Assalamualaikum semua. Aku nak terus ke point utama aku je. Pasal kesedaran penggunaan carseat untuk anak-anak kita. Sebab TERLALU banyak kes kemalangan yang berlaku dan bila melibatkan mangsa kemalangan itu kanak-kanak. Aku memang sedih.
Sudah tiba masa untuk ibu bapa di Malaysia ni mula pakaikan anak-anak dengan car seat. Banyak kes kemalangan yang melibatkan kanak-kamak maut mesti sebab tercampak atau terhantuk pada dashboard. Tahukah anda, tulang kanak-kanak tidak setumpat tulang orang dewasa?
Mereka perlukan car seat utk melindungi tubuh mereka dari impak kemalangan yang sangat kuat. Dalam facebook ni ada satu group NGO khas yang boleh bantu kita untuk beri nasihat mengenai carseat yang selamat untuk anak-anak iaitu Malaysian Carseat Support Group. Go search up and request.
Dalam group ni, mereka akan bantu kita troubleshoot atau recommend jenis-jenis carseat yang sesuai untuk anak kita. Ada beribu jenis carseat dlm pasaran so kena make sure kita pilih yang betul untuk anak. Carseat juga ada safety approvals tersendiri.
Jadi penting untuk review juga sebelum membeli. Aku seru semua ibu bapa yang ada dalam ni, tolong utamakan keselamatan anak kita. Jangan sesekali bawa anak sambil memandu, jangan riba anak di seat co pilot.
Letak anak dalam carseat bukan bermakna anak kita kalis ajal, tapi ini usaha kita dan tanggungjawab kita untuk pelihara amanah Allah ini. Harga carseat yang mempunyai safety approval serendah RM300 dan boleh pergi semahal-mahal nya mengikut kemampuan masing-masing.
Tapi ingat, carseat mahal tak semestinya selamat kalau cara pasang pun salah. Jadi kena pastikan ada technician yang bantu pasang. Tempat terbaik untuk pasang carseat adalah di tempat duduk belakang. Bagi bayi dan kanak-kanak (toddlers) posisi terbaik adalah rear facing (RF) untuk melindungi tulang tengkuk, tulang belakang.
Jangan beli carseat online sebab tak tahu cara courier handle takut fragile compartments pecah/retak. Sebaiknya survey di kedai jual barangan bayi. Aku sangat suka suggest untuk new parents out there to buy carseat first. Stroller tak penting. Carseat lagi penting!
Nak tengok kenapa carseat tu penting, pergi buka youtube search ‘car seat crash test’ by MIROS pon ada. Please parents out there, drivers nowadays tak macam dulu. Ni antara usaha kita untuk pastikan anak-anak kita selamat sebaik mungkin.
Pengalaman aku sendiri, anak aku lebih behave dalam kereta, aku boleh drive dengan fokus dan tenang. Aku sendiri yang dulu culas pakai seatbelt pon jadi rajin pakai. Usaha, doa dan tawakal. Lets buckle up!
– Mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit