Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku harap kamu semua berada dalam lindungan Maha Esa. Topik hari ini adalah KESETIAAN dalam perhubungan.
Lima hari lepas, aku berkenalan dengan seseorang dalam salah satu media sosial. Alhamdulilah, baik orangnya dari segi tutur katalah.
Dia sangat jujur dan bekerjaya seorang pendidik. Tampan la jugak.
Katanya dia mahu mencari jodoh, sama lah dengan aku yang juga sedang mencari jodoh. Aku cari jodoh dari perkenalan dunia luar sampailah ke dunia maya.
Banyak yang maya sebenarnya aku usaha cari. Bertukar gambar, share pengalaman hidup dan bila dah serasi, aku lebih suka ke arah usaha untuk menghalalkan.
Tapi lain pulak jadinya. Hari kedua, ketiga biasalah bermesej, call, tanya khabar, dan aku paling suka tanya orang tu bab solat. Kalau dia tipu, dia punya masalah la.
Hati aku tidak terusik dengan sepenuhnya, kerana aku masih tidak percaya dengan hubungan maya.
Well, kita tak nampak dia secara berdepan la kan, wajarlah ada rasa ragu-ragu. Tapi tak salah kalau mencuba.
Namun, dia berkeras nak berjumpa dengan aku dan keluarga setelah dibenarkan rentas negeri.
Untuk pengetahuan korang, aku duduk di Kedah. Dia juga orang Kedah tetapi sedang bekerja di Selangor. Katanyalah. Aku pun percaya la bulat-bulat.
Perempuan macam aku, memang senang dibodohkan. Iyalah, dah terdesak cari jodoh. Tetapi aku tetap meminta izin dari Allah S.W.T tentang apa jua yang datang hidup aku.
Aku solat, berdoa, mintak petunjuk. Kalau betul, maka permudahkanlah. Hati aku, aku tak serahkan seratus peratus. Sebab ragu-ragu, aku ada rasakan yang dia ni sedang sembunyikan sesuatu.
Hari kelima, kemuncak, lepas solat maghrib, aku terdetik nak check FB. Aku cari nama dia Muhammad Izzuan. Wah, aku dah tulis nama celaka ni, sebab aku nak lupakan dia.
Senang-senang dia curi hati aku, lepas tu mintak maaf pun tak. Paling best, dia dah bagi aku harapan. Ini yang buat aku geram.
Lepas aku kantoikan dia dengan send picture FB dia, terus dia block aku kat wasap.
Aku check FB, gambar profile dia bersama anak kecil. Time ni aku dah agak. Mungkin wife dia jauh dari dia, so dia cari ‘teman pengganti’ untuk lepaskan bosan.
Betul dia seorang pendidik, betul dia bekerja di Selangor dan betul dia ada tiga adik beradik.
Yang tak betulnya adalah status perkahwinan. Dia bagitau aku, dia bujang. Alih-alih laki orang. Aku gelak je. Sebab aku dah agak.
Memang la kecewa, tipu la kalau hati tak kecewa. Tapi macam aku cakap la, aku tak percaya dia seratus peratus. Jadi, kekecewaan hati tu takdelah sampai nak menangis. Aku?
Menangis sebab lelaki? Wahh, dah serik doh sejak sekolah. Aku selalu tersinggah dalam hidup lelaki yang tak gentleman. Entah bila la aku dapat jumpa dengan lelaki gentleman ni.
Aku tak benci lelaki. Sebab aku anggap, semua ini adalah ujian. Dan aku terima takdir aku bernikah lewat. Aku redha. Cuma, dalam redha aku cuba jugaklah usaha mencari.
Mujurlah, Allah mempercepatkan kesembuhan luka hati. Terasa diri ini terlalu bodoh. Hahaha.
Lelaki, kalau sudah berkahwin, tetaplah SETIA. Janganlah kau menduakan hati isteri.
Kasihanlah mereka yang telah berkorban untuk tinggalkan keluarganya, minatnya, semata-mata untuk berkhidmat untuk kau, wahai lelaki yakni suami.
Sanggup lagi bertarung nyawa untuk melahirkan waris kau. Aku perempuan tetapi aku tetap memilih untuk setia.
Jika kau lelaki, apa masalah kau untuk kekalkan setia? Susah sangatkah untuk setia? Beratkah?
Ungkapan cinta sebelum berkahwin dengan lepas berkahwin, adakah berbeza? Ataupun kau hanya mencari lubang untuk terleka dalam sedap seketika cuma?
Untuk aku, aku tetap dengan terus mencari. Kalau ada yang sudi berkenalan dengan aku, bolehlah komen. Nanti aku reply, hahahaha. Takpun, korang tinggalkan emel ke nombor telefon ke. Hahaha.
Btw, tahun depan aku dah 30 tahun (masih tak serik)
– Ummi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit