Kesempatan

Assalamualaikum. Aku seorang penjawat awam dalam bidang perguruan. Sebelum ini terfikir jugak untuk bagi tips best-best untuk iiumc ni tapi bila dah ada jawatan ni ingat senang ke nak curi masa?

Sorilah nak cakap bukan tak bersyukur dah dapat kerja cuma nak pesan kerja lebih mencabar daripada belajar guys.. Risau juga if aku taip taip tanpa disedari telah mencetuskan kontroversi ciri professional seorang guru atau penjawat awam lain….

Tapi harini bukan nak bagi tips. Cuma nak bagitahu sedikit perkara yang tidak best secara personal.

Nanti orang cakap aku tak professional. Tapi memang nak tergelak lah aku bila ada orang dia acah professional macam dia seorang je yang kerja dan berprofession.. Kelakar kau ni, sukahatilah. Orang lain pun ada kerja..

Time kerja, kerjalah.

Ini membawang dengan aku bila nak kahwin.. Ehh aku ni elok je freshie nak fokus on work, kena part jumpa manusia macam ni nak carcamarbakan hidup orang menyampah pula rasa..

Sebenarnya semua benda ini lebih kepada psikologi bukan pengurusan professional..

Semua benda perlukan pengurusan. Jadi seorang bapa pun perlu lebih professional nak bagi anak makan. Walaupun pekerjaan dia swm atau alamflora dia tetap professional pada aku as long as dia masih menanggung anak dia makan dengan cukup..

Tak sangka aku jumpa orang yang acah hebat gaya cerita macam aku ni tak bekerjaya professional. Silap lah wehh kau ni..nampak sangat kat situ kau berlagak kau kaya dan aku harap hidup kau tak berkat dengan berlagak kau tu.. Aku memang since budak kecik, orang gaduh remeh temeh aku akan tetap anggap orang sama je..

Janganlah ambil kesempatan kerja kau hebat, jadi kau kena jatuhkan orang lain kau hina orang lain.. Tenang tenang jangan sibuk sangat fikir hal dunia. Sebab kau kejar kerjaya kau, kau rendahkan kerjaya orang lain.

Orang yang aku maksudkan ini kerjaya dia dalam bidang kewangan. Silap orang lah kau nak bgtahu aku mcmtu. Aku bidang pendidikan lebih tahu banyak daripada kau.. Kau tak boleh lah buat orang macamtu..

Itu kesempatan pertama yang orang selalu buat. Berlagak dengan profession yang dia ada padahal bukan dia sorang je yang kerja cikgu, doktor, askar, polis or penjawat awam lain.

Kesempatan kedua pula, yang sering diambil ialah berhutang.

Semua orang cakap kerja cikgu ni memang best senang dapat loan bank or loan kerajaan.. Hahahah.
Best betul dapat buat loan. Best sangat..

Tapi yang kelakar ptptn taknak bayar. Oh no, guys. Carilah keberkatan..

Misal mcm saya, mmg dh buat loan utk kereta tapi itupun rasa macam tak yakin diri je kalau boleh nak cepat-cepat bayar habis..

Humor manusia lah bila orang ada harta, kita pun sibuk nak harta tapi sebelum tu ukurlah pada baju sendiri.. Takpelah, mungkin rezeki kita bukan dapat harini, esok lusa kita taktahu kuasa Allah itu besar..
Pesanan lah, hutang boleh bawak masuk kubur. Bayarje lah selagi perlu bayar dan fikir seelok-eloknya.

Okay mungkin ini kesempatan yang ketiga dan paling aku menyampah nak hadapi di setiap hari aku. Kesempatan untuk mengambil duit aku..

Ini bagi mereka yang nampak kerja seorang penjawat awam yang setiap bulan dapat..

Sampai harini aku ingat, seorang lelaki sanggup minta duit kat seorang perempuan kerana perempuan tu seorang penjawat awam. Kau tak malu ke bro?

Janganlah ambik kesempatan guys mentang-mentang perempuan tu kerja tetap.. Dia ada jugak mak ayah yang dia nak balas jasa.. Kau siapa doh nak habiskan duit dia, perempuan kot..

Perempuan pula kalau dia habiskan duit kau tak apa, sebab lumrah dia mmg kena habiskan duit laki dia.. Haha ini sebab aku terjumpa satu artikel kata perempuan boros itu lelaki dapat berkat.. So janganlah ambik kesempatan untuk habiskan duit perempuan sebab dia seorang penjawat awam..

Ramai juga yang cuba tackle aku tapi aku tak boleh nak layan sebab aku mmg terpaksa pandang cara kau treat aku.. Kalau kerja minta duit, sorilah.. Kalau berlagak banyak duit pun, aku minta maaf..

Eh.. dah lah penat nak taip.

Assalamualaikum.

– Ct

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *