Assalamualaikum semua , terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession saya ini . Tujuan saya buat confession ini untuk memberi kesedaran buat masyarakat dalam menguruskan perkahwinan .
Perkahwinan Islam itu akan mendahului redha Allah dalam setiap tindakan tapi berbeza dengan perkahwinan melayu ia akan mendahului redha manusia dalam setiap tindakan . Disebalik redha Allah itu adanya Rahmat dan disebalik redha manusia itu sekadar adanya pujian untuk menyedapkan telinga yang mendengar .
Rukun nikah ada 5
1. Lelaki
2. Perempuan
3. Wali
4. Saksi
5. Ijab kabul ( Akad )
Dalam perkahwinan islam , kewajipan bagi setiap lelaki yang hendak mengahwini seorang wanita yang disukainya adalah mahar bukan hantaran .
Apa tujuan kita letak hantaran ?
Adakah semua itu untuk menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan ?
Dalam agama Islam , itu adalah tanggungjawab orang tua pihak perempuan bukan urusan pihak lelaki . Cuma agama kata jika dalam urusan tersebut pihak lelaki ingin membantu untuk berkongsi perbelanjaan itu lebih baik . Tak wajib pun sebab dia atas kerelaan diri seorang lelaki . Tak bagi pun tidak mengapa bagipun tidak mengapa cuma dikatakan oleh agama itu tindakan yang lebih baik .
Contoh kami 8 beradik , disebabkan orang tua kami sudah meninggal kesemua perbelanjaan majlis perkahwinan akak dan adik perempuan kami diuruskan oleh kami anak lelaki . Setiap majlis perkahwinan yang diadakan kesemuanya mengikut kemampuan kami . Besar atau kecilnya majlis perkahwinan itu bukan keutamaan tapi yang utamanya ia mesti patuh syariah .
Kesemua abang dan adik ipar kami masa berkahwin hanya sediakan nilai mahar yang ditetapkan . Itupun kesemua nilai mahar yang kami tetapkan mengikut panduan agama yakni sebaik – baik wanita itu adalah yang murah maharnya . Malah ketetapan nilai mahar itu kami tidak mengikut tahap pelajaran dan kerjaya mereka samada Doctor , Cikgu atau Nurse tapi kami menetapkan mahar itu mengikut diri mereka sebagai seorang wanita .
Selesai akad nikah sahaja mereka dijemput menjamu selera . Tiada persandingan , tiada pelamin , tiada sesi berfoto yang ada hanya melayan tetamu yang hadir . Apabila selesai sahaja majlis itu mereka hendaklah ke belakang rumah untuk membasuh periuk belanga bersama .
Mudahkan ?
Islam itu mudah tapi jangan sesekali mempermudahkannya .
– Hafiz Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit