Salam semua. Aku tengok semua pakat-pakat nak pos pasal pelajaran. Sangat bagus untuk memberika inspirasi kepada semua lebih-lebih lagi untuk pelajar yang tengah ambil SPM. Adik aku mengadu paper addmath dia susah gila. Aku cuma senyum je. Mari aku kongsikan sedikit suka duka aku dalam menjadi pelajar sehingga sekarang. Apa yang aku kongsikan adalah kisah nyata hidup aku. Aku malas nak taip panjang-panjang.Baik aku buat tesis. Tapi nak bagi perkongsian, aku cuba lah ye. Harap korang dapat baca dengan berhemah, fahami betul-betul dan kalau yang baik ambil sebagai ikhtibar dan kalau yang buruk jadikan teladan. Jangan kecam aku kalau ade salah ejaan atau pun salah dari segi maklumat atau pun pemahaman yang korang terima. Aku hanya insan biasa penuh degan khilaf.
Okay aku mulakan la. Nama Aku Shah. Aku ni pelajar PHD untuk sebuah universiti awam kat Malaysia. Alhamdulillah. Bukan mudah nak sampai ke sini. Semuanya perlukan pengorbanan yang sukar dan penuh cabaran. Masa aku sekolah rendah tu dulu aku antara pelajar yang sukar nk terima masuk pelajaran. Aku pandai menulis dan mengeja pun lepas naik Darjah 3. Allah kurniakan aku kekurangan yang membuatkan family aku rase sedih. Tapi tu belum patahkan semangat aku. Alhamdulillah satu-satu masalah semakin dapat diatasi atas usaha ramai pihak. Aku boleh tersenyum buat mak ayah aku bangga sebab keputusan UPSR aku dapat 4A1B.
Masuk sekolah menengah masa tingkatan 1, aku masuk kelas nombor 1. Masa tu mak ayah aku bangga betul. Nampak muka mereka yang ceria masa daftarkan aku. Alhamdulillah. Masa tingkatan 1 semua okay walaupun aku ni bukan top 10 dalam kelas tu. Masuk Tingkatan 2 aku mula terikut kawan-kawan yang agak nakal. Semua pelajaran aku mula merundum dan lebih malang aku terikut tengok-tengok video lucah. Masa tu memang VCD tu berlambak. Nak dijadikan cerita kalau tak silap aku dalam lagi 2 bulan nak ambil PMR, aku kantoi dengan mak aku tengok VCD blue ni. Mak aku jumpe dalam almari aku. Aku siap Sumpah degan al-Quran cakap tu bukan aku punya untuk lepaskan diri. Mungkin sebab berdosanya aku dengan mak aku dan lebih-lebih lagi pada Allah yang satu… result PMR aku sangat teruk.
Masuk tingkatan 4 dan 5. Aku masuk kelas tak berapa nak atas. Muka mak ayah aku pun aku tau penuh kecewa. Aku belajar semua tak masuk. Padahal Aku usaha bukan main lagi. Aku belajar siang malam. Mungkin sebab dosa-dosa aku yang lama, dan paling besar dosa kepada Tuhan, aku ditarik kenikmatan yang Allah kurniakan. Masa tu aku tak tau. Aku rase loser gila. Semua benda bertimpa-timpa. Sampailah kurang sebulan sebelom nak SPM. Masa tu aku tersedar waktu pagi buta. Dalam jam 2-3 pagi la kalau aku tak silap. Masa tu aku terjaga dan hati aku jadi sayu. Aku cari balik kitab sekolah agama, baca cara solat taubat. Malam tu teresak-esak aku menangis. Doa aku pada malam tu aku nk taubat dan taknak buat dosa lagi. Harapan aku untuk masa SPM tu aku cuma mintak keputusan yang akan permudahkan aku untuk sambung belajar dan dapat membantu aku capai cita-cita aku dan mak ayah aku. Nak tengok aku belajar sampai jadi doktor. Result SPM aku agak teruk juga. Semua gred ada daripada gred A smpai E. Yang A hanya Bahasa Malaysia. Aku balik tu mak ayah aku memang dah tak cakap pape. Mungking mereka dah redha dan pasrah. Saat tu memang moment paling sedih dalam hidupaku. Aku mohon ampun sangat kat mak dan ayah.
Lebih sedih bila aku mintak atau mohon macam-macam tapi tak dapat. Nak ambil tingkatan 6 pun aku tak lepas. Aku tak abes usaha lagi, aku mintak juga semua yang boleh mohon walaupun aku tau peratusan nak dapat semua yang aku mohon memang susah dengan result aku. Allah maha mengetahui, lepas aku dah buat rayuan semua, aku ditawarkan buat sijil. Aku mula bertatih untuk merebut segala peluang yang terhidang depan aku. Aku dapat habiskan Sijil aku ni dalam tempoh yang ditetapkan. Aku punya result biase je tapi kesyukuran tu bertambah apabila aku mohon nak buat diploma pula. Aku rase bersyukur gila apabila dapat tawaran buat diploma. Alhamdulillah. Tapi cabaran dan dugaan kat sini lain pula. Poli yang aku dapat ni kat utara. Aku ni bahagian selatan sikit. Sekali lagi aku bersyukur dapat tamatkan pengajian kat sini walaupun ade paper yang sangkut. Aku tak grad on time. CGPA aku pun tak sampai 3. Sangat kecewa jugak la.
Masa aku nak dapat tawaran Degree pun bukan main payah aku nak dapat. Hampir 2 tahun aku mohon tak dapat-dapat. Rayuan pun berkali-kali. Semua Universiti aku try mohon. Masa tu macam-macam kerja juga lah aku buat. Jadi promoter Singer, Kerja kedai alat muzik dan kerja kontrak kat kilang. Allah maha mengetahui. Rupanya tempoh tu Allah berikan aku masa untuk kumpul duit untuk sambung study. Masa aku dapat tawaran tu, keluarga aku dalam kesempitan kewangan. Mak ayah aku dan adik beradik aku memang tengah kering masa tu atas musibah yang melanda. Tapisemngat aku kumpul duit masa tu memang membuahkan hasil, Aku dapat kumpul RM5000 selama 2tahun bekerja tu dan aku guna pakai duit tu untuk masuk sambung study tanpa gunakan duit mak ayah aku pun. Aku belajar 3 tahun nak habiskan degree. Masa start sambung study tu aku belajar susah dapat. Aku fikir dah sampai masanya untuk aku bg tahu keluarga aku kesilapan terbesar aku bersumpah dahulu. Dan aku balik pada pertengahan semester tu untuk mintak ampun banyak-banyak atas kesalahan yang aku rahsiakan selama bertahun-tahun kat mak ayah aku. Malam tu kami bertahajudd dan solat taubat bersama.
Akhirnya aku lepas pun nak habiskan Degree. Alhamdulillah yang 3 tahun aku habiskan dengan baik. Result pon tak terlalu baik dan tak terlalu rendah. Around 3.3 CGPA. Berkat doa mak ayah dan keluarga aku dapat sambung Master. Masa sambung Master ni aku pelik. Nama aku blacklist dalam PTPTN walhal aku dah buat rayuan penangguhan. Silap aku masa isi kot. aishh sorry lah.. aku malas dah nak cerita pepanjang lagi… aku singkatkan lah. Aku dah smapai PHD sekarang ni. Bagi aku umur sekadar nombor dan rezeki tu Allah yang bagi. Aku ni dah masuk 3 series kot. Masih takde kerja yang korang boleh panggil kerja tetap. Tp aku percaya rezeki Allah. InsyaAllah ade la tu nanti. Untuk adik-adik yang pernah gagal dan banyk dosa atau ade dosa dengan Mak ayah belum terlambat nk minta ampun. Untuk mak ayah sekalian, teruskan support anak-anak anda walaupun jatuh bangun. Mungkin bukan sekarang mereka buat anda bangga, tetapi akan datang mereka lagi berjaya dalam hidup. Untuk mak ayah aku pulak aku mintak maaf sebab mak ayah nak anak mu ini jadi doktor, tapi mak ayah tak cakap nak doktor apa kan.?Jadi Alhamdulillah anak mu ini sikit lagi nak jadi doktor Falsafah. hehehe..
Okay Habis dah… Wassalam
– Shah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit