Kesian Anak Aku

Assalamualaikum. Hai. Saya ayah kepada seorang anak lelaki. Usia 4 tahun, Hafiy nama tipunya.

Satu-satunya anak yang ada setakat ini, bukan tiada rezeki tetapi tidak membuka peluang untuk rezeki anak bertambah setakat ini. Ini atas permintaan Yul, ibu Hafiy yang mahu fokus dengan kerja dan pengajian masternya.

Hafiy dah 2 minggu tidak ke tadika (private area rumah). Asalnya demam biasa, tahu2 kena Influenza rupa2nya setelah check di klinik 3 hari dari dia mula batuk. Malas nak tanya cikgunya ada kes ke kat tadika tu, aku decide terus cutikan Hafiy je lagi sampai sembuh.

Alhamdulillah, dia hanya kelesuan tidak aktif sekitar 2 3 hari sekitar 2 3 hari dia start batuk. Selainnya, dia aktif bermain dan belajar serba serba sedikit.

Sepanjang2 itu, selera dia ada juga nak makan tapi memilih2. Dia tak nak bagitahu dia nak apa. Dia makan sikit2 pastu tolak. Aku bagi lagi makanan lain. Dia makan sikit2 pastu tolak. Maknanya, dia nak makan tapi tak kena dengan seleranya.

Prinsip aku, untuk sihat kene makan n minum. Maka, aku bagi lagi makanan lain pula. Nasi, mi, biskut, keropok, pisang, anggur, tembikai, kek, muffin dll yang memang aku standby untuk dia makan.

So, aku bagi lah 1 per 1 sehingga dia makan sesuatu tu sampai habis. Baru aku lega. Memang spend sampai sejam untuk pastikan dia makan sampai kenyang. Biasanya untuk lunch (jam 12pm) dan dinner (jam 6pm) aku hadap dia makan.

Maka memang sepanjang 1 minggu lalu ni Hafiy tak sihat, untuk minggu ke 2, dia makin baik tapi masih aku cutikan juga asbab nak pastikan dia sembuh betul2. Selera makan dia yang paling utama perlu kembali normal sebelum kembali ke tadika.

Alhamdulllah, aku yang mudah dapat cuti yang banyak menjaganya. Dari soal mandikan, sediakan makanan, suapkan makanan, layan dia, semua aku buat demi elak dia bosan. Sebab, dia memang suka pergi ke tadikanya, so sesekali aku buat aktiviti juga dengan dia sesambil buat kerja aku.

Walau pun mudah dapat cuti, 2 hari dalam setiap 2 minggu ni aku harus ke opis. Termasuk hari ni. Maka aku memang minta jasa baik Yul untuk ambil cuti pula untuk jaga Hafiy.

Memang aku dah diskas dengan Yul untuk aku yang jaga Hafiy lebih kerap banding dia sebab dia dah lah bekerja, sambung masters part time pula. Aku faham situasi tu sebab aku sendiri dah ada masters yang diambil secara sambilan sebelum Yul sambung.

Cuma, aku jadi geram sekarang ni, Hafiy kembali batuk. Walhal dah sehari dua sebelum ni batuknya hilang. Sejak semalam Yul yang jaga Hafiy. Hari ni aku balik awal lepas solat Jumaat, minta izin bis untuk balik awal lepas mesyuarat pagi tadi.

Aku heran macam mana Hafiy tak sembuh lagi ni. Aku tanya Yul, Hafiy makan tak? Sebab aku balik tadi anak tu tidur depan TV di sofa. Jawabnya belum sbb Hafiy tidur. Hafiy tidur sejak bila? Baru setengah jam katanya.

Astaghfirullah… Saya agak mesti anak kami ni kelaparan. Yul kata dia busy sangat dari lagi buka laptop buat kerja opis. Sarapan? Hafiy makan biskut je katanya.

Saya tanya bila Hafiy akan makan nasi? Yul jawab macam semalam sekitar jam 4. Maksudnya, semalam pun macam ni lah ye? Masya-Allah… Dah tu malam tadi anak kami tu minta nak makan nasi.

Aku fikir selera Hafiy dah semakin baik walau pun malam biasanya makan ringan2 je sebab dah makan berat sebelum maghrib. Kebetulan semalam aku balik lepas maghrib, memang tak tahulah situasi ni.

Guys, aku sebenarnyakan, rasa nak marah sangat2 Yul ni. Dia memang workaholic. Sabtu Ahad yang dia spend time untuk study pun masih fikir pasal opis. Gila!

Makanan lunch dan dinner, aku dah orderkan siap2 dari grabfood. Takkan itu pun tak boleh nak spend time dengan anak hadap anak makan n layan main dengannya sesekali?

Harap2 Hafiy esok lusa dah betul2 sembuh. Takkanlah aku nak cutikan Hafiy lagi minggu depan? Kami dah decide Hafiy mesti sembuh sepenuhnya siap selera kembali okay baru hantar ke tadika.

Kesian anak aku ni. Kesian sangat. Tujuan aku jaga makan minum dia agar dia cergas semula. Ubat pun ada waktunya kena makan. Ada yang sebelum ada yang selepas makan.

Minggu lepas time Yul jaga Hafiy tak surelah macam mana. Minggu ni memang dah tak makan ubah dah tapi tak bermakna tak jaga makan minum Hafiy lagi…

Jika Yul terbaca mesej ni, aku tak kisah dah. Aku berbuih mulut dah cakap. Dia tak faham2 juga. Sebab, dari Hafiy baby bila tak sihat, pun situasinya sama.

Dulu2 masa saya kecil, ibu saya sabar jaga makan minum dan layan saya. Ayah pula memang sibuk bekerja. Ibu pun kerja. Tapi memang aku prefer ibu yang jaga aku dari ayah. Allahu, tak mahulah aku compare Yul dengan ibu aku. Zaman berbeza.

Tolong doa2kan Yul jadi ibu yang baik guys. Aku tahu dia stress dengan kerja dan study. Tapi bila hal anak dia tak letakkan sebagai keutamaan, aku jadi bengang. Hal2 pengurusan rumah memang banyak aku bantu dah. Entah lah…

– Mat Asben Yul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hire nanny bro. Ambik yg bayar ikut jam tu. Ada apps dia kiddo ke apa tah. Kau godek la situ. Boleh pilih nanny mana yg kau nak. Time bini kau jaga suruh nanny tu dtg rumah. Kau boleh direct pantau dia sendiri.

    Dah kau sendiri cakap bini kau tak boleh harap. Dia ingat anak kecik tu tak ingat ke mcm mana mak ayah treat dia. Anak tu ingat ya. Remind/petir bini tu. Jgn menyesal nnt anak buat balik dkt dia time dia tua nnt.

    Tak salah nak smbung belajar. Prioritise your schedule. Sendiri pilih nak ada anak. Sendiri pilih nak kerja. Sendiri pilih nak belajar. Pndai2 la susun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *