Assalamualaikum & salam sejahtera. Ini tulisan saya yang pertama di sini. Saya cuba luahkan sebaik mungkin supaya pembaca boleh faham apa yang cuba saya sampaikan dan luahkan.
Sebelum tu saya perkenalkan, saya Sasa (bukan nama sebenar). Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 3 tahun. Jadi saya juga adalah seorang ibu.
Tapi apa yang saya nak luahkan ni bukanlah tentang rumah tangga saya. Ini tentang kisah ibu saya dan adik beradik saya.
Saya anak ketiga daripada 8 orang adik beradik. Adik beradik saya 4 Lelaki & 4 perempuan. Yang sudah berkahwin 3 orang sahaja, anak kedua, ketiga & keempat.
Yang paling sulung abang berumur 33 tahun masih bujang & masih menetap dirumah ibu ayah saya. Yang bongsu adik lelaki umur 18 tahun & sama masih tinggal dengan ibu ayah.
Senang cerita yang masih bujang semua masih tinggal dengan ibu ayah, tak ada yang menyewa diluar.
Yang jadi masalahnya sekarang ni, saya rasa ibu saya terlalu manjakan anak anak lelaki.
Nak tahu tak, abang & adik adik lelaki saya ni kalau nak pergi kerja tak pernah bangun sendiri, setiap pagi ibu yang akan bising kejut depa bangun untuk bersiap pergi kerja.
Kalau ibu saya tak ada dirumah, jadi tak ada yang mengejut tak bangunlah depa tu pergi kerja tau.
Depa ni dah la susah gila nak bangun, ibu saya kena kejut berpuluh kali sampaikan lepas ibu dah kejut depa tu ibu cakap “macam ni aku boleh kena sakit jantung la”.
Saya pernah marah ibu saya, saya minta ibu cuba la seminggu je ibu tak payah kejut depa, tapi ibu cakap tak boleh, ibu kata ibu jadi susah hati selagi depa tak bangun pergi kerja,
Ibu yang takut kalau depa pergi kerja lambat, ibu yang takut kalau depa kena marah dengan bos sebab datang lambat, ibu yang takut kalau depa kena buang kerja.
Sedangkan depa, rilekk je! Tak ada rasa tanggungjawab, tak ada rasa susah hati bila pergi kerja lambat. Kadang saya pelik, ibu yang kena pergi bekerja ke depa yang kena pergi kerja ni.
Tak berdisiplin langsung. Tak boleh ke kunci jam sendiri bangun sendiri kenapa nak harapkan ibu yang dah tua tu untuk kejut bangun lagi.
Bukan tu saja, depa nak pergi kerja tu ibu siap sediakan bekal lagi untuk depa, makanan untuk breakfast & lunch ye. Siap lengkap air kopi sebotol.
Benda ni tak pernah miss ibu buat tau. Setiap hari mesti ibu bangun awal masak untuk bekal depa. Pukul 4 pagi ibu dah bangun masak. Lepas siap masak ibu kena kejut depa bangun pulak.
Lepas tu nak pergi kerja ibu siap hidangkan lagi makan minum wehh! Kalau ibu tak buat ni depa akan tanya, “ibu tak masak ke?” “Ibu mana makanan, lapar ni”
Bekal yang ibu dah pack tu ibu kena letak dekat pintu nak keluar, kalau tak depa akn tanya “mana bekal? Tak ada ke?”
Ibu turut saja kemahuan depa tak pernah ibu bantah. Sedangkan anak perempuan, walaupun tak bangun pagi masak, tapi bekal pack sendiri, bangun pun bangun sendiri, tak perlu ibu kejut. Makan semua ambil sendiri tak minta ibu untuk hidangkan.
Setiap bulan gaji selalu anak perempuan yang bagi ibu duit belanja lebih, anak lelaki ni kadang bagi kadang tak bagi. Sepatutnya depa la kena bagi lebih pada ibu sebab ibu buat semua kemahuan depa.
Saya sedih laa, saya banyak kali marah & tegur ibu jangan manjakan sangat anak lelaki ni. Tapi ibu saya bagitau yang anak lelaki ni memang manja, bukan ibu yang manjakan depa.
Ya Allah! Saya tak boleh terima la ibu saya cakap anak lelaki ni manja! Sifat manja dengan dimanjakan lainn ibu.
Sekarang ni ibu masih manjakan depa dengan ibu turut saja kemahuan depa, sedangkan depa dah besar panjang, depa sepatutnya berdikari sendiri, buat semua sendiri bukan harapkan & suruh suruh ibu buat itu ini.
Bila saya marah abang & adik adik lelaki saya ni pasal jangan nak suruh suruh ibu buat itu ini, depa kata “suka hatilah” dan minta saya jangan menyibuk, lepas tu depa yang merajuk.
Masuk bilik hempas pintu. Pondankan perangai?! Gerammlahh! Masalahnya sampai bila ibu nak buat semua benda untuk depa?
Then, saya nak cepat cepat depa ni keluar dari rumah ni, kahwin ke apa la. Tapi tu la depa ni pun tak layak kahwin lagi sebenarnya. Kalau kahwin nanti depa menyusahkan bini depa.
Yelaa, sebelum kahwin semua ibu yang buatkan. Nanti dah kahwin mestilah harapkan isteri buatkan semua bendakan.
Kerja rumah pun tak boleh nak buat wehh, suruh buang sampah depan rumah pun malas, beribu alasan. Senang cerita depa ni memang malas la.
Kalau kerja kerja tukar lampu ke mengecat ke repair paip kat rumah ni pun anak perempuan yang buat. Nak tunggu anak lelaki yang buat, sebulan dua benda tentu siap.
Saya buntu sangat, tak tahu dah macam mana nak tegur ibu supaya berhenti buat semua tu untuk depa. Tiap kali saya tegur ibu terasa hati merajuk dengan saya.
Sedangkan saya kesian dengan ibu, ibu dah tua tapi masih kena uruskan anak macam tu. Anak kecik nak urus macam tu tak apa la, ni dah besar panjang bulu pun dah penuh satu badan masih diurus macam anak kecik.
Bila saya mengadu dengan ayah tentang ibu, ayah pun tak tahu nak buat apa dah, sebab ayah pun dah banyak kali tegur ibu benda yang sama saya tegur, tapi mesti ibu akan merajuk. Ibu mesti kata yang kami ni tak faham tanggungjawab seorang ibu. Allah..
Yea, mungkin saya tak faham perasaan ibu, tapi saya juga seorang ibu & saya tak nak jadi seperti ibu bila anak dah besar nanti. Saya tak nak anak saya buat saya seperti kuli. Boleh di suruh itu ini.
Saya tahu biasa orang cakap, “kau jangan cakap orang, nanti benda tu jadi balik pada kau”.
Insya Allah kalau ada rezeki dapat anak lelaki, saya nak ajar sama rata. Tak kira anak perempuan atau anak lelaki mesti kena masuk dapur juga, mesti kena buat kerja rumah juga. Biar dia kahwin nanti senang isteri dia.
Korang tolong la saya, macam mana saya nak tegur ibu tanpa menyakiti ibu, macam mana saya nak ibu nampak dengan jelas yang ibu sebenarnya manjakan anak anak lelaki dia.
Ibu, Sasa kesian dengan ibu, tiap kali sasa balik rumah je mesti hangin je bila dengar depa suruh ibu buat itu ini. Ibu sepatunya berehat je tak perlu buat kerja sampai macam tu dah. Anak anak ibu dah besar sampai bila ibu nak urus depa macam anak kecik.
Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita tapi rasa macam dah panjang sangat tulisan ni, korang jangan la kecam ibu sasa tau, ibu baik!
Terlampau baik sampai anak boleh suruh buat itu ini kan.
Maafla kalau tulisan ni tak tersusun, terima kasih pada yang sudi baca. Harap korang boleh bantu saya yang buntu ni.
– Sasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit