun. Tapi ada benda yang aku kurang selesa dan tak berpuas hati dengan FB ni. Contohnya di ruang comment.

FB ni, macam dah jadi tempat cemuhan. Aku cakap macam ni bukan sebab aku pernah dicemuh atau apa. Aku kesian dengan pengguna yang berstatus public figure mahupun orang kebanyakan bila mana kisah/cerita dia dikongsi di wall FB. Sebagai contoh, public figure selalu kena cemuh dengan netizen kat FB. Lagi teruk, mereka mereka ni siap rajin statekan semua keburukan individu berkenaan satu persatu di ruang comment.

Nama pun berita surat khabar, mesti ada ruangan hiburan. Dah tu kalau kau tak suka dengan ruangan hiburan yang keluar kat wall kau, kau scroll cepat cepat. Takkan kau nak letak ruangan hiburan info pasal saham malaysia, mahupun indeks pencemaran udara? *roll eyes

Tak kurang juga, bukan berita surat khabar je jadi makian dan cacian netizen, ruangan hiburan untuk blog blog pun jadi mangsa. Apatah lagi ruangan iium confession ni. Aku yang baca comment para pembaca ni rada menyirap je. Apatah lagi yang menulis nya. Memang kita tak dapat puaskan hati semua pihak. Kita kan diberi akal dan fikiranjadi gunakan sebaik mungkin sebelum nak type tu. Kalau tak suka, tak puas hati, komen baik baik. Kalau dia tak terima, lantak pi kat dia.

Aku pun kadang tak faham, apa yang korang tak puas hati sangat. Untuk yang ustaz ustazah warrior yang hanya warrior di FB tu, berlapik lah sikit bahasa. Jangan pegang sangat teori “dakwah menyentap” tu. Memang kita nak sampai kan dakwah. Dakwah tak terkesan kat hati dia tapi kata kata kita yang kasar dan biadap tu yang dia pegang jadi dendam tak guna jugak kan?

Part yang aku rasa sedih and resentful sangat, boleh dikatakan sebilangan besar yang comment dengan kata cacian, makian dam segala “yan” yang ada, adalah wanita. Makcik makcik lagi tu. *tepuk dahi* Memang betul lah lelaki selalu cakap perempuan ni mulut murai. Aku yang perempuan ni mula mula dengar, rasa geram bengang jugak. Tapi dah kenyataan. Tapi sama je. Lelaki pun 2X5 jugak kalau yang jenis suka provoke dan suka cari salah orang. Lagi lagi yang suka kutuk make up budak SPM yang ambil result baru baru ni yang jadi viral. Biaq pi kat dia lah. Yang hang kalut sangat awat?

Dalam buruk buruk dia, ada jugak kebaikannya FB ni bagi aku, aku dapat tau hal hal semasa yang berlaku di malaysia mahupun seluruh dunia. Mana yang tengah viral, tengah in memang akan muncul kat kat wall. Jadi, FB ni takdalah lagho mana. Tapi ke-lagho-an tu lagi tnggi dari ke-ilmiah-an. Macam mana tu?

Sama sama kita renungkanlah. Korang janganlah anggap yang aku ni bajet suci tak pernah kutuk atau maki orang. Aku cakap ni sebab nak bagi kesedaran pada diri sendiri dan warga FB yang lain. Bukan FB je, social media yang lain pun sama. Benda ni benda simple je. Pokok pangkal hati tu. Jangan alasan konon taknak tengok perempuan seksi sebab tak mahu hati kotor padahal kat tangan sebelah tengah pegang rokok sebatang. Kaitan??

– NUR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit