Keserabutan Hidup

Aku tertekan dengan suami yang tak tau parenting tu apa dan membesarkan anak ikut suka hati dia. Bila aku share ilmu-ilmu parenting, dia blue tick kan aku.

Bila aku cakap depan2 dengan selemah lembut seorang perempuan, dia tak puas hati sebab aku macam nak mengajar dia macam aku je betul. Ah pulak.

Anak tumpahkan air, anak menangis, anak sepah tak nak kemas mainan, memang kena maki dengan dia.

Bila aku serabut dengar dia maki2, aku sekali jadi macam hilang waras sebab aku takut suami aku hilang sabar dan pukul kami anak beranak. Salah sikit mesti kena maki. Senang cerita tak boleh buat salah walau sikit.

Dia tengah cakap tapi aku tak sengaja tak mendengar butir percakapan dia, terus kena maki dia cakap aku pekak. Aku rasa serabut bila dia ada kat rumah. Bukan nak tolong aku uruskan anak, mandi makan berak semua aku.

Dia cuma akan buat semua tu bila masa dia tak ada job dan aku pergi kerja, dia tak hantar anak ke rumah pengasuh.

Suami aku ni pemandu kenderaan berat. Letih memandu tak cukup tidur, aku faham tapi takkan la balik rumah jadi haram kalau tolong isteri hal rumah.

Semua nak mengharap aku buat. Bila ada kat rumah sudahlah bangun lewat, tinggal makan.

Anak-anak dah siap mandi makan, tiba-tiba nak moody dia ingat sarapan aku tak buat. Duduk termenung kat meja makan mengharap aku suap dia agaknya.

Bila aku pass pinggan dia terkejut untuk apa pinggan ni. Aku cakap la makan sarapan lah, kan ada makanan bawah tudung saji tu.

Aduhai nak angkat tudung saji pun nak harapkan aku ke aduhai aduhai suami. Kalau aku mati sekarang macam mana lah anak-anak aku ni. Hidup maki orang je la sampai ke tua.

Aku pun ada yang buruk perangai aku pun ada marah pukul tinggi suara anak tapi sampai nak maki anak bodoh, cepat mati bagi aku sangat melampau.

Lagi la perkataan tu keluar dari mulut ayah anak-anak aku yang baru 3 dan 5 tahun. Aku sangat tertekan dengan environment hidup aku sekarang.

Aku belajar tinggi sebab nak ilmu dan nak masa depan yang cerah. Aku tak expect aku akan duduk kat perumahan PPR sebab ini je yang suami aku mampu.

Aku ok je tapi kalau boleh memang aku nak cari income lebih sebab aku nak upgrade hidup.

Kalau perangai dia elok, layan aku dan anak-anak sebaiknya, berlipat kali ganda aku akan balas kebaikan dan keringat dia berusaha nak mencukupkan keperluan keluarga.

Aku kerja bidang professional, jawatan kecil sahaja begitu juga job scope. Sesuai dengan gaji dan kelulusan sedia ada. Surrounding aku kat tempat kerja mostly T20.

Aku nak usaha lebih untuk dapatkan income lebih tapi bila semua urusan keluarga jatuh kat bahu aku termasuk uruskan anak a to z, aku jadi serabut nak fikir mana nak cari extra income.

Aku letih kerja, kena perah otak. Walaupun bukan buruh kasar, salah ke kalau aku kata aku letih selepas seharian kerja. Balik rumah bukan boleh terus duduk rileks tengok tv makan sedap.

Kena ambil anak, kena sediakan makan, prepare untuk hari esok termasuk baju-baju, prepare diri sendiri, tengok-tengok dah pukul 10 malam.

Ya ya aku tak deny langsung orang lain lagi la teruk lagi latih berlipat kali ganda dari aku but this is my story.

Aku bukan tak bersyukur ada suami, ada anak bijak, ada rumah selesa, ada duit nak makan, aku Cuma nak meluah aku penat sebab tak dibantu secara emosi dan fizikal.

Aku dah meluah face to face, mesej Panjang explain kat suami apa aku nak, kenapa aku marah-marah, berjuta kali dan sangat straight to the point.

Sampai aku tak tau aku nak berterus terang macam mana lagi dah. Ayat Bahasa apa aku nak jelaskan kat dia supaya bantulah aku kat rumah.

Bukan aku diam membatu tak minta tolong. Bila aku silent treatment aku kena marah sebab dia tak suka bila dia tanya aku membatu seribu Bahasa. Dia bukan jenis memujuk.

Tiap kali minta tolong dia marah-marah kata macamlah susah sangat benda yang aku minta tolong dia tu.

Contohnya tukar pampers sebelum tidur, angin betul dia kalau aku mintak dia tukar pampers. Macam la aku mintak dia bayar hutang RM1 Juta kt along, antara hidup dan mati gitu.

Macam dalam hubungan ni aku seorang yang penakut dengan suami. Sepatutnya tak boleh macam ni.

Tak boleh ada pihak yang takut dengan pihak yang lain. Suami aku ni bukan typical lelaki yang bila bini provoke, dia nak lower down ego.

Bukan jenis nak pujuk bila bini merajuk. Pandai-pandai la pujuk diri sendiri, langsung tak ambik hati. Suami aku ni jenis kalau aku melawan, dia makin baran.

Salah cakap sikit mulalah benda2 mengarut keluar dari mulut dia. Tapi kalau cakap dengan kawan bukan main gembira gelak-gelak. Jarang la aku nak dengar dia maki-maki kawan dia sepenuh hati.

Entahla aku serabut sangat aku rasa nak lari tapi tak boleh.

Siapa nak bagi anak aku makan, aku tak berani nak tinggalkan anak-anak dengan ayah dia lagi dah sebab insecure budak-budak ni kena maki kalau buat salah. Ni baru 3 dengan 5 tahun.

Budak-budak ni makin membesar nanti lagi macam-macam peel. Kalau sekarang pun tak sabar macam mana sepanjang proses diorang membesar nanti. Penuh dengan caci makian.

Anak aku 3 tahun asik cakap babi babi babi ibu babi abang babi sebab selalu dengar ayah dia maki-maki orang. Aku serabut. Serabut sangat.

Ajak pergi kaunseling? Jangan harap la dia nak ikut. Dia tak suka organisasi2 macam ni bagi dia semua ni sampah. Dia saja yang betul. Anak nak masuk playschool pun dia tak bagi alasan takut penyakit sebab budak-budak ramai.

Memang ada betulnya la point dia ni tapi pros lagi banyak dari cons la masukkan anak kat playschool ni bagi aku lah. 1-6 years ni golden age anak kot. Aduhai aku bertambah serabut.

Janganlah tanya provoke aku kenapa aku pilih dia jadi suami at the first place. Come on la kalau aku tau aku tak kawin la dengan dia.

– Koala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *